27 May 2013

Nak Buat Apa Bila Boleh Balik Nanti

 
 
 
1. Nak buat cermin mata baru
  • Oleh kerana cermin mata saya yg sekarang ni dah penuh dgn calar, dengan kanta yg pecah di tepinya (sehinggakan ada patient saya pernah menegur sekali)... rasanya layak sangatlah tukar cermin mata ni kan..
  • Lagipun, cermin mata saya yg ini rasanya ditukar 2 tahun dulu...boleh sangat dah... (sepatutnya, pemeriksaan mata kan setahun sekali)
  • Ingat nak cari 'photochromic lens' mcm yg saya pakai sekarang ni...bila kene cahaya matahari, bertukar gelap - mahal sikit, tapi demi kesihatan mata.
  • Sebenarnya, sebelum ni lagi sudah plan nak tukar, tapi kerana kesibukan kerja...bertangguh2..jadi sehingga sekaranglah tidak bertukar.
    Lebih kurang beginilah - nak cari bingkai hitam dan bujur
    (credit to: www.topnews.in)
 
2. Nak beli jam tangan baru
  • Kerja saya memang memerlukan jam. Apabila melihat pesakit, masa yang tepat perlu dicatatkan...disamping apabila mahu mengira denyutan nadi juga memerlukan jam.
  • Jam tangan saya sebelum ni agak mahal (agak mahal la bagi saya)...tapi, rasa menyesal lak beli, kerana setahun lebih je sudah ada masalah... Lagipun rasa tak best warna silver..
  • So, lepas ni nak beli jam tangan yang mempunyai tali leather biasa ataupun warna gold.
  • Dan taknak dah yang ada berlian kecik2 kat tepi dia...sbb senang tercabut, lepas tu jadi buruk.
  • Yang penting kene ada tarikh sekali...
    Woi...bestnye jam tangan macam ni. Fuh..mesti mahal nih
    (credit to: www.connox.com)
 
3. Nak masak...
  • Semasa duk dalam wad ni, suka sangat tengok blog masakan (sebelum ni mana la ada masa nak surfing lama2...balik rumah, pegang hp..terus terlelap).
  • Lepas tu terfikir, 'kalau org lain leh masak, kenapa aku takleh'
  • So, ada senarai yang panjang, masakan yg saya akan cuba apabila dibenarkan pulang nanti.
  • Saya sukakan cabaran...masa buat pavlova dulu pun, beberapa kali rosak (setiap hari cuba sampai malam hari)...tapi 'practice makes perfect'...hasilnya ramai yg suke (ni macam masuk bakul, angkat sendiri ni).
  • Campur memang rasa nak makan... Tak puas beli ni...sikit je dapat dan kadang2 tak kene taste yg kita nak.
  • Lagipun, ada gak hati nak buat blog masakan yg berkongsepkan 'step-by'step' dengan gambo sekali (rasa malu juge, sbb amatur je ni)
  • Pastu nak bagi semua family dan kawan2 rasa (pavlova ari tu pun tak makan mana pun, suka tgk org makan dan beri komen) - kalau rasa best, boleh bisnes - kalau laku, boleh resign, bukak klinik dan bakery sebelah-menyebelah (alamak...tingginya cita2 - Nabi kata kan rezeki 9/10 dari bisnes...so baik bisnes kalau nak kaya - ada hati nak bukak western+bakery restaurant)
 
 Ntah-ntah 'angan-angan mat jenin' je ni.
Rupa-rupanya semuanya adalah pengaruh hormon dan kebosanan yg melampau.
Start keje nanti...semua tak sempat.
Tak tahu ler...
 
  1. Pizza with cheesy crust (nak uli roti sendiri sbb sblm ni beli yg ready-made aje - kemudian nak gulung cheese string kat bordernya - jadi cheesy crust gitu... Nyum..nyum... - ni angkara takleh beli Pizza Hut, sbb kita kene boikot kan)
  2. Cheese cake (sblm ni beli kat SR...mahalnye... Buat sendiri ajelah..murah..sedap...nak letak topping/ganache macam mana pun boleh)
  3. Upside down pizza (resepi ni baru jer saya tahu - kalau tak surfing memang takkan tahu - katanya lagi senang dari resepi pizza biasa sbb roti dia takyah uli teruk2)
  4. Kek Russian black and white (mula2 tgk...alahai org expert je yg boleh buat nih - tapi habis semua org dah penah buat - tak boleh jadi ni)
  5. Kek Chocolate Indulgence (my favorite - boleh buat yg kurang manis sbb SR punye manis sangat - ni pun ramai yg dah buat)
  6. Aiskrim/Sorbet/Yogurt Ice cream (tak tahu senang nak buat rupa2nya - lagi baik sbb kita boleh buat kurang manis dan gunakan buah2an fresh)
  7. Puding caramel (sblm ni tak penah cuba - tgk resepi mcm senang - bila dah terrer leh buat kek pudding caramel pulak)
  8. Puding triffle/Melty Hershey/Choco Cream Oreo (nak try dah sblm ni, tapi x sempat - suka tgk sbb cantik dan org kata sedap)
  9. Roti jala dan gulai ayam campur kentang (my favorite juga tapi sbb kat Terengganu kebanyakanya org makan roti jala dgn serawa - saya suka makan dgn gulai - nak buat guna dua kaler gitu)
  10. Sushi (my favorite juge - nak makan kene tunggu pegi Low Yat - ada restoran halal melayu yg jual sushi - sbb tak caye makan kat Sushi King - lagipun tgk resepi senang jek, cuma nak cari beras jepun dgn seaweed tu ajelah kat ceruk mana Terengganu ni ada jual)
  11. Ikan patin masak tempoyak (suami suke - nak buat sama rasa macam Temerloh/Kuala Berang punyer - so bila suami nak makan takyah susah2)
  12. Marinated beef/lamb steak with mushroom black pepper gravy (beli mahal, lepas tu dagingnye kecik je dan kadang2 keras - so buat sendiri senang, siap dgn gravy sekali)
 
Pizza with cheesy crust & Melty Hershey)
(credit to: smsupermalls.com & www.azlitamasammanis.com)

 
Upside down pizza & Russian black and white cake
(credit to: jimmydean.com & zetyfondantcupcakes.blogspot.com )
 
 
Sedap kan?
Saya dalam wad ni...layan gambo aje...sambil telan air liur - lepas tu pujuk hati lepas ni boleh masak bila boleh balik nanti - ganti ler dgn nasi ayam ke..nasi lemak ke..
Kalau suami takde, ganti dgn biskut Hup Seng cicah teh O tanpa gule...

 
 
 
4. Nak masak...
  • Yang ni tak sama dengan nombor 3 sbb yg ni nak masak sbb mengidam.
  • Dalam wad tak dapat...so balik rumah nak masak banyak2 dan makan puas2.
  • Masalahnya...bukan suami tak cari atau orang lain tak bawakan, tapi tekak ni nak jugak yg sendiri masak (nak buat macam mana, baby nak juga air tangan ibu dia..ceewwah)
                      - Spaghetti Bolognese
                      - Baked macaroni
                      - Murtabak megi
                      - Sup cendawan
                      - English breakfast
                      - Bubur pulut hitam
                      - Yee mee berkuah
Macam ni lah 'English breakfast' - ada baked beans, cheesy scrambled egg, sosej...bestnya kalau breakfast dlm wad mcm ni
(credit to: keith87-thejournals.blogspot.com)
 
 
5. Nak pegi spa
  • Ni bukan mengurut bersalin...yang ni kira utk 'relaxation'.
  • Sebelum ni tak penah cuba...takde masa la konon.
  • Tapi, dalam seumur hidup kene juga cuba juga sekali - manja2kan diri.
  • Full body massage, siap scrub, mandi lulur lepas tu buat  facial, manicure dan pedicure sekali - kira satu set lah...
  • Nak cari tempat yg boleh tutup aurat dan pekerjanya Melayu Islam.
 
 
 
6. Service rumah
  • Oleh kerana 6 bulan tak duduk rumah, saya boleh bayangkan bagaimana tebalnya daki2...
  • Saya tak salahkan suami...memang di Kemaman ni, mudah benar berhabuk.
  • So, rumah perlu dimop...barang2 semua perlu dilap....peti ais perlu dibasuh..karpet perlu divacuum, buku2 dan baju2 semua perlu dikemas (banyaknye kerja...sempat ke tidak ni?)
 
 
7.  Nak ajak suami pergi bercuti setiap hujung minggu - hanya kami berdua (dan baby)
- Kira macam 'honeymoon' la (atau 'babymoon')
  • Bila 'dipenjara' 6 bulan...baru tahu syukur, nikmatnya naik kereta..berjalan2 melihat dunia luar...merenung langit, melihat laut..memuji kebesaran Allah.
  • Suami dah plan nak bawak jalan Kuching (sbb last year tak dapat pergi semasa family vacation sbb mengandungkan Uwais) dan insyaAllah ke Jepun (semasa 'cherry blossom' season..lawa)...InsyaAllah (jika dimurahkan rezeki....sbb ada membe disana)
  • Saya pula..semua tempat nak pergi..nak ajak suami tinggal di Hotel Traders (view direct KLCC), Hotel Grand Lexis (ada swimming pool dalam bilik)...jalan2 Kuantan, Kota Bharu. Nak ajak balik Perak sebulan sekali. Lepas tu bercuti di Krabi, Singapore dan Bali (alamak...panjangnye cite2...kene pulun buat oncall ni, kumpul duit dulu, baru lah sedap jalan)
  • Yang penting HANYA KAMI BERDUA... (bukan tamak tau...kalau bawak family lain, tak boleh nak bermanja2, nak pegang tangan, nak bergurau2)....dan KEMANA SAHAJA.. (letih dah tengok tingkap, pintu dan bilik air selama 6 bulan)

 
Tempat mcm ni sape yg taknak pegi, kan? (Krabi & 'cherry blossom season' di Jepun)
(credit to: www.beachthailand.com & nyclovesnyc.blogspot.com )


 
8. Nak jadi suri-rumah sepenuh masa
  • Nak masak hari2, walaupun terkejar2 buat kerja rumah lain dan kerja/oncall. Yang penting, dinner masak sendiri (tak mau dah makan luar)....breakfast optional (takut mmg tak sempat, takleh janji ler) - Suami kata...'yelah tu..' (tau tau lah...mgkn bertahan seminggu dua aje kot - letih balik keje nih - tapi banyak pahala bila sediakan makanan utk suami kan).
  • Air minum semuanya fresh...taknak dah pakai kordial (pemanis tambahan tak elok - buat sendiri boleh adjust kemanisan). Kira semuanya nak organik..tanpa bahan pengawet dan fresh dari ladang (kene ada 'edible garden' sendiri ni).
  • Hari cuti, nak masak 4 kali satu hari, siap breakfast dan minum petang (tengok2 sampai je weekend tido sepanjang hari atau pegi jalan2...tak tahu ler - yang penting, aim nak bagi suami gemuk semula....sekarang dah kurus kering dah suami saya).
  • Nak drive sendiri hari2 (sbb sebelum ni saya takut drive - sanggup berjalan kaki dari Hosp Kemaman ni ke Taman Chukai Utama). Suami selalu complained tak payah nak renew lesen kereta/motor saya sbb tak bawak pun keta/motor - selepas ni saya akan buktikan..(tapi kan....lagi senang bawak kete kecik kan, keta MPV suami punye susah nak bawak - abang...kalau terbaca ni faham2 la ek)
  • Nak buat projek 'jahitan dapur' utk kali ketiga - iaitu buat alas peti ais, microve dan oven, apron, sarung tangan (kira satu set) - sebelum ni dah pernah buat, kali ni nak buat dgn kain fabrik lain pula. (kalau tak suami bising mesin jahit dibeli tapi tidak digunakan - nak buat baju kurung, tak reti + tak sempat - sebelum ni sempat dah buat 2 pasang kurta utk suami). Kalau rajin boleh buat utk mak dan mak mertua (ni lagi satu cite2 yg tak tau lah boleh makbul ke tak - projek sblm ni pun, nak dekat setahun baru siap).
 
Ramai yg suggest buat 'cross stich' atau mengait masa duduk dalam wad. Okay...sebenarnya, dulu masa duduk wad 2 bulan (semasa mengandungkan Amirul), pernah try mengait..tapi x reti2 (belajo ikut buku jek)...kene berguru dgn mak dulu ni.
 
Dan lagipun, payah nak cari alat, macam mana nak bagi instruction kat suami - sian lak kene pusing seluruh Kemaman ni (kalau kat Batu Gajah - kg halaman - tau la jual mana)
 
Kalau minta husband bawa mesin jahit dalam wad ni, nanti doktor pakar & sister kata melampau pulak...sekarang ni pun dah macam rumah dah bilik ni (siap takde dapur dan mesin basuh je lg).

 
9. Nak bela ikan dalam akuarium
  • Ni cita-cita lama. Dua kali dah ikan emas yg dibela dilihat 'terbuntang' di permukaan air (suami kata sbb saya basuh balang kaca isi ikan dgn air sabun, saya rasa sbb balang kaca tu tak proper mcm akuarium).
  • Kene study dulu la kan..ikan macam mana yg senang dibela, yang tak cerewet, yang tak susah mati...tinggal banyak hari pun still boleh survive (berangan nak bela ikan satu set mcm dalam cite 'Finding Nemo')
  • Kira nak beli satu set lah siap dengan lampu, pam, lengkap dgn aksesori sekali. Bestnye..
  • Lagipun, tengok ikan ni kan menenangkan hati dan jiwa.. Balik keje, sonok tengok ikan berenang (dalam imaginasi je ni - jangan ler habis sume ikan 'terbuntang', maknanya mmg 'tangan panas' takleh bela ikan)
  • Dah ada buku panduan akuarium ni...beli 2 - 3 tahun dulu kot (tapi sekadar beli dan menjamu mata shj...alasan sblm ni sbb duk kuarters, susah nanti nak pindah...tapi dah duduk kuarters lebih 5 tahun dah ni.....tak leh jadi tunggu pindah, smpai kesudah terkubur semua cita2)
 
Bestnye akuarium macam ni kan...? Tenang je rasa sblm pejam mata...
 
Sebelum ni ada cite2 nak bela kucing...tapi duduk kuarters ni, tidak dibenarkan bela ayam, itik, kucing. Lagipun bela kucing payah bila nak berjalan2 (nak buat macam kami ni mmg 'kaki jalan') - kene tinggal kat 'hotel kucing' tu mau RM50 sehari. Berak merata satu hal pulak..
 
Kalau bela kura-kura2 okey tak ek? Bela 4 ekor, kalerkan belakang dgn warna oren, biru, ungu dan merah....pastu bagi nama 'michelangelo', 'leornardo', 'donatello', 'raphael' (hehehe...teruk nih pengaruh TMNT). Masa musim PRU, kaler belakang dia warna hijau, pastu buat bulat putih tengah2.. (amacam..best tak idea!!? - tapi kura2 ni makan apa ek?)
 
 
 
10. SHOPPING !!!!
  • Sepatutnya yang ini perkara nombor satu la kan? Perempuan dan shoping tak dapat dipisahkan...kerana ia ibarat terapi.
  • Ni kira macam nak 'window shopping' je ni...sbb tak tahu nak beli apa (daripada 'tak tahu nak beli apa' tu lah... keluar dari Mydin jadi penuh 'shopping cart'!)
  • Shoping begini berbeza dgn online shoping sbb kita boleh pegang sendiri produk tu..bau..rasa..belek..telek. Kalau taknak, boleh letak balik. Pastu, buat2 tanya harga dan cuba mintak kurang harga.. (siapa kata shoping tak boleh hilang stress?). Bila dah beli, rasa satu kejayaan besar, tapi smpai je rumah...jadi sedih bila kira resit dan bertekad utk ikut list di masa akan datang (mcm tu lah selalunye).
  • Sambil tu jalan2 dgn suami, pegang2 tangan (ibarat pasangan baru berkahwin - Ustaz Azhar kata suami isteri leh pegang tangan je bila kat luar, takleh lebeh2)...bila lapar, berenti makan...masuk waktu, cari masjid..
  • Dalam kepala otak skrg ni nak beli barang baby (InsyaAllah, jika baby selamat dilahirkan) dan barang2 dapur (barang2 utk resepi2 spt diatas tu takde jual kat The Store depan hospital ni...kene cari kat Tesco ke, Giant ke... - alasan kukuh utk bershoping).
 
 
 
Ada lagi sebenarnya, perkara yg kecil2 tu...seperti...
 
Nak tengok iklan dan berita di tv. Pelik ker? Sekarang dah masuk 4 bulan tak tengok tv...tertanya2 jugak sekarang ni tv dok tayang apa..iklan apa yg ada...pembaca berita ada yg baru ke. Selalu juga saya tanya suami, bagaimana keadaan tv kat rumah (baru dibeli sebelum masuk wad)...suami membalas "macam tu lah...tv tak makin kecik pun...colour pun sama jek"
 
Nak siapkan drawing rumah. Ada banyak dah design sebelum ni...tapi tak puas hati...so nak buat lagi sampai lah berkenan. Lepas tu barulah boleh minta arkitek lukis balik. Jealous juga bila kawan2 di luar sana dah ada rumah sendiri...yang kami ni masih tinggal di kuarters. Masalah kami, tak pasti nak bermastautin di mana (Kemaman atau Kuala Terengganu)...Alhamdulillah tanahnya sudah ada.
Rumah saya nanti yang pentingnya, master bedroom dan dapur mesti luas, perlu ada stor dan nak buat 'edible garden'...bestnye... (ni lagi satu angan2 sejak 3 - 4 tahun dulu).
 

Rumah idaman kami - berangan ajelah - lawa kan? (agak2nya kat Malaysia ni boleh buat mcm ni ke tak!?)
 
 
 Nak buat 'edible garden'....taman/pokok2 yang digunakan dalam masakan. Siap study tu (blog 'tanam sendiri'). Siap berangan suami bawak balik ikan kerisi suruh masak masak asam...pastu minta suami 'petik' daun kesum yg ditanam di belakang rumah (erm..alahai..bestnye berangan). Ataupun, tengah2 masak, tak ingat nak beli tomato (masak kari kepala ikan merah), pastu minta anak ambikkan di pagar rumah (memang sonok berangan..). Tapi bestnye kalau ada rumah sendiri la kan...ada kawasan rumah. Macam skrg duduk flat..sliding door ke balkoni pun tak pernah buka. Suami kata, "rasanya macam abg jek yg kene tanam dan uruskan...macam ler org tu sempat nak siram pokok". Nak buat macam mana...semua kejayaan bermula dari cita2...tak gitu..?
 
Bestnye ada garden mcm ni belakang/tepi rumah - berangan lagi..
(credit to: www.home-remodeling-decorating.com)
 
 
Tapi kan. tak tahulah kan...
Sampai je kat rumah...semua tak menjadi.
Semua hanyalah angan2.. (kalah ler mat jenin)
Takpelah..yang penting dah ada perancangan..
Ntah-ntah...sibuk mendodoi baby jek..
 
 
Jika dilihat perancangan saya tidak ada spesifik utk baby...
Takut juga terlalu mengharap..nanti sedih pula..
Walau apa pun, kami masih lagi berusaha dan berdoa.
Harap2nya, life kami selepas ini akan 'include' baby sekali..
InsyaAllah..
Doakan kami ek....
 
Wallahua'alam
 



No comments:

Post a Comment