12 May 2013

Wahai Hati


Wahai hati
Bersabarlah
Tempat ini hanya sementara
Hanya seketika
Ingatilah 'hadiah'nya di pengakhiran cerita
 
Wahai hati
Kuatkan dirimu
Tegakkan kembali imanmu
Kukuhkan ketaqwaanmu
Ingatilah Allah dan pohonlah keredhaanNya
 
Wahai hati
Jangan bersedih
Janganlah kau menangis
Janganlah engkau berduka
Nanti 'manusia kecil' di dalam perutmu turut terasa
 
Wahai mata
Tahanilah benteng airmu
Janganlah kau limpahi wajahku
Aku mahu sentiasa tersenyum
Walau hakikatnya hati ini sudah hanyut
 
Wahai annaku
Ibu akan cuba bersabar lagi
Akan ibu kuatkan hati ini
Benteng air di mata ibu tahankan lagi
 
InsyaAllah...ibu tersenyum sayang
Setiap dengan tendangan kecilmu
Setiap gerakan putaran badanmu
Ibu syukuri...
Ibu hargai...
 
Akan ibu kambuskan dulu kerinduan ini
Demi melihat wajahmu di akhir cerita
Tersenyum riang...
Menangis kecil...
Sabarlah wahai hati
 
 
Hasil nukilan : Nur Qamar
12 Mei 2013 @ 8.15pm
 
 
 
*** Homesicknyer saya.... ***
 
 

No comments:

Post a Comment