Assalamualaikum...
Untuk entry kali ini saya akan berkongsi tentang Habatussauda, antara perubatan komplementari yang saya amalkan sebelum kehamilan saya kali ini.
Sebelum ini saya biasa mendengar tentang Habatussauda tetapi selalunya saya tidak ambil kisah. Sehinggalah suatu hari semasa saya membeli-belah di Pasaraya Sabasun di Kuala Terengganu, saya ternampak suatu hadis di botol Habatusauda.
"Tetaplah kamu dengan Habatus Sauda kerana di dalamnya terdapat
sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As-sam"
Sahabat bertanya, "apakah As-sam itu, ya
Rasulullah?"
Nabi menjawab, "maut"
Ada dua jenis penyediaan
Pertama, dalam bentuk bijian. Harganya lebih murah, iaitu RM9.90 sebotol, tetapi dikatakan perlu diambil sekurang2nya 5 - 7 sudu kecil sehari untuk mendapat kesan yg dikehendaki (maknanya, satu botol itu tahan hanya utk beberapa hari sahaja).
Biasanya, saya mengambil Habatussauda bentuk bijian ini bersama Serbuk Debunga Kurma dgn meletakka sedikit ke dalam sudu besar madu.
Herba Bijian Habatussauda atau Black Cummin Herb |
Beginilah rupa bijian Habatussauda |
Habatussauda dalam bentuk bijian |
Kedua, adalah Habatussauda dalam bentuk kapsul. Harganya adalah RM69.90 sebotol. Lebih mahal kerana satu botol boleh tahan beberapa minggu.
Jika mengikut arahan penggunaan, perlu diambil 3 - 5 biji dua kali sehari. Tetapi saya dan suami hanya mengambil 3 biji waktu malam (sekali sahaja).
Beginilah Habatussauda dalam bentuk kapsul |
Apa itu Habatussauda?
Habatus Sauda adalah
sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediteranian. Nama saintifiknya
adalah Nigella Sativa. Ia juga dipanggil dengan panggilan seperti Habbah
Barakah, Black Seed, Black Cumin dan Jintan Hitam.
![]() |
Pokok Nigella Sativa atau Habatussauda (credit to: www.mpbd.info) |
![]() |
Bunga Habatussauda dimana bijiannya didapati (credit to: aminresearch.blogspot.com) |
Apa Kebaikan Habatussauda?
Secara umumnya, Habatus
Sauda dikatakan boleh melawan virus, mengurangkan keradangan dan meningkatkan
sistem imun dalam badan.
Sejak tahun 1959, lebih 200 kajian telah dilakukan dan dipaparkan di
dalam buku, majalah, jurnal dan kertas-kertas saintifik dari seluruh pelusuk
dunia. Malah, para saintifik percaya bahawa Habatus Sauda merupakan penawar
untuk penyakit kanser dan juga AIDS.
Bukti sebahagian drp kajian2 yg telah dilakukan:
Ibnu Qayyim al-Jawziah (Zad
al-Mi'ad Fi Huda Khairi al-Ibad)
Habatussauda, apabila dicampur dgn madu dan diminum bersama air panas, dikatakan dapat menghancurkan batu karang serta melancarkan air kencing, haid dan susu.
Ia juga dapat menyembuhkan lumpuh,
apabila minyaknya disapu ke tubuh.
Ibnu Qayyim (Medicine of
Prophet)
Habatus Sauda mampu
memulihkan penyakit seperti bronchitis, cirit-birit, jerawat dan senggugut.
Journal of American
Scientist
Habatus Sauda
mengandungi:
Antihistamin (pencegah
alahan)
Anti-oksida
Antibiotik
Bronho-dilating effect
(membantu mengembangkan pernafasan) - bagus untuk pesakit Asma (lelah).
Dr. Micheal Terra
(Planetary Herbalogy)
Habatus Sauda
mengandungi Betasitosterol - bahan
anti-kanser yg berkesan.
Kamus Kedoktoran
"Larousse"
Habatus Sauda bertindak
mengeluarkan angin dari perut (kembung), meningkatkan nafsu seks dan
melancarkan haid.
Dr. Ahmad Elkadi
Habatus Sauda
meningkatkan sistem imun (daya tahan sakit) dalam badan.
Bagaimana Habatussauda dapat membantu?
Habatussauda dilihat
sebagai ubat untuk kesihatan secara menyeluruh dan juga dapat meningkatkan
sistem imun dalam badan. Semestinya apabila hamil, kita mahu badan kita sentiasa
sihat supaya dapat melahirkan anak yg sihat.
InsyaAllah...banyak lagi rahsia alam ini yg tidak diketahui.
Ingat sahaja pada hadis sahih diatas dan teruslah berusaha. Banyak fadilatnya apabila kita meneruskan
amalan sunnah.
Wallahua'alam
No comments:
Post a Comment