16 May 2013

Ayub atau Husna?


Assaamualaikum dan Salam Jumaat buat semua.
Rebutlah peluang kita pada hari ini..pada penghulu segala hari. InsyaAllah, segala ibadat kita hari ini berganda-ganda pahalanya. Moga hari ini lebih baik dari semalam.
 
Tengahari semalam, saya discan oleh Dr Faridah untuk melihat perkembangan anak. Alhamdulillah, anak saya membesar dgn baik dan 'estimated weight' adalah 440gm. Tapi, masih tidak boleh melihat jantina anak lagi. Punggungnya betul-betul terletak di uri dan terhalang. Malu kot..
Padahal saya betul-betul nervous dan excited...sambil berfikir..Ayub ke Husna?
 
Takpelah baby kan... Yang penting semuanya sihat dan kami tak kisah sebenarnya lelaki atau perempuan.. Cuma perasaan ingin tahu itu melonjak2. Jika Ayub pun saya suka... Jika Husna pun saya suka juga...
 
Sangat seronok dapat 'berjumpa' dgn anak kecil ini. Mahu saja saya memeluk mesin ultrasound dan membiarkan doktor meletakkan probe lebih lama.
Masa mula2 doktor meletakkan probe..terlintas di hati saya 'hi baby...ibu ni'. Hanya Allah saja yang tahu. Penantian kami selama 8 tahun utk memperoleh anak ini. Penantian saya selama 6 minggu untuk scan.
 
 
 
Walaupun pada malamnya saya sedikit upset, apabila sahabat baik saya menyarankan saya untuk tinggal di wad sehingga delivery (malah semua orang menyarankan sebegitu, kecuali staff KKM - pelik kan?). Saya berfikir, sahabat saya seharusnya lebih memahami diri saya. Walaubagaimanapun, saya tahu dia ikhlas dan memikirkan kebajikan anak ini. Saya tidak seharusya selfish.
 
Cuma, apabila sesiapa sahaja meminta saya tinggal di wad sehingga bersalin itu,
melihat sendiri bagaimana saya di wad....
bagaimana tersekat segala aktviti...
segala kemahuan..kehendak..kebebasan..
Ada kalanya saya sedih...stress..tapi, tiada sesiapa disini...
Makanan tidak sentiasa menyelerakan dan saya tiada pilihan, menyebabkan kadang-kala saya terpaksa memilih nasi dan kicap sahaja...
 
Dan sudah berapa kali, lelaki 'tersalah' membuka pintu bilik dan cuma melihat.
Setiap kali saya keluar, saya merasakan seperti binatang di dalam zoo...semua mata akan memerhati. Saya tahu, mereka memandang dan curious krn saya hanya satu2nya pesakit yg duduk di dalam bilik. Dan mereka tidak tahu saya sudah tinggal di sini lebih lama dr sesiapa sahaja yang pernah tinggal di wad.
Perkara ini menyebabkan saya terpaksa memakai tudung 24 jam sehingga dirasakan kulit kepala sudah berketak dgn kelulumur.
Sanggupkah anda?
 
Bagi pasangan yg pertama kali mengandung...bagaimana kalian di rumah?
Boleh bergurau senda bersama suami...
Sakit belakang ada yg mengurut..
Baby bergerak...menendang..boleh diadu kpd suami..
Bermanja2 dgn suami di rumah..
Saya?
Hanya satu jam setiap ptg, itupun sekiranya suami tidak sibuk di office atau tidak balik kampung
 
 
Saya redha...cuma saya mengharapkan semua org memahami.
Jangan memaksa saya..
Jangan memberi saranan sekiranya anda sendiri tidak mampu hadapi apa yg saya hadapi...
Tanya pada diri sendiri...jika terpaksa tinggal di dalam wad 2 minggu, sanggupkah anda?
Saya tinggal di wad sudah lebih 3 bulan dan menanti lagi 3 bulan utk discaj..bayangkan..
 
 
 
Saya bersyukur...sentiasa bersyukur Allah beri nikmat hamil sehingga hampir 23 minggu ini. Jika ditakdirkan sampai disini sahaja nikmat utk saya..saya redha. Saya gembira krn dapat mengandungkan anak2 suami saya walaupun hanya separuh jalan.
 
Pada masa yang sama, saya sentiasa berdoa...
agar Allah memberi kekuatan zahir dan batin..
Pelihara anak di dalam kandungan ini...
Lahirkan ia dalam keadaan sihat dan selamat
Dan menjadi anak yang taat pd perintah Allah.
 
Inilah harapan kami..
Dan saya gembira dapat 'berjumpa' baby kecil ini semalam.
 
 
 
Ada yang bertanya...dah ada nama baby?
 
Ya..
Di saat, UPT positif, terus sahaja suami memanggil dgn nama 'Ayub'. Suka benar dia dgn nama itu, sehingga apabila saya sarankan dgn nama yg lain, dia masih tetap dgn Ayub.
Lagipun Ayub sesuai dgn kami ketika ini...Nabi Ayub, Nabi yg paling penyabar...spt kami yg bersabar dgn penantian dan perjuangan semasa mengandungkan anak ini.
 
Kemudian, semasa saya masih bekerja (dalam 6 minggu), saya ternampak 2 org kanak2 (dlm lingkungan 3 dan 4 tahun) bermain2 di kawasan pintu HDU. Tiba2, si abang (yang besar sedikit) memanggil adiknya..'Iskandar..Iskandar'.. Terus terdetik hati saya.. 'Sedap'..
Maka jadilah 'Ayub Iskandar'...
Nama panggilan 'Ayub'
 
 
Saya tahu, saya harus memikirkan nama utk anak perempuan juga...
Selepas dibelek buku Si Comel..saya tertarik dgn Insyirah..
'Nak dipadankan dgn apa?'
Keesokan paginya..tiba2 terfikir nama 'Husna'..
Jadilah 'Husna Insyirah'
Panggilan 'Husna'
 
Itulah sebabnya kami excited utk tahu jantina anak supaya boleh memutuskan antara Ayub atau Husna. Dalam hati kecil, saya mengharapkan lelaki, mungkin krn anak2 sebelum ini semuanya lelaki.
Tapi pada masa yang sama saya juka sukakan anak perempuan, lebih manja..ada peneman saya di dapur dan boleh pakaikan dgn pelbagai jenis pakaian.
 
Kesimpulannya, saya dan suami tidak kisah lelaki atau perempuan..
Yang penting anak ini dilahirkan sihat dan selamat, berkembang dgn baik..
menjadi anak yg soleh, sabar dan taat.
Menjadi 'ubat' bagi kami di kala sunyi..
 
Okay baby...take care ok...
Ibu sentiasa doakan anak ibu ini..
We will go through everything together...
 

2 comments:

  1. My prayer will always be with u mar... Am so sorry sebab bagi sugeestion yg buat mar sedih...

    ReplyDelete
  2. I'm sorry as well..hari tu mmg stress sbb husband balik kampung. Not your fault. Can I blame on the hormones? Thanks faiz for everything...

    ReplyDelete