05 May 2013

Bajuku Pink Sahaja


 
Assalamualaikum...
 
Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk terus hidup hari ini. Moga hari ini lebih baik dari hari semalam. Syukur ke hadrat atas limpahan  rahmatNya.
 
Kali ini saya nak bercerita tentang 'uniform' saya sepanjang 3 bulan di wad ini. Dan inilah uniform saya untuk 3 bulan akan datang. Jika polis ataupun nurse, uniform yang dipakai sampai satu masa akan ditanggal juga. Tetapi saya, inilah pakaian rasmi saya setiap hari.
 
Semua pesakit di Wad 1 Hospital Kemaman dimestikan memakai pakaian pink ini dan pesakit disini bukan sahaja post-natal (slps bersalin), tetapi juga antenatal (belum bersalin) dan kes gynaecology (spt kes kanser rahim dsb).
 
Baju kami yang berwarna pink ini direka khas utk ibu mengandung yang mana ia mengembang dari dada ke pinggang. Mempunyai butang di hadapan utk memudahkan menyusu anak dan terdapat 2 poket di bawahnya. Dan ia tidak mempunyai saiz! Tapi sepanjang pengalaman saya, ada baju yang kecil sedikit dan ada yang beser menggelebeh, ada yang lengannya labuh sikit dan ada yang lengannya pendek.
 
Kainnya pula semua jenis sarung, maknanya memang perlu pandai mengikat kain batik. Masalahnya, ada kain yang terlalu lebar (sehingga jika 'dibilas' kan tu boleh capai ke punggung pula) dan ada yang terlalu panjang (walaupun dilipat sedikit di bahagian pinggang, masih terasa labuh). Sehinggakan ada suatu masa, ada seorang nurse yang menegur mengatakan saya tak pandai pakai kain batik..! Rasa tersindir juga...memanglah saya jarang pakai kain batik di rumah, tetapi saya masih pandai memakainya, cumanya ketika itu kainnya terlalu besar dan suami mahu cepat berjumpa di luar.
 
Warna baju dan kain semuanya pink. Tapi ada juga yang berbeza2. Ada yang pink cerah, ada yang pink pekat dan ada juga yang seakan keunguan. Jika mood saya hari itu mahukan kelainan, saya akan mencari kain yang bewarna cerah sedikit dan baju yang seakan keunguan.
 
Begitulah...tiada variety dalam hidup saya setiap hari. Pakaian yang sama...makanan yang sama...aktiviti yang sama...kawasan yang sama...
 
Tetapi hati ini perlu sentiasa bersabar.
Kerana kemahuan mempunyai zuriat itu mengatasi segala2nya.



 

No comments:

Post a Comment