05 May 2013

Doa Seorang Kekasih



Ketika ini saya rasa kesunyian. Hari ini adalah hari ketiga suami saya pulang ke kampung, bermakna sudah 3 hari dia tidak datang melawat. Padahal, kedatangannya adalah kegembiraan buat saya, semangat buat saya, motivasi paling kuat untuk saya.
 
Oleh kerana sibuk dengan pilihanraya ini, dia tidak berkesempatan untuk menelefon saya. Saya tidak pasti saya merindui suaranya... celotehnya... atau kerana saya terlalu sunyi. Kalian boleh bayangkan keadaan saya kan...? Hari ini adalah hari ke-86 saya di wad..keseorangan...tanpa apa2 yang saya boleh lakukan kecuali solat, mengaji dan bermain dgn keyboard laptop.
 
Setiap kali hati rasa sunyi dan tersentuh, saya akan memegang perut dan memberitahu anak yang sedang saya kandungi ketika ini, "sayang...ayah sibuk sekarang ni. esok ayah akan datang.." Begitulah...seolah-olah memujuk diri sendiri.
 
Mungkin benar kata orang pergerakan anak ada kaitannya dengan emosi ibu, kerana hari ini anak saya agak kurang menendang.
 
Sabarlah hati...
 
Sambil melihat laptop, saya dengar lagu2 nasyid dan saya rasa sangat tersentuh dgn lagu ini yang dinyanyikan oleh kumpulan In-Team. Lagi meruntun hati yang sedia sedih ini apabila mendengar alunan suara dan lirik yang indah.
 
 
 
DOA SEORANG KEKASIH
 
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala




Nyanyian oleh: In-Team
 
 
 
 
InsyaAllah...saya dan dia ditakdirkan untuk bersama selama-lamanya.
Diharap dengan anak ini menjadikan ikatan kita lebih kukuh dan lebih mendekatkan kita kepada Ilahi.
 
 
 


No comments:

Post a Comment