01 May 2013

Rumah Kedua

 
Seperti yg saya beritahu sebelum ini, ketika ini saya 'menetap' di wad sudah hampir 3 bulan.
 
Sakit apa?
Kenapa lama sangat?
Sampai bila?
Tak boring ke?
 
Saya rasa adalah lebih baik sekiranya saya ceritakan dari mula.
Dalam tahun 2013 ini, umur saya meningkat kepada 32, manakala suami saya pula akan menginjak kepada 33. Hakikatnya, kami sudah semakin berusia..!!! Fakta ini amat menakutkan bagi kami berdua, memandangkan kami terlalu menginginkan zuriat.
 
Usia perkahwinan kami kini sudah hampir 8 tahun. Pelbagai usaha yang telah kami lakukan, terutamanya sejak tahun 2008. Oleh kerana saya merupakan pengamal perubatan moden, saya kurang mempercayai perubatan komplementari. Maka, kebanyakan usaha saya adalah di Unit Perubatan Reproduktif di Hospital Sultanah Nur Zahirah (UPR HSNZ), Kuala Terengganu.
 
Hasilnya...
28 Jun 2010 - Amirul dilahirkan pada 18wks+
2011 - miscarriage pada 5wks+
5 Feb 2012 - Uwais dilahirkan pada 18wks+
 
Dan kini saya sedang mengandung kali ke-4
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi dgn segala rezeki dan limpah rahmat dariNya
Peluang yg Allah beri (sekali lagi) ini akan saya manfaatkan sebaik2nya...
 
"Anakku...ibu sanggup lakukan apa sahaja utkmu sayang. Walaupun ibu terpaksa korbankan segala kebebasan...terpaksa melalui kesakitan fizikal dan mental. Ibu akan bersabar...kerana ibu tahu, tidak mudah utk memiliki sesuatu yang sangat berharga. Ayah dan ibu sentiasa menunggu dan mengharap..."

"Ya Allah, berilah kepada kami kesabaran spt sabarnya Nabi Ayub. Berilah kami kekuatan dan keteguhan Iman. Peliharalah anak di dalam kandunganku dan jadikanlah anak ini seorang yang taat pada perintahMu dan menjadi hambaMu yang soleh" 
Wad ini telah menjadi 'rumah kedua' saya semenjak 9 Februari 2013 iaitu pada masa kandungan 8wks+. Dan semenjak dari itu, saya 'disimpan' disini sehingga kini (20wks+) dan mengikut perancangan akan terus disini sehingga 34wks+. Kerana pada ketika itu, jika berlakunya 'leaking' atau 'contraction', anak ini sudah 'viable' untuk dilahirkan.
 
Jangan salah faham! Bukan saya hanya makan tidur sahaja...perawatan saya diteruskan disini. Dengan injection Proluton 2x/minggu, monitor blood sugar level dan juga Hb.
 
Saya juga agak 'trauma' utk duduk di rumah. Mengingatkan saat-saat melahirkan Amirul dan Uwais kadang-kadang sudah cukup utk memberi semangat utk saya terus tinggal di wad. Pengalaman fizikal dan juga emosi yang dihadapi dahulu, banyak meningkatkan motivasi saya untuk terus berusaha untuk kandungan kali ini.
Di 'rumah' ini, dunia saya adalah bilik kecil ini. Alhamdulillah, saya diberi peluang oleh pakar yg merawat utk menempatkan saya di Bilik Isolasi di Wad 1 ini. Bilik ini lengkap  dengan bilik air dan penghawa dingin, seakan-akan tinggal di wad kelas 1.
 
Rutin harian saya juga teratur dgn jadual harian wad.
 
6.00 pg : solat Subuh dan mengaji + Surah Yusuf
7.00 pg : kemas bilik
8.00 pg : makan pagi disediakan
8.30 pg - 12.00 tgh : menunggu doktor round (sementara itu, baca buku atau guna laptop)
12.00 tgh : makan tengahari disediakan
12.30 tgh - 1.30 ptg : rehat
1.30 ptg : solat Zohor dan mengaji + Surah Luqman
2.00 - 4.30 ptg : rehat, baca buku atau guna laptop
4.00 ptg : minum ptg disediakan
4.30 ptg : solat Asar dan mengaji
5.00 - 7.00 ptg : suami datang melawat
6.00 ptg : makan malam disediakan
7.00 ptg - 9.00 mlm : solat Maghrib dan Isyak, mengaji + Surah Yasin dan Maryam
9.00 - 11.00 mlm : rehat, baca buku, guna laptop. Kemudian tidur

Sememangnya kadang2 ada perubahan tetapi secara umumnya...sepanjang 3 bulan di wad..beginilah rutin saya. Bukannya mudah, kerana tiada shoping, makan di luar, berjalan2 dgn keluarga. Hinggakan banyak kali saya katakan kepada suami, sekiranya langit di luar bertukar warna kepada hijau pun saya tidak tahu. Kemeriahan 'perang bendera' sempena pilihanraya ke 13 ini pun saya hanya lihat melalui internet.
 
Kadang2 suami datang di waktu malam dan kami akan 'berdating' di bawah sinaran bulan untuk 1-2 jam. Secara jujur, kedatangan suami  adalah sesuatu yang paling menggembirakan bagi saya. Saya akan bersiap2, mandi dan kemas bilik sebelum suami datang. Baby pun biasanya akan aktif di waktu petang...mungkin dia tahu yang ayah dia akan datang, walaupun suami saya balik kampung di Kuala Terengganu.
 
Saya tidak mengharapkan kedatangan pelawat sangat. Keluarga saya di Perak. Keluarga suami di Kuala Terengganu. Semua sanak saudara jauh...

Kawan-kawan disini?
Pada satu masa, orang akan berhenti melawat..itulah hakikatnya. Saya faham... Seperti saya, mungkin sudah menganggap ini rumah kedua saya. Ditambah lagi dengan bebanan kerja harian. Lagipun saya bukan pesakit nazak, hanya untuk berehat dan pemerhatian rapi sahaja.
 
Malah, saya mula mendengar ada yang menyebarkan berita yang saya sudah discaj (sedih la jugak). Dan ramai juga yang tak tahu saya dimasukkan ke wad (walaupun dah duduk wad hampir 3 bulan di hospital saya bekerja...takpe..tak kisah).
 
 
Yang penting....saya harus kuatkan semangat. Pedulikan orang lain. Kerana apa yang saya lakukan ini hanya kerana Allah dan demi seorang zuriat yang soleh. InsyaAllah..
 
Doakan saya..
 

No comments:

Post a Comment