26 May 2013

Kenapa Saya Mahu Hamil?

 
Pada hari ini saya menerima emel dari suami yang bertajuk, "Beruntungnya Wanita Mengandung".
Kagum saya melihat kelebihan2 wanita hamil. Syukur rasanya... 
Ini membuatkan saya tertanya2 dan terus mencari maklumat yg lebih banyak di dalam internet.
 
Sesiapa yg ada membaca entry saya yg bertajuk '15 Perkara Tak Best Semasa Hamil', maka bacalah entry saya kali ini. Kita akan rasa sangat bersyukur dan bertuah menjadi seorang wanita, lebih2 lagi apabila kita telah berkahwin, hamil dan memiliki anak.
 
Ini menguatkan lagi tekad saya untuk berjuang demi seorang zuriat, demi keredhaan Allah, untuk suami tersayang...dan moga mendapat ganjaran pahala yg besar disisiNya, InsyaAllah.
 
 
 
Sebagai Seorang Wanita

Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

Kebaikan seorang wanita solehah sama seperti amalan 70 orang para siddiqin.

Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya, ia membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halim Wa Astaghfirullah (segala puji bagi Allah dalam segala keadaaan dan aku mohon ampun kpd Allah dari segala dosa)", maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui Siratul Mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, spt darjatnya 40 orang mati syahid apabila dia selalu berzikir kpd Allah selama haidnya.

credit to: femina.my


Sebagai Seorang Isteri

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.

Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya maka akan memasuki syurga.

Jika wanita melayan suami tanpa disuruh maka akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita melayan suami bila disuruh maka akan mendapat pahala 7 tola perak.

Wanita yang mendorong suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari Yakut.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih saying dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih maka akan mendapat pahala jihad.

Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

Jika wanita melayani suami tanpa khianat maka akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Wanita yang taat akan suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap2 kalimah ucapannya, tiap2 langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan para Nabi.

credit to: www.jomberita.com
 
 
Apabila Berbakti Kepada Suami

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir maka akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah” maka Allah akan berkahkan rezekinya.

Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” maka akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan

Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kpd suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokannya, matanya yang buta menjadi celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan) pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya.

“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

 “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yg dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
 
“Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai2 serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman drp taman di syurga dan dicatatkan oleh Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia ketika melintasi Titian Sirat."
 
 


Apabila Hamil

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari dan pahala beribadah pada malam hari. Ini disebabkan kerana wanita hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.

Apabila seseorang perempuan mengandung, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

2 rakaat shalat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil. Ini adalah kerana wanita hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin tersebut turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan2 solat dan ikut sujud bersama.

 
 
Apabila Hendak Bersalin

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan-Nya.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya pada saat melahirkannya.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya maka Allah mengaruniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, maka dia akan dianggap sebagai mati syahid.

 
 

Ketika Menyusukan Anak

Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan.

Wanita yang memberi minum susu (susu ASI) kepada anaknya maka akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita memberi susu (susu ASI) kepada anaknya yang menangis, maka Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan puasa.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktunya (2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

credit to: www.hsc.wvu.edu

 
Apabila Berjaga Malam Menjaga Anak

Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama-Nya

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit maka akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya. Dan apabila dia menghibur hati anaknya, Allah akan memberi 12 tahun pahala ibadah

 
 

 
Apabila Menjadi Seorang Ibu

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang2 yg memerhatikannya."

Dari Aisyah ra, “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.

Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya maka akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takut akan Allah SWT dan orang yang takut akan Allah SWT maka akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

 
 
 

Ada pihak di luar sana, menggunakan alasan wanita bagi mengelakkan individu yg menerima hidayah Allah daripada memeluk Islam.
Katanya, wanita dalam Islam tidak dilayan sama adil dengan lelaki,
benarkah?
 
Memang benar, bahawa wanita...
  1. Auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
  2. Perlu minta izin dari suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  3. Saksinya (jumlah apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
  4. Menerima harta warisan lebih sedikit dari pada lelaki.
  5. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
  6. Wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada istrinya dalam (hal-hal tertentu).
  7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
  8. Kurang "selesa" dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas.
 
Tetapi, jika dilihat...sebenarnya
  1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.
  2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada kepada bapanya?
  3. Wanita menerima harta warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahawa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima harta warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.
  4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.
  5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu : Isteri, Ibu, Anak perempuan dan saudara perempuan. Ertinya , bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
  6. Seorang Wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan empat syarat saja, iaitu : solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.
  7. Seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah SWT tanpa perlu mengangkat senjata.
 
 

2 comments:

  1. saya diuji..masih belum berpeluang utk mengandung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Umaira.. Teruskan usaha..
      Saya pun menghampiri 8 tahun perkahwinan..
      5 tahun perkahwinan baru start pregnant, itu pun dgn izin Allah, slps prosedur IUI...
      Tapi, Allah tak bagi rezeki lagi...Each time pregnant (IUI-induced), semuanya 'separuh jalan' sahaja.
      Sekarang, saya masih berusaha..jangan putus asa..
      Harapnya, artikel2 yg saya kongsikan dlm blog ni dapat membantu
      Marilah sama2 kita terus berusaha

      Delete