18 May 2013

Sempurnakah wudhu' anda?


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
 
Bagi segmen Indahnya Islam kali ini, saya mahu menyentuh berkenaan wudhu. Setiap kali saya mengambil wudhu, teringat ajaran Ustaz Azhar dan terfikir adakah sahabat2 dan adik2 saya mengetahui tentangnya? Selama ini sempurnakah wudhu kita?
 
Tanpa wudhu yang sempurna dan tidak sah, maka solat kita juga menjadi tidak sah. Dan apabila solat tidak sah, maka rosaklah tiang agama kita. Jangan kita mengambil remeh perkara sebegini berat. Solat sebenarnya pelindung dari kita melakukan maksiat dan penghapus dosa (dgn izin Allah), tetapi jika solat itu sendiri tidak sah, bagaimana kita terlindung? Bagaimana dgn zuriat yg kita lahirkan nanti....dari benih ibubapa yg tidak sempurna wudhu dan solatnya.
 
Hmmm...saya bukanlah ustazah, mahupun mempunyai kelayakan dalam bidang agama. Tapi, saya ingin berkongsi dgn apa yg saya dengar dan pelajari. Moga ia memberi manfaat buat diri saya dan orang lain.
 

 
 
 Apa itu Wudhu?

 Wudhu =  perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu

Hikmah berwudhu = membersihkan anggota-anggota tersebut
yang terdedah kepada kekotoran yang zahir seperti habuk, debu dan lain-lain
serta banyak terdedah dengan dosa dan maksiat sama ada zahir atau batin




 
Apa Rukun (Perkara Fardhu) Wudhu?
 
1. Niat wudhu:
 
"Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta'ala"
 
"Sahaja aku berwudhu kerana Allah Ta'ala"
 
 
2. Membasuh muka
 Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah dan lintangannya adalah dari anak telinga hingga ke anak telinga
 
 
3. Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku
Bagi yang tiada siku, disunatkan membasuh hujung anggota yg ada
 
 
4.  Menyapu sedikit daripada kepala
 Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian rambut yang ada di dalam had atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya adalah menyapu seluruh kepala
 
 
5.  Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali
 
 
6.  Tertib
  Melakukan perbuatan itu daripada yang pertama hingga akhir dengan teratur
 
 
 
 

Syarat Wajib/Sah Wudhu

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal/Mumayiz (boleh membezakan baik dan buruk)
  4. Mampu menggunakan air yang suci dan mencukupi
  5. Suci daripada haidh dan nifas
  6. Bersih daripada apa sahaja yang boleh menghalang sampainya air ke kulit
  7. Menghilangkan najis ‘aini (najis yg kelihatan) yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang berwudhu
  8. Tidak terdapat pada anggota wudhu’ bahan yang mengubahkan air
  9. Tidak mengaitkan (ta‘liq) niat berwudhu’ dengan sesuatu
  10. Mengalirkan air ke atas anggota wudhu
  11. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berhadath berterusan


 
 
 
Apakah Perkara Sunat Dalam Wudhu?
  1. Menyebut nama Allah pada permulaan wudhu - Basmallah
  2. Membasuh kedua belah tapak tangan hingga ke pergelangan tangan
  3. Bersugi/memberus gigi
  4. Berkumur-kumur
  5. Memasukkan air ke dalam hidung dgn tapak tangan dan mengeluarkannya dgn tangan kiri
  6. Menyelati janggut yg tebal
  7. Menyapu seluruh muka
  8. Menyelati celah-celah jari kedua belah tangan dan kaki
  9. Menyapu kedua telinga luar dan dalam dgn air
  10. Melakukan semua perbuatan fardhu dan sunat sebanyak 3 kali
  11. Mendahulukan yang kanan sebelum kiri
  12. Menggosok2 tangan atas anggota ketika membasuhnya (supaya lebih bersih)
  13. Berturut-turut (tidak berselang dengan perceraian yang lama di antara satu anggota dengan anggota yang lain yang menyebabkan anggota itu kering)
  14. Melebihkan basuhan (muka ke bahagian kepala, tangan ke atas siku, kaki ke atas buku lali)
  15. Bersederhana menggunakan air
  16. Menghadap kiblat ketika wudhu
  17. Tidak bercakap-cakap ketika wudhu
  18. Tasyahhud dan berdoa selepas wudhu
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang bersih"


 

Perkara Yang Membatalkan Wudhu

  1. Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau qubul (tahi, kencing, darah, nanah, cacing, angin, air mazi atau air wadi dan sebagainya) melainkan air mani sendiri kerana apabila keluar mani diwajibkan mandi
  2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, kecuali tidur dalam keadaan rapat kedua-dua papan punggung ke tempat duduk
  3. Hilang akal (mabuk, gila, sakit, pengsan atau pitam) kerana apabila hilang akal, seseorang itu tidak mengetahui keadaan dirinya
  4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah atau ajnabiyyah (bukan mahram) walaupun telah mati
  5. Menyentuh kemaluan (qubul dan dubur manusia) dengan perut tapak tangan walaupun kemaluan sendiri
  6. Murtad (keluar dari agama Islam)

 
 
Sempurnakah Wudhu Anda?
 
 
1. Had kawasan basuhan muka
Ramai yang tidak mengetahui dgn jelas had kawasan basuhan muka semasa mengambil wudhu.
Ia mestilah:
  • Kawasan antara tumbuh rambut (dahi) hingga ke bawah dagu
Dari kawasan tumbuh rambut (dahi) hingga ke bawah dagu
(credit to: www.uni-regensburg.de)
  • Kawasan antara kedua-dua belah telinga dan pelipis
Kawasan antara kedua belah telinga dan pelipis (garisan merah)
Pastikan rambut 'sideburn' ditarik keluar dan  dibasuh (anak panah kuning)
(credit to: www.buckinghamfacialplastics.com)


Masalahnya:
  • Ramai yang menyelak rambut tepi telinga ('sideburn') esp. wanita, ke belakang telinga. Jika kawasan itu tidak terkena air, maka tidak sah wudhu - yang terbaik, cukur 'sideburn' atau jatuhkan rambut tepi ke pipi
  • Ada juga yang membasuh muka, tetapi tidak terkena rambut di dahi
 
2. Had kawasan basuhan tangan
Semua tahu had kawasan basuhan tangan adalah hingga ke siku.
 
Masalahnya:
  • Semasa basuhan, mungkin dalam keadaan tergesa2, menyebabkan siku tidak terkena air
Siku - antara bahagian yang biasa tidak terkena air
(credit to: www.tumblr.com)


  • Perlu juga diingati bahawa celahan jari dan di bawah kuku (esp. kuku panjang) juga perlu dibasuh
Kawasan di bawah kuku - selalu tertinggal - terutamanya jika kuku panjang
(credit to: stylesuzi.com)

3. Had kawasan basuhan kaki
Semua tahu had kawasan basuhan kaki adalah hingga ke buku lali.
 
Masalahnya:
  • Celahan jari kaki, tapak kaki dan tumit adalah kawasa yang selalu tertinggal
 
Ustaz ada mengingatkan bahawa, ketika wudhu, kita bukannya setakat mengalirkan air ke anggota wudhu, tetapi mestilah dibasuh dan digosok, agar kotoran2 semuanya tertanggal.
 
Credit to: visitor74.wordpress.com 
 
 
 
Rujukan:
http://alhafiz.net/soaljawabagama
http://www.al-azim.com

No comments:

Post a Comment