Hari ini, lebih sedikit entry yang ditulis. Letih..ngantuk.. Walau sebenarnya saya tidak melakukan apa2 kerja pun. Padahal banyak betul idea yang hendak dilakarkan didalam blog kesayangan saya ini.
Sehinggakan satu2 masa, ketika baby sibuk menendang, saya tidak menghiraukannya - bukan tak sayang - cuma ralit tengok laptop. Suami kata "hai masa ni dah buat dek...nanti macam mana pulak". Saya faham maksud suami tu. Kami berdua selalu berbincang cara mendidik anak kami dari dulu lagi, berdasarkan permerhatian kami.
Antaranya, kami bertekad, anak kami nanti segala pertanyaannya akan dijawab dan kami sudah siap2 membeli buku panduan menjawab persoalan anak. Yelah, jika soalannya mudah..perkara disekeliling takpe...yang susahnya jika soalan anak kecil itu tentang akidah...agama...biarlah jawapan kita memuaskan hati dia dan pada masa yang sama dapat menumbuhkan iman dihatinya. Didikan agama kpd anak bukan sejak dia baligh...tetapi biarlah dari dalam perut lagi.
Anak kecil ini perlu diajar bahawa bukan 'ironman' yang paling kuat, tetapi Allah sahaja yang Maha Berkuasa...bukan 'jimmy neutron' yg terpandai, tetapi Allah yang Maha Bijaksana. Di sekitar kita terlalu banyak perkara jika diselidiki boleh memesongkan akidah dan menjadi tanggungjawab ibubapa untuk 'memandu' dan menunjukkan arah.
Untuk memperoleh anak yg soleh, sudah tentu bermula dari ayah ibu yang soleh juga.. Ingat tu..
Maka, untuk cover semula kesalahan saya di siang hari...pada malamnya saya menceritakan tentang kisah Nabi Ayub kpd anak dalam kandungan. Moga anak kecil ini sihat dan selamat dilahirkan, serta menjadi ustaz/ustazah yang juga dapat memimpin ayah dan ibunya nanti. InsyaAllah..
Sebelum saya berceloteh lebih panjang, kali ini saya mahu berkongsi berkenaan waktu subur wanita. Semua wanita mengalami haid dan ia juga menunjukkan bahawa dia telah baligh (antara umur 9 - 16 tahun). Tetapi, bagi wanita yg ttc, kitaran haid yang sebulan itu dirasakan seperti setahun dan waktu subur itulah yang dinanti2kan.
Di pasaran sudah ada urine kit utk mengesan waktu subur, tetapi harganya sangat mahal. Padahal ada cara yang lebih murah (atau percuma) tetapi dengan sedikit usaha..
Tetapi, ada beberapa peraturan yg perlu dipatuhi:
- Mesti faham tentang kitaran haid - akan diterangkan kemudian
- Kitaran haid mesti tetap ('regular')
- Perlu sabar dan istiqamah
Kitaran Haid
Satu fakta yang perlu diingati -
Tidak semua wanita mempunyai kitaran haid yang sama!
Dan tidak setiap kitaran haid adalah sama!
Dan tidak setiap kitaran haid adalah sama!
Purata kitaran = 28 hari
Tetapi, jumlah hari utk setiap kitaran berbeza bagi setiap wanita:
Wanita dewasa = 21 - 35 hari
Remaja = 21 - 4 hari
Hari pertama = hari pertama haid
Tetapi, jumlah hari utk setiap kitaran berbeza bagi setiap wanita:
Wanita dewasa = 21 - 35 hari
Remaja = 21 - 4 hari
Hari pertama = hari pertama haid
Sebelum saya bercerita tentang kitaran haid dgn lebih lanjut, terdapat beberapa terminologi yg perlu difahami:

Bagaimana Kitaran Haid Berlaku?
- Haid = berlaku akibat tisu di dinding endometrium terpecah atau luluh dan keluar sebagai darah haid
- Endometrium = lapisan tisu dinding bahagian dalam rahim (dinding rahim terdiri drp 3 lapisan; endometrium, myometrium dan serosa)
- Folikel = kantung/poket di dalam ovari dimana didalamnya terdapat benih wanita/ovum
- Ovulasi = proses rembesan/pengeluaran ovum keuar dari ovari ke tiub fallopian
- Korpus luteum = folikel yang mengecut setelah ovum dirembes keluar

Bagaimana Kitaran Haid Berlaku?
Kitaran haid berlaku adalah akibat perubahan hormon estrogen dan progesteron dalam badan. Hormon ini bukan sahaja mempengaruhi lapisan endometrium dalam rahim, tetapi juga mempengaruhi pembesaran/kematangan folikel/ovum/benih di dalam ovari.
Haid
|
Fasa
Proliferatif/Folikular
|
Ovulasi
|
Fasa
Rembesan (secretory)/Luteal
| |
Hari
ke berapa dalam kitaran (bagi 28 hari kitaran)
|
1-7
|
8-12
|
13 -15
|
16-28
|
Hormon
estrogen
|
Semakin meningkat
|
Terus meningkat
|
Jatuh dengan mendadak
|
Sedikit meningkat dan kemudian menurun
sebelum haid berlaku
|
Hormon
progesteron
|
Mendatar
|
Mendatar
|
Mula meningkat
|
Semakin meningkat (lebih banyak dari estrogen) kemudian
menurun sebelum haid berlaku
|
Lapisan
endometrium
|
Pecah/luluh dan keluar sebagai haid
|
Mula menebal perlahan2
|
Terus menebal
|
Terus menebal
|
|
|
Penebalan dinding endometrium
dipengaruhi oleh hormon estrogen.
Hormon estrogen juga meningkatkan
pengeluaran mukus di bahagian servik.
| ||
Ovari
|
Folikel mula membesar
|
Folikel terus membesar
|
Ovum/benih wanita menjadi matang dan dirembes
keluar ke tiub fallopian
|
Korpus luteum (folikel yang mengecut)
terbentuk dan kemudian terus mengecut menjadi Korpus Albican
|
|
Pada masa yg sama, folikel akan
merembes hormon estrogen
|
|
Korpus luteum yg terbentuk merembes
hormon progesteron
| |
Suhu
badan
|
Mendatar
|
Mendatar
|
Mula meningkat
|
Terus meningkat dan menurun sebelum
haid berlaku
|
Sekiranya wanita
mengandung
| ||||
Hormon
estrogen
|
-sama-
|
-sama-
|
-sama-
|
Meningkat dan tidak akan menurun
|
Hormon
progesteron
|
-sama-
|
-sama-
|
-sama-
|
Semakin meningkat dan tidak akan
menurun (lebih banyak dari estrogen)
Memudahkan implantasi dan banyak membantu
di awal kehamilan
|
Lapisan
endometrium
|
-sama-
|
-sama-
|
-sama-
|
-sama-
(tetapi tiada luluhan berlaku kerana
hormon progesteron mengekalkan lapisan ini - tiada haid selepas fasa ini)
|
Ovari
|
-sama-
|
-sama-
|
-sama-
|
-sama-
|
Apa
yg berlaku pada ovum
|
-
|
-
|
Ovum yg dirembes keluar disenyawakan
oleh sperma/benih lelaki
|
Hasil persenyawaan ini akan bergerak ke
rahim (dlm masa 3 hari - Embrio) dan mula menempel di endometrium (dlm masa 3
hari)
Embrio yg terhasil mengeluarkan hormon
HCG yang menyebabkan hormon progesteron tidak menurun dan ujian UPT positif.
TAHNIAH!!!
|
Saya cuba untuk memberi penerangan yang paling senang tanpa melibatkan terlalu banyak terminologi dan ulasan saintifik.
Saya harap anda boleh memahaminya.
Kerana pengetahuan tentang kitaran haid penting untuk:
Kerana pengetahuan tentang kitaran haid penting untuk:
- Mengetahui waktu subur anda
- Memahami mengapa anda diberi pil perancang atau ubat kesuburan
- Mengetahui apa yang terjadi sekiranya anda mengandung - sila baca entry Kita Adalah Juara
Bila Waktu Subur Wanita?
Waktu subur wanita = Ovulasi
Kerana pada masa ini ovum/benih wanita dirembes keluar dari ovari ke tiub falopia dan menunggu sperma/benih lelaki untuk disenyawakan.
Jika tiada persenyawaan berlaku, hormon HCG tidak dapat dihasilkan (oleh embrio) dan wanita tersebut akan haid seperti biasa.
(Ovum/benih wanita hanya dpt bertahan 24 jam)
(Sperma/ovum lelaki dapat bertahan 72 jam)
Kerana pada masa ini ovum/benih wanita dirembes keluar dari ovari ke tiub falopia dan menunggu sperma/benih lelaki untuk disenyawakan.
Jika tiada persenyawaan berlaku, hormon HCG tidak dapat dihasilkan (oleh embrio) dan wanita tersebut akan haid seperti biasa.
(Ovum/benih wanita hanya dpt bertahan 24 jam)
(Sperma/ovum lelaki dapat bertahan 72 jam)
Ada beberapa cara/teknik untuk kita mengetahui waktu subur masing2.
- Kalendar haid - bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap.
Tanda di kalendar hari pertama haid. Dari situ anda boleh tandakan hari ke-13 hingga ke-16 sebagai waktu subur anda (sekiranya kitaran haid anda adalah 28 hari)
![]() |
Credit to: ayucintakamu.blogspot.com |
- Ovulation Predictor Kit
Ujian ini dilakukan sama seperti Ujian Pregnancy (UPT). Lakukan setiap hari sehingga anda menemui keputusan positif (setiap produk berlainan cara - sila baca manual bersama kit ujian tersebut). Tetapi harganya agak mahal - lebih kurang RM100 untuk satu kotak.
Apabila ujian positif, ovulasi berlaku dalam tempoh 12 - 36 jam.
![]() |
Biasa tengok di Guardian atau Watson? (credit to: www.medpharm.com.my) |
- Body basal temperature
Untuk lakukan ujian ini, anda memerlukan termometer. Periksa suhu badan anda setiap pagi sebelum mandi pada jam yg sama. Sekiranya suhu badan anda mendadak dgn tiba2, ketika itulah waktu subur anda.
![]() |
Credit to: www.justmommies.com |
- Cecair mukus servik
Semasa waktu subur, servik menghasilkan mucus yg kurang pH (lebih beralkali) bagi memudahkan sperma/benih lelaki 'berenang' masuk ke dalam rahim. Melalui pemeriksaan fizikal, kita akan dapati cecair mukus yg dihasilkan lebih banyak, warnanya spt putih telur mentah dan 'bergetah' (seperti dalam gambar dibawah).
![]() |
Credit to: en.wikipedia.org |
Selain itu, kedudukan servik akan lebih tinggi dari biasa dan bukaan servik lebih lembut (seperti menyentuh bibir) dan sedikit terbuka.
(Selain dari waktu subur, kedudukan servik lebih rendah dan bukaannya lebih keras (seperti menyentuh hujung hidung) dan tertutup rapat)
- Sesetengah wanita akan mengalami beberapa symptom iaitu
Mittelschmerz (sakit perut semasa ovulasi)
![]() |
Credit to: www.babymed.com |
Rasa senak/sakit pada payudara
![]() |
Credit to: www.yatan-ayur.com.au |
Sakit belakang
![]() |
Credit to: www.sheknows.com |
Libido ('sexual desire') meningkat
![]() |
Credit to: feelwoman.com |

So, sekarang kita sudah expert berkenaan kitaran haid dan waktu subur.
Bolehlah merancang untuk memperoleh anak.
InsyaAllah, jangan putus asa.
Sentiasa berusaha, berdoa dan tawakal.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment