Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Hari ke-100 bagi saya hari ini berjalan dengan baik. Dan saya bersyukur sehingga ke hari ini. Bersukur diberi rezeki anak ini dan suami yang penyayang, serta rakan-rakan dan keluarga yang menyokong saya hingga ke hari ini.
Pagi tadi semasa pegawai perubatan membuat round, Dr. Farhana bertanya bagaimana saya mengira hari. Bukan seorang yang bertanya... Saya mempunyai method sendiri yang saya adaptasi semasa admission saya semasa kehamilan pertama (Amirul) - pada masa itu saya admitted sehingga 2 bulan.
Saya suka untuk berkongsi bagaimana saya mengira hari.
Terkejut?
Saya mengira hari-hari yang berlalui melalui gelungan getah ini.
Semua getah ini saya peroleh dari getah pembungkus makanan apabila suami bawakan makanan utk saya.
Bermula dengan hari pertama (9 Februari 2013) - anak panah kuning
dan berakhir pada hari ini (19 Mei 2013) - anak panah merah.
Setiap pagi selepas kemas bilik, ketika itu saya akan pintal satu gelung getah.
Ia seperti rutin utk saya setiap hari.
Nampak gelung getah bewarna hijau?
Gelung hijau pertama yang dibulatkan dengan warna biru itu, adalah hari dimana saya melalui operation cervical cerclage (pembedahan ikat pangkal rahim).
Semakin jauh saya dengan getah hijau pertama itu,
bermakna semakin yakin saya dengan pembedahan tersebut.
Manakala, gelungan getah hijau kedua pula (dibulatkan dengan warna hijau), adalah semasa saya hamil 18 minggu. Jika kalian tahu tentang saya, kalian tahu betapa takutnya saya apabila kandungan memasuki 18 minggu kerana Amirul dan Uwais hanya dapat bertahan setakat itu sahaja.
So, bila saya lihat hari yang berlalu semakin jauh dari getah hijau kedua, bermakna semakin confident saya. It keep me motivated everyday.
Saya suka melihat gelungan getah semakin panjang, bermakna semakin lama saya sudah tinggal di wad dan semakin dekat masa saya utk pulang ke rumah.
Suka juga melihat setiap hari yang berlalu, semakin jauh dari dua gelung getah hijau itu,
bermakna semakin yakin, confident saya dengan kehamilan kali ini.
Kerana terlalu banyak 'taboo' dan mitos' yang saya dengar dari pelbagai sumber.
Pendapat yang paling menakutkan bahawa, saya tidak akan dapat melepasi 18 minggu
kerana rahim saya tidak mampu menampung janin yang saya kandungkan.
Alhamdulillah... kini saya hampir memasuki 23 minggu..
Gembira kerana berpeluang untuk hamil sehingga kini..
Saya akan terus berusaha, berdoa, mengharap...
InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment