Assalamualaikum..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana kita masih bernafas pada hari ini.
Hari ini saya mahu bercerita tentang pesakit-pesakit di wad, berdasarkan pengalaman saya hampir 3 bulan di wad. Biasa yang kita dengar pesakit dan keluarga yang memberi comment. Kali ini saya sebagai pesakit mahu memberi comment utk pesakit lain.
Saya rasa ini adalah perkara yang sangat penting yang semua pesakit serta waris, ketika pesakit duduk di wad. Ramai yg tidak ambil endah perkara ini, tetapi ia sangat penting, memandangkan kita adalah muslim.
- Ramai pesakit (terutamanya wanita) tidak menjaga aurat. Sekiranya aurat yang sedikit seperti lengan dan kaki boleh tahan lagi. Ini, kebanyakannya tidak memakai tudung walau di siang hari. Semua maklum, wad adalah tempat terbuka dengan doktor, waris serta petugas2 lelaki lalu-lalang. Sekurang-kurangnya, pakailah tudung ketika waktu melawat kerana ketika itu memang ramai orang lelaki ketika ini.
- Jagalah maruah ('modesty') masing2. Ketika menyusukan bayi, coverlah seboleh mungkin. Ramai yang memerhati anda semua, terutamanya apabila anda di tempat terbuka.
Credit to: www.adcq.qld.gov.au |
- Solatlah. Melalui pemerhatian saya, ramai pesakit tidak solat. Jika tidak mampu solat berdiri, solatlah dengan cara duduk, atau baring. Jika tidak mampu juga, anda masih boleh solat dengan isyarat mata. Solat itu adalah tiang agama. Janganlah ambil senang dengan perkara solat.
Credit to: myhomesoil.blogspot.com |
- Kita adalah tetamu di dalam wad. Jangan lupa bahawa wad itu adalah tempat sementara kita sahaja, ibarat melawat ke rumah jiran. Saya perhatikan ada pesakit yang masuk ke pantry staf dan memasuki bilik linen sesuka hati. Mintalah kebenaran dahulu, terutamanya apabila memasuki pantry.
credit to: nurhyati.blogspot.com |
- Tiada 'souvenir' utk anda di dalam wad. Setelah tinggal di wad selama 3 bulan, saya perhatikan bilangan sudu, pinggan, mangkuk, cawan dan pakaian hospital semakin berkurangan. Saya tahu mungkin ada yang tersalah semasa mengemas barang2 utk dibawa balik, tetapi sebaik sahaja anda menyedari yang anda terbawa balik harta kerajaan, pulangkanlah dengan segera.
Credit to: www.memecenter.com |
- Bagi waris pesakit, gunakanlah waktu melawat untuk melawat pesakit. Hormatilah pesakit lain yang memerlukan rehat. Jika ada masalah, masuklah sekejap sahaja. Tidak perlu untuk bersenang-lenang di dalam wad (terutamanya jika waris itu ada lelaki) ketika pesakit lain (perempuan) sedang sibuk menguruskan diri (mandi, solat, dsb) atau rehat.
- Jika pesakit yang dilawat adalah perempuan, waris/pelawat lelaki gunalah tandas/bilik air di wad lelaki. Di wad saya ini, pelawat lelaki sewenang2nya menggunakan tandas di wad ini, termasuk pada waktu 'peak' spt pagi, tengahari dan petang. Bayangkan jika ada pesakit yg berkemban dan semestinya di dalam tandas/bilik air tidak memakai tudung. Apabila ada staf yang menegur, dimarahnya - sekiranya pesakit yg berkemban itu adalah isteri anda dan suami pesakit lain memasuki tandas ketika itu, bagaimana?
Credit to: www.coloribus.com |
Disini saya menyeru kepada semua pesakit dan pelawat. Fikirkanlah.. Sampai2kanlah.. Dimana kita berada, agama Allah harus ditegakkan. InsyaAllah, ibu bapa yang beriman akan melahirkan anak yang soleh lagi solehah. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment