04 May 2013

Kita Dilahir Sebagai Juara...Part 2 (Embryo & Staging)

 
Dalam entry sebelum ini, kita dah 'expert' dengan proses perkembangan dari telur/benih sehinggalah menjadi seorang bayi. Dari situ kita boleh lihat kebesaran Allah. Biarlah anak yang dikandungkan itu hasil daripada hubungan suami dan isteri atau di dalam makmal, anak ini adalah suatu hadiah dan rezeki yang paling bernilai yang Allah kurniakan kepada kita.
 
Pada pasangan yang masih belum diizinkan Allah, boleh lihat, sebenarnya bukan mudah untuk seseorang wanita itu hamil. Walau setinggi mana teknologi yang dihasilkan manusia, jika tiada 'kun fa ya kun', tidak hamil juga wanita tersebut. Walau sebijak manapun manusia, se'expert' mana pun, kejayaan kadar pesakit yang berjaya hamil selepas IVF paling tinggi pun di muka bumi ini adalah 40% (tidak ada yang 100% atau sekurang2nya 50%), sebab ini semua bukan kerja kita...semua adalah kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t.
 
Maka, jangan bersedih..
 
 
 
 
Kali ini, saya nak kongsi sikit tentang embryo dan staging. Saya rasa, kepada semua pesakit yang bakal atau sedang melalui IVF perlu mengetahui berkenaan embryo dan staging yang diberi.
 
Seperti saya dahulu, sebelum prosedur 'embryo transfer', doktor memberitahu tentang embryo yang diperolehi dan staging. Masa tu, memang saya dan suami terngangalah mulut, 'ada stage jugak ke embryo ni' bisik hati saya. Maka, bila diminta utk buat keputusan, tak tahu macam mana, serah bulat2 kepada doktor yg merawat.
 
 
Embryo yang terhasil akan digredkan mengikut ciri2 tertentu dan
setiap gred itu ada memberi kesan pada 'outcome' prosedur IVF tersebut.
 
  • Gred 1 : Sangat baik atau baik - peluang untuk mengandung sangat tinggi
  • Gred 2 : Sederhana - peluang utk mengandung masih tinggi
  • Gred 3 : Kurang baik - peluang utk mengandung kurang baik atau tiada
  • Gred 4 : Semakin merosot atau mati - tiada peluang utk mengandung
 
Ada juga yang menggredkan embryo gred 1 hingga 5 dan gred A hingga C
 
 
credit to: www.acfs2000.com

credit to: humrep.oxfordjournals.org
 
 
Bentuk
Fragmentation
Cytoplasm
Gred 1
Bentuk permukaan yang simetri  (tiada lekuk) dgn bentuk cel yang sama saiz, warna dan
kepadatan
Tiada
Normal
Gred 2
Bentuk permukaan yang sedikit ('moderate') tidak rata
< 30%
Ada sedikit 'cytoplasmic granule' di dalam embrio
Gred 3
Bentuk permukaan yang tidak rata ('major') dan berbeza saiz, warna dan kepadatan sel
30 - 50%
Terdapat banyak 'cytoplasmic granule'
Gred 4
Bentuk embrio sangat tidak rata dan warnanya. Sel tidak padat sama sekali dan tidak dapat mengekalkan bentuknya.
> 50%
Terlalu banyak kecacatan
 
 
Blastomere
Cytoplasm
Gred A
Sama saiz
Normal
Gred B
Tidak sama
Normal
Gred C
Tidak Sama
'Defect' (cacat)
 
Fragmentation : Pembahagian sel-sel embrio (menjadi fragmen) yang tidak sekata dan tidak licin (seperti setelah mematahkan kerak roti). Lebih banyak fragmen yg terbentuk, semakin rendah peluang untuk mengandung
Blastomere : Sejenis sel yang terhasil drp proses pembahagian dalm zygote selepas persenyawaan
Cytoplasm  : Cecair yang jernih yang memenuhi  ruang di antara sel. Apabila ia 'defect' (cacat), ia menjadi 'cytoplasmic granule'

 Kiranya, jika dilihat, embryo gred 1 Nampak bentuknya lawa, permukaan rata dan tiada seperti 'biji-biji' di dalamnya. Gred 2 pula, bentuknya sudah Nampak sedikit tidak rata dan ada sedikit 'biji-biji' di dalamnya. Gred 3 dan 4, rupa bentuk embrio sangat tidak sekata dan kita boleh nampak ada 'biji-biji' yg banyak dalamnya. Kiranya, jika gred 3 dan 4 ni, daripada 8 sel dalam embrio tu, kita boleh nampak dalam 4 sel je.
 
Lebih kurang beginilah rupa embrio gred 4. Langsung tak nampak bentuk sel di dalam embrio.
(credit to: wwwphys.med.ncku.edu.tw)
Embrio gred 3. Ada nampak sedikit bentuk sel kan? Tetapi masih tak berapa jelas dan 'cantik'.
(credit to: www.atlantainfertility.com)
Embryo gred 2. Tak nampak 'biji-biji' (cytoplasmic granules). Tetapi bentuk sel dalam embrio tidak sekata.
(credit to: www.wellcome.ac.uk)
Embryo gred 1. Nampak licin dan sekata.
(credit to: www.advancedfertility.com)
 
Maka, sekarang masing-masing dah faham, bukan? Bukan nak suruh jadi Pegawai Embriologi ni.. Sebab kalau ikut sebenarnya, lebih complicated. Biasanya Peg. Embriologi akan maklumkan ke doktor dgn, "8 cells grade 1A" atau "8 cells grade 2C". Lebih kurang macam tu. Sekurang2nya, masa diaorang duk bercakap tu, kita sebagai pesakit takde ternganga, faham lah sikit kan..
 
Jangan risau, doktor akan tunjukkan bagaimana embryo kita nanti. Tapi, dia takkan ajarlah yang gred 1 macam mana, gred 3 macam mana...maka, sekurang2nya masa dia maklumkan dan tunjuk embrio kita, fahamlah serba sedikit.
 
 


Nak masuk embrio mana dulu?
Terpulang... Ada yang lebih suka masukkan semua gred yang bagus2 masa 'fresh embryo transfer' dan ada juga yang suka masukkan dua embrio gred 1 dan satu embrio gred 3 dan yang selebihnya simpan. Tapi perlu ingat, embrio yang akan disejukbeku tu tak tahu macam mana tahap ketahanannya. Silap haribulan peti ais mati suis, satu hari tidak 'frozen', boleh rosak habis embrio.
 
Solat istikharah sebelum buat prosedur 'embryo transfer' tu, minta Allah bagi panduan kepada kita pada masa nak buat pilihan. Kalau semua yang kita dapat gred 1baguslah kan. Atau ada yang dapat 3 sahaja embrio, nak buat macm mana kan...masuk semua sahajalah. Ni utk kes yang perlu buat pemilihan.
 
 
Apa yang menentukan embrio tu menjadi gred 1 - 4?
Banyak... faktor dalaman iaitu benih isteri atau suami tu sendiri, faktor luaran iaitu makmal, reagen yang digunakan, peg embriologi yang 'handle' tu dan yang paling penting, semuanya atas kebesaran dan kekuasaan Allah.
 
Macam yang saya ada sebut banyak kali sebelum ni lah... Perlu banyak bersandar pada Allah. Kesian pada orang kafir (bila kita baca forum di oversea), diaorang pun last2 cakap 'we pray to god' ataupun 'cross our finger' (macam 'gamble' ajelah).
 
Kita yang beriman ni, sepatutnya lebih dalam tahap keimanan kita..diuji dengan ujian zuriat, sabar dengan kata tohmahan dan perlian orang lain, lepas tu melihat banyak kebesaran Allah.
Allah sayangkan kita sebenarnya..ingatlah...
 
Wallahua'lam
 
 
 


No comments:

Post a Comment