04 May 2013

Kita Dilahir Sebagai Juara...Part 1 (From Egg to a Baby)


Di dalam entry berkaitan dengan IVF ada saya sebutkan tentang embryo dan gred 1 hingga 3. Mungkin ada yang tertanya apa itu embryo.
 
Embryo adalah hasil persenyawaan antara sperma (benih suami) dan ovum (benih isteri). Selepas disenyawakan, ia menjadi 'zygote' terlebih dahulu. Apabila ia terus berkembang (selepas 3 hari dari persenyawaan), ia menjadi 'embryo' dan seterusnya 'blastocyst' (selepas 5 hari dari persenyawaan).
 
Sekarang ni saya nak cerita sedikit tentang persenyawaan. Yang ini saya cerita yang normal dahulu, maknanya bagaimana seorang isteri dan suami berjimak dan memperolehi zuriat.
 
 
Beginilah rupa ovum (benih isteri) di dalam tiub fallopian selepas berlaku ovulasi
(credit to:www.guardian.co.uk)

Sperma (benih suami) dilihat dibawah mikroskop
(credit to: nyata.co.id)


Secara normalnya, setelah ovum diovulasikan (dirembes keluar) daripada ovari ke tiub fallopian, ketika inilah yang dikatakan waktu subur seorang wanita. Ovum ini hanya boleh bertahan selama 24 jam sahaja dan sekiranya tiada persenyawaan berlaku, wanita itu akan mengalami haid.
 
Sekiranya, ketika itu isteri dan suami berjimak, maka benih suami (sperma) akan memasuki rahim isteri dan akan 'berenang' ke tiub fallopian kanan dan kiri. Daripada berjuta2 sperma itu, ada yang tak mampu berenang sejauh itu, ada yang ke tiub fallopian yang tiada ovum di situ dan ada yang sampai ke tiub fallopian yang mempunyai ovum. Di situ, berjuta2 sperma ini akan 'berlumba2' utk mempersenyawakan ovum. Itulah sebabnya kita semua sebenarnya telah dilahir sebagai juara!
 
Sperma yang sedang 'berlumba-lumba'
(credit to: life.viva.co.id)
Mereka akan terus 'berlumba' dan cuba untuk mempersenyawakan ovum
(credit to: aattp.org)
Gambaran sebenar dilihat di bawah elektron mikroskop
(credit to: worms.zoology.wisc.edu)
Sayalah juara!
(credit to: www.answering-christianity.com)
 
Bagi sperma yang tidak dapat mempersenyawakan ovum atau tiba di tiub fallopian yang tiada ovum, ia akan terus 'menanti' kerana jangka hayat sperma secara puratanya adalah 72 jam (3 hari) dan ada yang mampu bertahan sehingga 5 - 10 hari. Dari sini sebenarnya, bayi yang terhasil nanti dapat ditentukan jantina samada lelaki atau perempuan.
 
Semua orang tahu kan yang lelaki membawa gen XY, manakala perempuan XX. Secara umunya, semua ovum (benih isteri) membawa gen X sahaja. Tetapi benih suami (sperma), ada yang membawa gen X dan ada yang membawa gen Y. Jika sperma yang membawa gen X mempersenyawakan ovum, maka terlahirlah bayi perempuan. Dan sekiranya gen Y, maka terlahirlah bayi lelaki.
 
Sperma yang motilitinya tinggi (jika dilihat di mikroskop, ia seperti 'cacing kepanasan') adalah sperma yang mmembawa gen Y. Manakala sperma yang membawa gen Y lebih pasif. Gen Y lebih pendek jangka hayatnya berbanding gen X.
 
Ini bermakna, sekiranya sudah terdapat ovum di dalam tiub fallopian, sperma gen Y yang berenang laju ini akan terus mempersenyawakan ovum (terhasillah bayi lelaki). Tetapi sekiranya, ovum masih belum dirembes keluar, sperma gen X yang dapat hidup lebih lama ini akan mempersenyawakan ovum (terhasillah bayi perempuan).
 
Daripada ovum kepada zygote, embryo dan blastocyst
(credit to: www.nap.edu)
Zygote, apabila dilihat di bawah mikroskop
(credit to: www.embryology.ch)
Embryo, dilihat di bawah mikroskop
(credit to: www.advancedfertility.com)
Blastocyst, di bawah mikroskop. Ada sesetengah klinik infertiliti, memasukkan blastocyst, berbanding embryo, bagi meningkatkan 'pregnancy rate'.
(credit to: www.baheti-ivf.com)
Walauapapun, apabila berlakunya persenyawaan (dengan izin Allah ye), ia akan menjadi 'zygote' dan selepas 3 hari, ia berkembang menjadi embryo. Embryo inilah yang akan 'bergolek-golek' dari tiub fallopian ke dinding rahim untuk 'implantation' dan berkembang menjadi 'blastocyst'. Embryo ini akan 'mencari' tempat yang sesuai dari 3 - 10 hari. Jika tidak berjaya 'implant' di dinding rahim, maka isteri tidak akan berjaya hamil. Sekiranya embryo ini 'implant' di tiub fallopian, jadilah kandungan luar rahim ('ectopic pregnancy')
 
Proses 'implantation', perlekapan embryo ke dinding rahim
(credit to: ivf.co.il)
Proses 'implantation' apabila dilihat dibawah mikroskop
(credit to: instantjoy.tumblr.com)
 
 
Berkembanglah ia menjadi bayi.
(credit to: lakecharlesobgyn.com)
 
 
Sebelum saya menamatkan entry kali ini, saya nak tunjuk satu diagram yang menunjukkan kesemua proses dari awal sehingga akhir. Ingatlah...kita semua dilahirkan sebagai juara!!!
 
 
credit to: ldysinger.stjohnsem.edu 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment