Tajuk entry kali ini lebih sempoi..
Dapat idea setelah beberapa kali 'kecewa' apabila memakai baju hospital yg tidak selesa (bagi saya).
Bagi pesakit yang tinggal di wad untuk sehari dua, mungkin tidak menjadi hal bagi mereka kerana selepas 3 hari, mereka boleh memakai pakaian kesukaan mereka.
Bagi saya yang tinggal di wad hampir 4 bulan kini, pilihan baju penting untuk keselesaan sepanjang hari. Bukan saya cerewet. Tapi, oleh kerana saya tiada pilihan warna pakaian, jenis pakaian sambil match kan antara tudung, baju dan kain...saya rasa saya ada hak sendiri, bukan?
Sedangkan wanita mengandung di luar sana, boleh mempergayakan dgn jubah atau blouse dan seluar atau baju kurung labuh...pilihan saya hanyalah sepasang baju pink ini. Jika mahu juga bergaya, hanya menukarkan pilihan tudung dan sarung lengan je..
Ada yang bertanya, kenapa tidak pakai pakaian dari rumah sahaja?
PERTAMA.....suami tidak membawakan pakaian dari rumah. Pakaian yg saya pakai pada mula kemasukan wad dahulu (9 Feb 2013), penuh dengan darah dan suami bawa pulang untuk dibasuh.
KEDUA...saya tidak mahu menyusahkan suami...membawakan pakaian, kemudian membawa pulang utk dibasuh pula. Lagipun, dia di rumah membasuh baju hanya seminggu sekali.
KETIGA...saya sebagai pesakit paling senior (sbb paling lama) dan sbg kakitangan hospital, sudah semestinya harus menunjukkan contoh terbaik utk pesakit lain.
Maka, sekarang saya akan menyenaraikan kriteria pemilihan baju ketika saya di wad.
1. Bau
- Inilah kriteria paling utama saya.
- Saya akan angkat baju/kain tersebut dan bau dahulu...jika tiada bau yang tidak menyenangkan, barulah tengok kriteria lain.
- Memang pelik la..bila org tengok kita cium baju hospital..kan
- Maklumlah, semua baju ni dibasuh sekali banyak macam tu..kadang2 bau hamis susu masih melekat... Jika saya ambil juga, alamatnya, sepanjang hari saya tidak merasa selesa dgn bau itu (masa pregnant kan deria bau menjadi lebih tajam).
- Tapi, janganlah berangan2 utk memilih baju/kain yg wangi softlan/dynamo..okay.. memang takde ek..
2. Nipis
- Kemudian, saya akan mencari jenis fabrik nipis...yang ini baju sahaja (kalau kain taknak la nipis)
- Biasanya baju2 yang lama, memang lebih nipis.
- Biarlah terkoyak atau butang tercabut..saya tak kisah, asalkan koyakan tersebut boleh diselindung apabila memakai tudung nanti
- Duduk wad 24 jam, bertudung dgn sarung lengan....lagi2 dgn cuaca sekarang ni...jika baju pula tebal...alamatnya terpaksalah saya mandi sejam sekali.
3. Takde kesan darah
- Kriteria ini saya akan lihat secara rambang sahaja.
- Maklumlah, wad yang saya duduk ni ada pesakit yang baru lepas bersalin dan ada juga datang dengan pendarahan semasa mengandung..kadang2 terbocor juga ke kain/baju.
- Jangan pelik, kat baju pun kadang2 ada bekas darah ni.
- Memanglah semua baju/kain telah dibasuh, tetapi bukankah banyak linen yg perlu dibasuh..kadang2 diorang tak perasan darah ni.
- Jika ikut hukum fekah, pakaian yg terkena darah, mestilah diusahakan utk dihilangkan juga...jadi tak sah apabila dibawa solat. Ada juga hadis kata, jika tak boleh hilang juga, dimaafkan. Tapi masalahnya, dgn teknologi skrg ni dgn pelbagai jenis peluntur...mustahil tidak boleh dihilangkan darah kering tu kan..
Dari Muadzanah berkata, “Aku bertanya kpd Aishah ra , tentang wanita haid yang bajunya terkena darah. Ia menjawab, “Wanita itu harus mencucinya. Dan jika bekasnya belum hilang, maka hendaklah dia berusaha mengubahnya dengan pewarna kuning.”
[HR Abu Dawud]
Saya pernah terkena sekali. Bangun pagi, barulah terperasan kain saya ada kesan darah. Terpaksalah saya qada' semula solat Maghrib dan Isyak. Kalau tak tahu takpelah kan...ni terperasan akhirnya, kenalah ganti balik.
4. Kain tidak terlalu besar
- Yang ni hanya kriteria tambahan, setelah ditegur oleh nurse yang katanya saya tak pandai pakai kain batik (sedih la juga bila org kata macam tu, ce pakai gak kain besar smpai leh lilit pinggang dua kali...macam lilit kain cadar buat kain)
- Kain yang besar masalahnya apabila nak melipatnya. Bukannya ada disediakan tali pinggang ke.. Bukannya kain macam baju kurung tu..ada getah...
- Jika labuh, boleh juga dilipat. Tetapi apabila terlalu lebar, nak membalas tu memang susah.. Jika diikat ketat, rasa tak selesa apabila duduk nanti
5. Taknak baju baru
- Pelik? Memang saya akan cuba mengelak baju baru.
- Kalau mula2 dulu, memang suka sangat dgn baju baru...tapi lama-kelamaan barulah saya perasan yg baju baru ni sangatlah besar..jadi menggelebeh..
- Lagi satu, baju baru ni fabriknya lebih tebal dan panas bila pakai..
- Memanglah baju baru ni biasanya takde koyak dan jarang sekali ada kesan darah....jika baju lama ni, butang pun tercabut..kesan jahitan pun banyak.. Tapi baju lama jugak yg best..sbb lembut dan nipis.
Adakah saya cerewet?
Tak tahulah... Yang penting saya tak merungut.. Rasa tak best, saya tukar sendiri.
Lepas tu baju/kain yg saya reject, akan saya lipat balik elok2. Kesian lak kat staf kene kemaskan balik. Kalau baju yg ada kesan darah, saya masukkan dalam tong linen kotor.
Tengoklah...Hari Raya nanti saya pakai baju mengandung...InsyaAllah..(jika panjang umur)
Baju tu pernah dibeli masa mengandungkan Amirul..tapi tak ingat dah letak mana. Harap2 suami jumpalah nanti..
No comments:
Post a Comment