12 May 2013

Memori di Kota Kinabalu 2009 - Hari Keempat

Masuklah hari keempat, hari terakhir kami di KK. Rindu juga mahu tinggalkan Bandar KK. Kami tidak berkesempatan utk pusing2 pulau (takpelah...lain kali shj). Hari terakhir ni kami pusing2 lagi bandar dan shopping lagi mana yang rasa tidak mencukupi.
 
 
Buat apa tu?
 
Selepas makan tengahari, kami terus ke aiport utk pulangkan kereta yg disewa. Sementara menantikan waktu penerbangan, kami pusing2 di sekitar airport.
Sedikit rasa menyesal kerana memilih tiket lewat petang - badan pun sudah terasa letih menanti.
 
Perjalanan flight kami sehingga ke Kuantan tiada masalah walaupun waktu transit di KLIA hanya 30 minit (sempat la kejar). Tetapi tiba sahaja di Airport Kuantan, beg adik2 tidak kelihatan. Risau kami dibuatnya. Sudahlah ketika itu lewat malam, badan sudah terlalu penat.
 
Setelah confirm begnya memang tiada, kami membuat laporan. Yang sedihnya, kami dimarahi oleh kakitangan bertugas krn membeli tiket dgn transit yg singkat - katanya sekurang2nya biarlah selang masa ada 1 jam (maaf, kami tak tahu).
 
Tiba di rumah jam 1 pagi. Adik2 saya meminjam dahulu baju suami. Bangun shj pagi itu, suami menulis surat komplen - katanya tak patut kita pula dimarahi krn 'client is always right'. Lagipun kami tidak diberitahu dimana2 bahawa waktu transit sesingkat itu mmg tidak sempat utk transit kan luggage (kalau tahu, kami akan hand carry shj).
 
Kemudian, kami berjalan2 di sekitar Kuantan sehinggalah tengahari. Imran kelihatan letih dan homesick. Tengaharinya kami mengambil luggage di aiport dan terus menghantar adik2 menaiki bas pulang ke Perak. Sudah tentulah mak dan ayah saya risau - pengalaman pertama kami membawa adik berjalan jauh. Yang penting semuanya selamat.
 
 
Pengalaman di KK sudah tentu tidak dapat ditukar ganti. Menikmati keindahan Tuhan dan melihat negeri orang menyebabkan saya terfikir, syukurnya kita dilahirkan dibumi ini.
 
InsyaAllah, jika diizinkan Allah, kami akan ke sana sekali lagi,,,
 
 

 
 
 
 


No comments:

Post a Comment