05 May 2013

The View....Episod 1


 
Dalam entry relaksasi kali ini, saya mahu berkongsi beberapa gambar pemandangan saya dan suami 'snap' sepanjang honeymoon kami. Tiada apa yang lebih cantik dan indah dari kanvas 'lukisan' yang Allah sediakan untuk kita...subhanAllah..mashaAllah...
 
Jangan ingat honeymoon hanya utk pasangan yang baru berkahwin. Bagi kami, setiap kali kami bercuti hanya berdua, itulah bulan madu bagi kami. Kami lebih sukakan pantai dan pulau berbanding tanah tinggi, hutan atau bandar. Mungkin kerana kami tinggal di Terengganu, negeri Pantai Timur yang kaya dengan pantai dan pulau. Rasa fikiran lebih tenang dengan deruan ombak dan hembusan bayu setiap kali berehat di pesisiran pantai. Lagipun, melihat laut dengan mengagungkan keindahan ciptaan Allah boleh memberi ganjaran pahala.
 
Suami menggunakan kamera dslr Olympus, saya pula setelah kamera compact Olympus saya rosak, saya hanya menggunakan Iphone sahaja.
 
 
Sunset di Pantai Chendor
Pantai Batu Buruk. Pandangan dari atas tembok di Kompleks Sukan kawasan Masjid Terapung
 
Sunset di Pantai Chenang, Langkawi
 
Pantai Chenang lagi...
 
Lihatlah kepulan awan itu
Gunung Kinabalu
 
Kota Kinabalu Waterfront
Pulau Redang (pandangan dari pantai di Berjaya Resort)

Marine Park, Pulau Redang
 
 
SubhanAllah...
MashaAllah...
Indah sungguh kanvas Allah ini...
 
 


No comments:

Post a Comment