24 May 2013

Makbulkah Doa Kita?

Assalamualaikum w.b.t.
 
Hari ini saya explore blog2 yang berkenaan dgn ttc.
Memang ramai di luar sana yang masih menantikan zuriat, rezeki dari Allah.
Kita senasib...begitulah dalam fikiran saya.
Ada juga yang akhirnya berjaya dan ada juga yang sehingga sekarang masih terus berjuang.
Kepada sahabat2, jangan berputus asa dan teruskan berusaha.
InsyaAllah, setiap satu usaha kita, apabila dilakukan kerana Allah, mendapat pahala yang banyak disisiNya.
 
Dalam entry 'Usaha Kami', saya ada memberitahu ada beberapa amalan untuk memperoleh zuriat yang saya amalkan (dan juga tidak amalkan).
Tetapi, sebelum kita mengetahui apakah doa dan zikir serta amalan2 yang dianjurkan...
saya rasa adalah lebih baik kita memikirkan
apakah doa kita makbul?
 
 
Zikir = bacaan2 sebagai tanda ingatan kita kepada Allah dan kebesaranNya
Doa = penyataan hasrat hati individu memohon pertolongan, perlindungan dan restu Allah s.w.t.
 
 
Adab-adab Berdoa
  1. Beriman kpd Allah dgn sebenarnya dan mematuhi segala arahanNya serta menjauhi laranganNya
  2. Dalam keadaan bersih - bersih pakaian dan tempat, berwuduk dan menutup aurat
  3. Menghadap kiblat
  4. Khusyuk dan merendahkan diri kepada Allah
  5. Merendahkan suara
  6. Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa
  7. Menadah tangan sehingga ke paras bahu dan mengarah ke langit
  8. Memulakan dan mengakhiri doa dgn memuji Allah dan Selawat Nabi
  9. Mengulang-ulang ungkapan doa yang penting
  10. Hendaklah dengan penuh perasaan dan pengharapan, cth. "Ya Allah, ampunkanlah aku sekiranya sekiranya Engkau mahu, rahmatilah aku sekiranya Engkau inginkan"
  11. Jangan gunakan lafaz doa yang bersajak - guna kalimah ringkas, jelas dan meliputi maksud yang dihajatkan
  12. Memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan
  13. Doa itu bukan untuk melakukan dosa atau memutuskan silaturahim
  14. Jangan berdoa agar segera dimakbulkan doa
  15. Tidak berputus asa - lakukan dengan bersungguh-sungguh dan yakin akan terkabulnya doa tersebut baik cepat atau lambat
 
Sabda Nabi:
"Mintalah kepada Allah sedang kamu yakin terkabulnya. Dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa  daripada hati yang lalai lagi bimbang"
(Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim)
 
Sabda Nabi yang lain:
"Apabila salah seorang daripada kamu berdoa, hendaklah bersunguh-sungguh"
(Riwayat al-Bukhari)
 
 
 
Masa Mustajab Doa
(yang disarankan oleh Rasulullah s..a.w.)
  • Waktu pagi; sebelum terbit matahari dan selepas menunaikan solat Subuh
  • Setiap kali selepas solat fardu lima waktu
  • Di antara solat Zuhur, Asar dan Maghrib
  • Di antara azan dan iqamat
  • Ketika bangun tidur
  • Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam
  • Ketika hendak masuk dan keluar masjid
  • Di antara takbir-takbir solat Hari Raya
  • Di antara dua khutbah Jumaat dan Hari Raya
  • Ketika menziarahi makam Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi
  • Ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau urusan penting
  • Ketika membaca doa qunut
  • Setiap kali mengadakan majlis dan upacara (tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran)
  • Ketika ditimpa kesulitan, gundah-gulana dan resah-gelisah
  • Ketika berjumpa dgn sanak-saudara dan sahabat-handai yang lama berpisah
  • Ketika hujan turun
  • Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya
  • Sepanjang malam; terutamanya sepertiga malam dan waktu sahur
  • Ketika khatam al-Quran 30 juzuk atau selepas membaca ayat-ayat al-Quran
  • Ketika sujud dalam solat, khususnya pada sujud terakhir
 
 
 
Tempat Berdoa yang Mustajab
  • Apabila melihat Baitullah (Kaabah) di Makkah
  • Ketika melakukan tawaf mengelilingi Kaabah
  • Di sekeliling dan di dalam Kaabah
  • Di sisi Multazam dan Hijr Ismail
  • Ketika melihat Masjid Nabawi di Madinah
  • Di sisi telaga Zamzam
  • Di atas Bukit Safa dan Marwah
  • Di belakang makam Nabi Ibrahim a.s.
  • Di Muzdalifah pada malam 10 Zulhijah
  • Di Padang Arafah pada 9 Zulhijah
  • Di dalam masjid
  • Di sisi Jamratul Aqabah pada 11, 12 dan 13 Zulhijah
 
 Hmm...kene pergi buat Umrah ler.. atau gi Haji
 
 
 

Tanda-tanda Doa Dimakbulkan
  • Terasa sesuatu yang menakutkan
  • Menangis tatkala berdoa (bukan dibuat-buat)
  • Terasa menggeletar ketika berdoa
 
 
 
Doa-doa Orang yang Dimakbulkan
  • Orang yang terdesak
  • Orang yang dizalimi
  • Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibu-bapanya
  • Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan hubungan silaturahim
  • Orang tua yang soleh terhadap anaknya
  • Orang yang suka bertaubat
  • Pemimpin yang adil
  • Orang yang berpuasa
  • Musafir
Sentiasa bertaubat
 Jangan lupa berdoa semasa berbuka puasa dan semasa 'vacation'
Juga berbuat baik kepada ibu bapa - dapat pahala dan InsyaAllah doa dimakbulkan
 
 
 
Sebab Doa tidak Dimakbulkan
  • Ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah
  • Menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon
  • Berkemungkinan, syarat-syarat doa tidak lengkap (tidak ikhlas, tergesa-gesa, tidak memohon kebaikan, hati yg tidak hadir, makanan dan pakaian dari sumber yang haram atau syubhah
 
 
 
Sebab Doa Ditolak
(Ibrahim Bin Adham - seorang wali Allah)
  1. Kita mengenal Allah tetapi tidak melaksanakan segala hak yang diamanahkan
  2. Sunnah Rasulullah s.a.w. diremehkan walaupun kita menyintainya
  3. Al-Quran dibaca siang dan malam, tetapi kita tidak beramal dengannya
  4. Tidak bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan
  5. Syaitan dijadikan sahabat walaupun lidah mengatakan ia sebagai musuh
  6. Kita tidak beramal bersungguh-sungguh walaupun kita mengetahui bahawa syurga itu benar
  7. Maksiat kita lakukan berleluasa walaupun kita tahu neraka itu adalah balasan untuk 'asi'
  8. Tidak menyediakan bekalan hari akhirat walaupun kita percaya mati itu benar
  9. Sentiasa mencari keaiban dan kesalahan orang, tetapi tidak memerhatikan keaiban diri sendiri
  10. Tidak mengambil ikhtiar dan pengajaran setelah menguburkan orang mati
 
 
 
Antara Sebab Doa Ditangguhkan
  • Allah Maha Adil dan tahu sikap hambaNya, iaitu jika dimakbulkan, boleh jadi dia sombong, bongkak, lupa diri dsb, maka ditangguhkan ke suatu ketika yg munasabah dan sesuai
  • Allah hendak memberikan sesuatu yang lebih bernilai daripada apa yang kita minta
  • Permohonan itu ditangguhkan ke Hari Perhitungan nanti
  • Mungkin Allah mahukan supaya kita sentiasa beramal dan berdoa, apabila doa terus dimakbulkan mungkin kita tidak meminta bahkan tidak berdoa lagi
  • Boleh jadi permohonan yang diterima oleh Allah akan membawa susah kpd kita walaupun pada zahirnya kita senang
  • Mungkin syarat-syarat doa dan adabnya tidak lengkap dan supaya kita sentiasa mengkaji mengapa doa itu ditolak
 
 
Rujukan: Indahnya Amalan Doa (Dato' Ismail Kamus)
 
 


No comments:

Post a Comment