04 May 2013

Bayi Tabung Uji

 
Rasa-rasanya, jarang dah kita dengar perkataan 'bayi tabung uji' ini. Mungkin term ini sudah tidak digunapakai lagi. Masyarakat lebih faham dengan IVF atau 'invitro fertilization'.
 
Kali ini saya nak berkongsi cerita tentang IVF. Apa yang saya ceritakan ini hanyalah sekadar pengalaman dan sedikit ilmu yang saya perolehi sebagai pesakit.
 
Saya melakukan IVF ni sekali sahaja di UPR HSNZ. Itu pun pada asalnya, prosedur yang hendak dilakukan adalah IUI. Tetapi oleh kerana melalui 'follicular tracking' didapati saya mempunyai banyak folikel matang dan dikhuatiri mengandung kembar yang lebih dari tiga, saya telah dinasihatkan untuk tukar kepada IVF. Selepas 2 kali embryo transfer (fresh dan frozen), saya dan suami bersepakat untuk kembali kepada IUI.
 
 
 
 
IVF terdapat beberapa langkah penting iaitu:
  1. Oocyte Retrieval (OR); prosedur menyedut folikel2 yang terdapat didalam  ovari (untuk mendapatkan oocyte/ovum/benih isteri).
  2. Invitro Fertilization (IVF); prosedur mempersenyawakan antara benih isteri dan suami yang dilakukan di dalam makmal (secara invitro) - benih suami dan isteri dibiarkan untuk senyawa sendiri.
  3. ICSI (Intracytoplasmic Sperm Injection); prosedur mempersenyawakan dengan cara menyuntik sperma/benih suami ke dalam ovum/benih isteri (biasanya dilakukan apabila jumlah sperma kurang atau ovum yang diperolehi terlalu banyak)
  4. Embryo Transfer; prosedur memindahkan embryo yang terhasil ke dalam rahim isteri. Di UPR HSNZ, hanya 3 embryo akan dipindahkan, selebihnya akan disejukbekukan ('frozen'). Itulah sebabnya ET terbahagi kpd 2 pula iaitu 'Fresh ET' dan 'Frozen ET'.
  5. PESA (Percutenaous Epididymal Sperm Aspiration); khusus untuk suami yang mempunyai masalah untuk menghasilkan air mani atau kes oligospermia (jumlah sperma terlalu sedikit).
 
*Semua prosedur di atas akan dilakukan di dalam dewan bedah yang terdapat di klinik. OR dan PESA akan dilakukan dengan bius (maknanya, memang tak sedar semasa prosedur). Manakala ET dilakukan seperti IUI, tanpa bius.
 
 
Persiapan sebelum IVF ni sama sahaja dengan IUI. Setelah diberi suntikan Pregnyl®, 36 jam prosedur yang akan dilakukan adalah OR (dan PESA bagi suami). Selepas itu, pesakit dibenarkan pulang dan berehat.
 
Sementara itu, Pegawai Embriologi akan melakukan IVF ataupun ICSI di dalam makmal.
 
Selepas 3 hari, pesakit akan dipanggil semula untuk ET, itupun jika ada embryo yang berjaya dihasilkan. Prosed ET ini sama sahaja dengan IUI, cuma yang dipindah/dimasukkan ke dalam rahim adalah embryo, bukannya sperma (dalam IUI).
 
 
 
Pasangan suami dan isteri akan dimaklumkan tentang:
  • Jumlah ovum yang berjaya diperolehi (atau sperma bagi suami yang mempunyai masalah oligospermia) - saya mempunyai 16 ovum selepas OR
  • Samada IVF atau ICSI yang akan dilakukan - saya diberitahu 8 ovum akan menjalani IVF dan 8 lagi ICSI
  • Berapa banyak embryo yang terhasil - daripada 16, hanya 6 sahaja yang berjaya menjadi embryo (4 daripada IVF dan 2 lagi drp ICSI)
  • Tahap/gred embryo yang berjaya dihasilkan (samada gred 1, 2 atau 3) - daripada 6 embryo, tiga gred 1, satu gred 2 dan dua gred 3
  • Embryo gred apa yang akan dipindahkan melalui fresh ET - doktor memindahkan ketiga-tiga embryo gred 1 semasa fresh ET
  • Maklumkan semula embryo yang tinggal yang akan disejukbekukan untuk frozen ET
 

 
Oocyte Retrieval (OR)
 

Prosedur Oocyte Retrieval (OR)
(credit to: www.fertilitycrete.gr)

 
Beginilah lebih kurang bagaimana OR dilakukan. Saya nak cerita detail pun, saya tak sedar dan tak ingat langsung.
 
Tetapi, sebelum dibiuskan tu, memang kita perlu salin baju ke dewan bedah (gaun ikat belakang dan cap khas). Di dalam dewan bedah, kita akan dibaringkan atas katil khas dan masa tu staf strap (ikat) kedua belah tangan dan peha - kata mereka taknak saya bergerak. Sebelah katil ada mesin ultrasound dan di sebelah dewan bedah ada pintu kaca ke makmal tempat IVF/ICSI dilakukan. Kemudian, doktor akan beri injection Midazolam dan Pethidine melalui branula (salur darah) dan terus tak sedar.
 
Tapi, melalui gambarajah diatas jelas bukan, bagaimana OR dijalankan. Probe ultrasound (seperti transvaginal scan) akan dimasukkan dan attach sekali dengannya terdapat jarum beserta tiub yang panjang. Jarum tersebut akan disuntik melalui dinding vagina terus ke dalam folikel dan isi kandungan folikel akan disedut satu-persatu. Macam simple, bukan? Sebenarnya agak rumit kerana ia adalah 'operator dependant procedure' (bergantung pada kemahiran individu).
 
Sakit ke tidak?
Saya tak pasti dan tak ingat. Tapi kakitangan ada memberitahu, yang saya perlu diberi injection Pethidine hampir 3 kali kerana saya asyik meronta2 (kesakitan). Saya rasa macam ada flashback sikit2, tapi tak berapa ingat yang saya ada menggerakkan kaki kerana sakit dan tidak selesa.
 
 
 
 
IVF dan ICSI
 
credit to: www.telegraph.co.uk 
 
Lebih kurang beginilah IVF dilakukan. Ovum/benih isteri akan diletakkan didalam bekas kaca tersebut dan sejumlah sperma/air mani/benih suami akan diletakkan ke dalam bekas yang sama. Ovum akan dibiarkan untuk disenyawakan secara 'natural' oleh sperma di dalam bekas kaca tersebut.
 
 
Prosedur ICSI.
(credit to: www.telegraph.co.uk)
 
ICSI pula dilakukan di bawah teleskop khas yang mana sperma/benih suami akan disuntik kedalam ovum/benih isteri. Boleh nampak dengan jelas kan bagaimana jarum itu menusuk ke dalam ovum. Selepas itu, bergantung samada ia akan membesar menjadi embryo atau tidak.
 
Di UPR HSNZ, makmal embryologinya dipasang dengan ayat Quran sepanjang masa. Sejuk hati dengar. Moga anak2 yang terhasil menjadi anak yang soleh.
 
 


PESA
 
 
PESA
(credit to: ivfindia.net)

 
Suami saya tidak melalui prosedur PESA. Tidak semua pesakit yang melakukan IVF adalah kerana masalah di pihak isteri. Ada yang melakukannya kerana suami yang bermasalah; antaranya tidak dapat memancutkan air mani, mati pucuk ataupun jumlah sperma yang sedikit. Sperma yang diperolehi akan melalui proses IVF (jika banyak) atau ICSI (kalau sedikit).
 
Di UPR HSNZ, ada satu pasangan suami isteri yang inginkan zuriat. Isteri tidak mempunyai apa2 masalah, tetapi suami mempunyai masalah oligospermia (jumlah sperma sedikit). Isteri menjalani OR dan berjaya memperolehi 6 biji ovum, manakala suami menjalani PESA tetapi hanya satu sperma sahaja yang berjaya diperolehi. Maka, dilakukan ICSI, dengan izin Allah, sperma yang sebiji itu berjaya mempersenyawakan ovum isteri dan berjaya menjadi embryo. Diteruskan dengan ET dengan sebiji embryo itu. 2 minggu kemudian, isteri berjaya hamil.
 
Moral of the story, bukan keje kita semua ni. Hanya Allah sahaja yang menentukan. Ada yang mempunyai satu sahaja sperma, satu sahaja embryo - berjaya hamil. Manakala, ada yang mempunyai berpuluh2 ovum, berjuta2 sperma, banyak embryo yg dihasilkan - masih tidak diizinkan Allah untuk mempunyai zuriat. Maka, sandarkan semuanya pada Allah.
 
 


Embryo Transfer (ET)
 
Embryo Transfer
(credit to: myselfishgenes.blogspot.com)

 
Prosedur ET sama sahaja dengan IUI. Bezanya, prosedur ET memindahka embryo dan ia dilakukan di dalam dewan bedah (yang sama seperti OR). Pesakit akan dapat lihat embryo dimasukkan ke dalam rahim. Masa ni, berdoalah sebanyaknya.
 
 

 
Selepas prosedur, pesakit akan diminta baring lebih kurang 30 minit - 1 jam. Di sesetengah tempat, semasa baring ini akan dipasang video movie (biasanya 1 jam 30 minit), setelah habis video tersebut barulah dibenarkan pulang. Sementara itu, nurse yang bertugas akan memberitahu pesakit pantang-larang yang harus diikuti selepas dibenarkan pulang.
 
 
Bagi saya, yang penting adalah:
  • Pastikan tidak muntah selepas prosedur (untuk OR sahaja - perlu berpuasa semalaman) - nurse akan beri minum air milo dan biskut/kek
  • Turun katil dengan perlahan2
  • Memakai pakaian yang longgar
  • Mendapat bekalan ubat secukupnya (hematinic & Duphaston)
  • Memperolehi sijil cuti sakit - 2 minggu utk isteri & 1 hari untuk suami
  • Diberi tarikh temujanji seterusnya
  • Berjalan dengan perlahan ke kereta. Jika boleh, minta suami parking kereta di pintu hadapan klinik
  • Jatuhkan seat kereta (sehingga terbaring) dan lapik bantal di bawah punggung
  • Minta suami bawa kereta perlahan dan cuba elak lubang/bumper
  • Berehat di katil untuk satu hari itu (bangun utk ke tandas, makan dan solat sahaja) - solat pun solat duduk sahaja
  • Dibenarkan melakukan aktiviti ringan di rumah
  • TIDAK dibenarkan untuk berjimak
 
 

 
 
Kemudian, suami dan isteri perlu berserah banyak kepada Allah. Solat dan berpuasa sunat. Jangan putus untuk berzikir dan bermunajat. Banyakkan bersedekah. Walaupun IVF ni bunyinya gah, sehingga berebut2 pasangan utk menjalani prosedur ini, kene ingat peratus yang berjaya hamil hanyalah 30% sahaja (IUI; 5 - 10%). Sebabnya:
 
  • Ada benih yang sedikit, berjaya hamil, manakala yang banyak benih masih tidak berjaya hamil
  • Tak semua benih akan tersenyawa, walaupun disuntik benih suami ke dalam benih isteri (kira macam paksa untuk senyawa) tak semuanya akan tersenyawa - sebab bukan kerja kita
  • Tak semestinya embryo gred 1 akan berjaya menempel di dinding rahim, berbanding embryo gred 2 dan 3
  • Tak semua embryo yang dimasukkan akan berjaya menempel di dinding rahim (biasanya embryo ini akan 'bersiar2' dahulu sblm berjaya lekat/menempel - ambil masa 5 - 10 hari) - tu sebabnya ada yang mengandung kembar 3, ada yang kembar dua, ada yang seorang dan ada yang tak berjaya juga
 
Tidaklah saya mahu menjatuhkan motivasi rakan2 semua, saya hanya memberitahu hakikat dan dimana pegangan akidah masing2. Perlu sentiasa beringat yang ini semua adalah usaha. Kita kene berusaha dan jangan pernah putus asa. Hasilnya, serah sepenuhnya kepada Allah.
 
Jika berjaya Alhamdulillah, jangan lupa sujud syukur dan bersyukur atas pemberianNya. Jika tidak berjaya, mungkin belum diizinkan oleh Allah. Walau apa pun anggaplah ini semua kafarah dosa dan dugaan utk menguji hambaNya yang beriman.
 
 
 
"Janganlah kau jadikan anak, isteri dan harta sebagai penghalang kepada ibadat kamu"
 
 



8 comments:

  1. UPR HSNZ ini singkatan kepada apa ya?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, Nama saya Nadia.. sy bakal membuat ujian IVF nie.. Doakan saya smuanye Selamat dan berjaya. Amin.. Info yg sgt bagus bagi saya yg xde pengalaman niey.. Thanks Akak.. Semoga dipermudahkan oleh-NYA...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana hendak buat ivf...siapa yang perlu kita hubung?

      Delete
  3. Unit Pemulihan Reproduktif, hospital sultanah nur zahirah terengganu

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah, serious baru saya tau macam-macam prosedurnya.
    secara general saya hanya tau IVF.

    Salam Perkenalan
    Farha Farha IbuCergas

    ReplyDelete