Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Moga mendapat rahmat Allah dan keampunanNya dulu, kini dan selamanya.
Semalam, saya berkongsi info tentang Serbuk Debunga Kurma (SDK). Pada hari ini, saya mahu berkongsi tentang Buah Hawa atau Adam Hawa atau Buah Zuriat.
SDK milik saya diberi oleh bapa saudara yang pergi mengerjakan Umrah. Mula2 rasa pelik dengan buah ni dan mak saya pula sudah lupa bagaimana cara penggunaannya apabila bapa saudara menerangkan bagaimana pengambilannya. Yang penting, katanya buah ini dapat membantu kehamilan.
Lantas saya mencari info di dalam internet. Pada mulanya saya hanya menyimpannya sahaja sebab pertama malas nak kopek serta rebus dan kedua saya mahu simpan masa prosedur. Dan saya mula mengambilnya semasa hari pertama pengambilan ubat kesuburan yg saya perolehi drp UPR HSNZ. Kiranya, saya ambil buah hawa dan serbuk debunga kurma ini sebagai booster.
Allhamdulillah, kini saya mengandung buat kali ke4. Sebelum ini, tidak pernah guna pun sebab tidak tahu mengenainya. Tapi perbezaan untuk kali ini percubaan prosedur IUI itu hanya sekali sahaja dan terus menjadi (kehamilan sebelum ini biasanya 'lekat' pada percubaan IUI kali kedua).
Buah ini keras dan licin kulitnya, tidak berbau dan besarnya lebih kurang segenggam. Warnanya coklat perang. Apabila dikupas kulitnya, ia seakan2 kelapa dengan sabutnya. Yang kita mahu adalah biji di dalamnya (bewarna putih), tetapi ada juga yg mengambil sabutnya. Bijinya itu sangat keras. Kiranya utk memproses buah hawa ini memerlukan tenaga lelaki dan parang/pisau besar.
Di Arab, ia dipanggil dengan Buah Doum. Dikatakan, pokok buah hawa (pokok koka/palma) ini batangnya digunakan utk membuat bahtera Nabi Nuh (sekarang, pokok koka ini orang gunakan utk buat tasbih, cincin atau gelang).
Cara Penggunaan:
- Bijinya direbus dan airnya diminum
- Sabutnya dimakan begitu sahaja (saya tak buat)
- Buahnya direbus sehingga menjadi warna seperti teh, dibiar terendam sekurang2nya 6 jam. Kemudian sabut dikisar halus bersama air rebusan, ditapis dan diminum airnya
Saya buat cara pertama sbb lebih senang dan tak cerewet.
Setelah dibuang kulit luarnya yang licin. |
Beginilah rupa buah hawa ini. |
Sekarang, saya nak tunjukkan bagaimana cara memproses buah hawa ini.
1) Buah hawa ini perlu dikupas dahulu kulitnya. Suami saya mengikis sedikit demi sedikit kulitnya sehinggalah dapat biji yang keras itu. Agak lama jugalah, ada dalam 30 minit juga suami saya di dapur berhempas-pulas mengupas kulitnya.
Buah hawa, sabut dan bijinya |
2) Saya letakkan bijinya ke dalam periuk (ada orang belah bijinya kepada 4 pula - tapi memang keras sangat, agak susah utk dibelah). Isi air dalam periuk sehingga penuh.
3) Letakkan periuk tadi di atas api (saya buat api sederhana - suspen sbb tak pasti bagaimana reaksinya, takut melimpah ke bila menggelegak)
4) Tunggu sehingga menggelegak. Kiranya selepas menggelegak tu tak lama dah la tu.
5) Tutup api setelah airnya bertukar kemerah-merahan. Biar sejuk, kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam bekas minuman utk disimpan.
Kalau ikutkan merahnya agak kuat juga, tapi dlm gambar ni tak berapa clear. Mungkin krn flash. Tapi, lagi lama buah tu terendam dalam periuk, semakin kemerahan warna air rebusan. |
*Jangan direbus buah hawa ini berulang kali kerana khuatir khasiatnya akan hilang. Yang terbaik, 2 biji digunakan (direbus) setiap hari selama 3 minggu
Saya guna sebiji itu aje (sebab nak jimat - nak dapat payah kan). Tak tebus balik pun, cuma air rebusan tu saya simpan dan minum setiap hari.
Air rebusan buah hawa ini bolehlah diamalkan setiap hari oleh isteri dan suami.
Saya ambil setiap pagi dan malam.
Tidak dibenarkan diambil semasa haid.
Khasiat:
Masalah kesuburan
Menstabilka hormon dalam badan
Melancarkan haid
Menghilangkan lenguh2 badan - gosok2kan ke sendi2
Menstabilkan darah (tinggi atau rendah)
Begitulah. Kita berusaha dan berdoa, tetapi Allah juga yang menentukan. Jangan putus harap dan terus berusaha dengan nama Allah yang tentunya diberi balasan baik di akhirat nanti.
Wallhua'alm
No comments:
Post a Comment