01 May 2013

Edisi Ekslusif: Amirul & Uwais Dalam Kenangan...episod 2


Sebelum ini, saya menceritakan tentang kelahiran Amirul. Amirul, sakitnya lebih lama...anak pertama lah katakan ('primid').
 
Selepas Amirul, saya tidak berputus asa. Daripada IUI, saya melakukan IVF. Walaubagaimanapun, selepas 2 minggu 'fresh embryo transfer', saya mula bleeding. Hancur luluh lah perasaan saya ketika itu. Embryo yang ditransfer kesemuanya grade 1 dan saya sangat mengharapkan dapat menimang cahayamata 3 orang sekaligus. Tetapi apabila dilakukan UPT ('urine pregnancy test'), positif!
 
Walaubagaimanapun, semasa 5wks+, Dr Nasir (pakar yang merawat saya di UPR HSNZ), mengesahkan bahawa prosedur sebelum ini gagal dan mungkin saya mengalami keadaan yang dinamakan 'chemical pregnancy'. Ini semua berlaku dialam tahun 2011.
 
Saya teruskan juga dengan 'frozen embryo transfer' - gagal. Kemudian, saya dan suami merancang untuk kembali kepada kpd IUI krn prosedurnya ringkas dan kurang stress. Lagipun, saya berjaya hamil dengan IUI tetapi tidak dengan IVF.
 
Selepas percubaan IUI kali kedua, UPT positif sekali lagi! Gembiranya hanya Allah yang tahu. Lagipun pendarahan lebih sedikit daripada semasa mengandungkan Amirul yang mana saya dimasukkan ke wad dari 8wks - 16wks. Kami cukup positif dengan kehamilan kali ini.
 
Kandungan kali ke-3 ini, saya masih mengalami pendarahan tetapi tidak sampai perlu dimasukkan ke wad. Oleh kerana saya bertugas di Klinik Pakar, setiap kali sebelum pulang, saya akan curi-curi utk scan kandungan saya bagi memastikan semuanya selamat dan kadang-kadang utk cuma mengatakan 'hi..anak ibu'...
 
Bak kata pepatah, ingatkan mendung sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Begitulah keadaan yang berlaku pada kandungan ke-3 ini.
 

Uwais - 5 Februari 2012 @ 8.30 mlm
 
Kelahiran Uwais lebih cepat daripada abangnya, Amirul (mungkin kerana saya sudah menjadi 'multipara'). Saya mula merasakan sedikit contraction jam 5 ptg (5 Feb) dan merasa sedikit pelik. Lantas suami saya diajak ke HSNZ utk mendapatkan rawatan. Dalam perjalanan, tiba-tiba air ketuban pecah (dalam kereta). Hanya Allah yang tahu perasaan ketika itu. Selepas itu, kesemuanya ibarat 'deja vu'.
 
Suami membawa saya ke Jab Kecemasan. Habis kain saya dibasahi air ketuban dan darah yang menderu-deru keluar ketika itu. Selepas diperiksa oleh doktor, saya terus dihantar ke wad 7AB. Ketika itu contraction sudah semakin kuat. Hanya lelehan air mata yang menemani diri saya. Saya berulangkali berkata kepada suami, 'abg, lepas ni bawak mar jalan Pualu Tioman ek'... (dengan harapan, kesemua'deja vu' ini segera tamat).
 
Baru sekejap di 7AB, saya merasakan contraction semakin kuat. Habis basah tudung dengan peluh yang mengalir akibat menahan sakit. Suami memanggil nurse, dan saya segera dihantar ke dewan bersalin.
 
Di dewan bersalin, pelbagai episod tak diingini berlaku. Suami tidak dibenarkan masuk dengan alasan doktor belum memeriksa saya lagi dan doktor memberi alasan pemeriksaan dilakukan hanyalah PRN (bila perlu sahaja). Saya juga dapat mendengar kakitangan sibuk membincangkan tentang nasi goring (ada staf yang 'hilang' nasi goreng yg ditempahnya)  padahal saya sedang dalam kesakitan!! Datang pula 2 orang doktor pelatih ('houseman'), sibuk cuba untuk memasukkan branula (banyak percubaan tetapi gagal, padahal saya cuba utk tidak bergerak) sambil mereka bertanyakan adakah saya sedang sakit (pada masa itu, hanya Iman yg menahan saya daripada menjerit2 akibat kesakitan).
 
Sehingga suatu masa, saya berkeras utk memanggil suami saya dan minta utk diperiksa walaupun oleh nurse (nurse tidak berani utk memeriksa atas alasan saya adalah Peg Perubatan). Rupa2nya, saya telah pun 'crowning'. Selepas meneran, lahirlah Uwais. Kesemua ketidakpuasan hati saya  tadi hilang apabila melihat cara nurse menyambut kelahiran Uwais seperti bayi2 lain.
 
"Assalamualaikum...," bisik nurse tersebut ke telinga Uwais, lalu menghulurkan Uwais kepada suami saya, "Ayah dia tengok anak laki ke perempuan." "Lelaki", jawapan yang perlahan dan ringkas.
 
Sejuk hati saya mendengarnya. Anak saya tidak dilayan seperti objek asing (semasa Amirul, doktor mengesyorkan utk dihantar ke makmal utk pemeriksaan lanjutan...sedihnye..tapi saya 'refuse'). Bukan itu sahaja, nurse yang sama (saya tak perasan nama di name tag) membawa anak saya untuk dimandikan dan dikafankan (siap letak bawah warmer lagi).
 
Seperti Amirul juga, tali pusat Uwais sangat nipis dan terputus. 'Retained placenta' sekali lagi. 'Houseman' yang cuba membantu saya ketika itu berhempas-pulas cuba utk mengeluarkan uri (suami saya kata ibarat menyiang ikan aya) tanpa memberi apa-apa sedation. Tetapi, apabila 'medical officer' yang melakukan prosedur trsbt, lebih lembut dan langsung tidak sakit dan akhirnya uri berjaya dikeluarkan.
 
Saya discaj keesokan harinya dan diberi cuti sakit 1 minggu krn diagnosis saya hanyalah 'spontaneous miscarriage'. Selepas merayu, doktor pakar bersetuju untuk memberi 2 minggu cuti sakit.
 
Uwais dikebumikan betul2 disebelah abangnya, Amirul. Pengebumian turut dibantu oleh Samsuri dan Haji Nasiran. Saya cuba mengikuti hingga ke tanah perkuburan, tetapi krn terlalu sedih, saya cuma berhenti di pintu pagar. Lelehan air mata menemani saya sekali lagi...melihat saat2 anak dikebumikan. 'Kami adalah ibu dan ayah yang kali kedua mengebumikan anak sendiri', begitulah bisikan hati saya.
 
Tempoh berpantang masih di rumah sendiri dan dibantu sepenuhnya oleh suami. Seperti yg saya katakan sebelum ini, semuanya ibarat 'deja vu'. Maka, kesemuanya sama. Bezanya, saya kurang sedikit stress, mungkin kerana ini pengalaman kedua dan mungkin kerana saya sempat menatap raut wajah Uwais yg spt saya dan memeluk Uwais buat kali terakhir. Lagipun, suami telah berjanji utk membawa saya bercuti di Pulau Tioman.

Walaubagaimanapun, saya tidak membenarkan keluarga dan kawan datang melawat kerana saya segan menitiskan air mata dihadapan mereka. Setiap malam, suami akan memasangkan ayat Quran supaya hati saya sentiasa tenang. Urusan bertungku, berbengkung, dsb semuanya dilakukan oleh suami, sehinggakan suami yang mengingatkan utk bertungku. Alhamdulillah, saya dikurnikan suami yang penyayang dan sangat memahami.
 
InsyaAllah, sehingga kini, kami dikurniakan dua orang anak lelaki yang dijamin syurga yang menjadi saham kami di akhirat.
 
Amirul... Uwais... bantulah ibu dan ayah nanti ye..
 
 
Uwais...ketika 16wks+
Uwais juga kelihatan seperti sedang sujud
 

No comments:

Post a Comment