24 May 2013

15 Perkara Tak Best Semasa Pregnant

 
Assalamualaikum w.b.t.
 
Salam Sabtu dan Salam Sejahtera.
Moga hari ini lebih baik dari hari semalam.
Betulkan akidah setiap masa, muhasabah diri setiap saat dan ingatlah redha Allah itulah tujuan kita.
 
Sejak akhir2 ini, anak kecil di dalam perut saya semakin 'bijak'. Setiap kali saya berinteraksi dengannya, ketika itulah dia akan menendang, seolah-olah memberi respon.
Atau mungkin juga sekadar kebetulan.
 
Kadang-kadang saya ketawa seorang diri setiap kali kami 'berinteraksi', sehinggakan saya terfikir sekiranya terdapat kamera di dalam bilik, sudah tentu orang mengatakan yang saya sudah tidak waras. Inilah antara saat manis yang saya rasakan semua wanita di dunia ini harus rasai.
 
Tetapi, ada juga saat yang 'tawar' atau 'pahit'.
Ini kerana, semakin lama kandungan saya, semakin banyak perkara yang berlaku.
Disini, saya ingin kongsikan perkara2 yang tak best semasa hamil.
Bukannya sebagai 'demotivator', tetapi sekadar berkongsi agar wanita diluar sana sudah dapat jangka perkara ini akan berlaku dan sentiasa bersedia.
 
Boleh jadi ia sesuatu kenangan yang manis kerana kita tidak sentiasa dalam keadaan hamil
dan seperti yang saya pernah katakana sebelum ini....
'sesuatu yang pahit itu akan menjadi sesuatu yang manis utk dikenang'.
 
Dan lain wanita mungkin mempunyai masalah yang lain.
Apa yang saya ceritakan di bawah ini adalah pengalaman saya sendiri, hingga setakat ini.
 
 
 
1. Pening dan loya
credit to: frimminjimbits.blogspot.com
  • Sebahagian daripada simptom alahan semasa awal mengandung
  • Alhamdulillah, saya tidak mengalami alahan yang teruk...sekadar pening2 sedikit dan merasa tidak selesa pada satu2 keadaan
  • Saya boleh mengambil hampir semua makanan, kecuali ayam. Hmm..tak tahu mengapa, mungkin juga ada kaitan dengan keluarga mak saya yang kebanyakannya tidak makan ayam
  • Ada sesetengah makanan saya tolak tanpa sebab...tidak selera melihatnya (faham-fahamlah makanan hospital..kekadang tak pasti apakan jenis masakan yang dimasak, adakalanya lauk tidak berapa masak, ada juga ketika dimana lauk yang disediakan hanyir)
  • Tapi sekarang, Alhamdulillah...saya kini boleh makan semua makanan. Maka, tidaklah saya turut menyusahkan suami saya. Dan ketika suami balik kampung, suami akan membekalkan beberapa makanan spt megi (makanan ketika emergency), roti (dah muak sebenarnya makan roti sandwich) atau biskut
Cara atasi:
  • Minum air banyak-banyak
  • Makan buah bagi mengurangkan rasa loya (elakkan jeruk dan asam-masin)
  • Makanlah apa sahaja yang mendatangkan selera anda (bagi kes saya...terpaksa gak telan apa yang ada...nak buat macam mana..)
 
 
2. 'Mood swing'
credit to: en.wikipedia.org
 
  • Perubahan mood ini saya lalui sejak dari permulaan lagi, iaitu ketika menyuntik ubat kesuburan
  • Semuanya berlaku kerana perubahan hormon dalam badan
  • Kebiasaannya, saya akan merasa mudah sensitif dan mudah untuk menangis. Perkara yang simple bagi org lain adalah sesuatu perkara yang berat bagi saya. Mudah terasa dengan tindak tanduk orang lain
  • Ada juga ketikanya, saya menjadi 'hypomanic' terutamanya apabila memasuki trimester kedua. Itulah sebabnya saya berjaya membuat blog ini. Idea datang mencurah2, hingga kekadang saya mampu membuat mengarang beberapa artikel dan sajak dalam satu hari
  • Suami saya tidak mempercayai hormon boleh melakukan semua ini. Apabila saya menangis tanpa sebab, dia akan mengatakan ia adalah hati dan jiwa saya lemah. Mungkin ada benarnya, kerana apabila kita mendekatkan diri dengan Allah, perasaan lebih mudah menjadi rational
Cara atasi:
  • Anda memerlukan sokongan daripada suami, keluarga dan kawan-kawan
  • Luahkan perasaan anda, samada dengan cara verbal ataupun coretan (saya lega dengan kedua-dua cara, tapi lebih mudah dengan cara coretan...mengarang sajak contohnya)
  • Dekatkan diri dengan Allah; zikir, baca al-Quran - percayalah hati mudah menjadi sejuk apabila membaca Quran
 
 
3. Deria bau lebih kuat
credit to: www.personal.psu.edu 
 
  • Ini adalah salah satu simptom yang saya kenalpasti setiap kali mengandung
  • Bau yang sukar dihidu, menjadi jelas buat saya. Susah jadinya, kerana setiap kali terbau masakan sedap, perut mula berkeroncong..aduh...
  • Jika bau yang busuk pula menyebabkan saya stress sehinggalah saya menjumpai punca bau  
Cara atasi:
  • Tiada apa yang anda boleh lakukan sebenarnya
  • Bagi menyegarkan bilik, saya biasanya membiarkan kulit buah oren di atas sinki..suka dengan bau oren semerbak di dalam bilik
  • Jika makanan yang dihantar saya rasakan baunya tidak menyenangkan, saya akan cepat2 membalut permukaan mangkuk dengan tisu dan mengikat dengan getah
 
 
4. Kerap buang air kecil
credit to: spacecoastdaily.com 
 
  • Semasa awal kandungan, simptom ini mungkin tidak berapa ketara, kecuali sekiranya mengalami jangkitan kuman air kencing
  • Tetapi, bagi saya, ia bermula selepas pembedahan ikat pangkal rahim ('cervical cerclage') kerana benang jahitan kekadang bergesel dengan pundi kencing
  • Semakin kandungan semakin membesar, semakin keraplah kita akan membuang air kecil. Jika dimalam hari, memang tidak sah bangun ke tandas. Ini adalah kerana, rahim yang semakin membesar mula memberi tekanan kepada pundi kencing
Cara atasi:
  • Jangan risau, selagi air kencing jernih dan warnanya tidak pekat, tiada masalah
  • Minum air banyak2 kerana badan anda memerlukan air bagi memastikan bayi yang dikandung mendapat nutrient yang mencukupi
  • Jangan tahan air kencing kerana ia boleh menyebabkan kontraksi pada rahim
 
 
5. 'Heartburn'
credit to: www.extremehealthradio.com 
 
  • 'Heartburn' atau rasa terbakar pada dada, boleh menjadi simptom serangan jantung ataupun gastrik
  • Bagi saya, 'heartburn' yg dirasai pada awal kehamilan adalah kerana ubat Duphaston yang saya ambil
  • Semakin besar kandungan, semakin mudah merasa 'heartburn' terutamanya selepas makan, kerana rahim yg membesar menolak/menghimpit pada perut yang menyebabkan lebih mudah asid dari perut terkeluar ('reflux')
Cara atasi:
  • Minum susu kerana susu adalah alkali dan boleh meneutralkan asid
  • Jangan baring selepas makan
  • Kurangkan makanan pedas
  • Kunyah makanan anda sehingga betul2 hancur sebelum ditelan bagi membantu system penghadaman (Sunnah Nabi - kunyah 40 kali sebelum telan)
  • Saya suka makan oren/buahan sebelum makan nasi (lunch dan dinner) kerana ia juga membantu penghadaman (Sunnah Nabi)
 
 
6. Sakit belakang
credit to: www.findherbalremedy.com 
 
  • Saya mula merasai sakit belakang bermula lebih kurang 16 minggu, tetapi sakit belakang saya lebih kepada sakit di pinggang kiri - Posterior Pelvic Pain (nanti, saya ceritakan di entry seterusnya)
  • Susah betul kadang2 bila mahu bangun ataupun sekadar mengiring. Kekadang rasa seperti menitis air mata
Cara atasi:
  • Makan paracetamol (penahan sakit yang paling selamat bagi wanita hamil) bagi menghilangkan sakit
  • Tips2 yang lain saya akan ceritakan di entry akan datang
 
 
7. Sembelit
credit to: www.babymed.com 
 
  • Wanita hamil kebanyakannya akan mempunyai masalah ini
  • Ia berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan sistem penghadaman menjadi perlahan
  • Sembelit juga boleh menyebabkan masalah buasir
Cara atasi:
  • Minum air banyak2, ia membantu melembutkan sisa tinja
  • Saya selalu minum air masak di waktu pagi sebelum breakfast (Sunnah Nabi)
  • Amalkan buahan sebelum lunch/dinner (Sunnah Nabi)
  • Jangan meneran setiap kali di tandas, kerana boleh menyebabkan buasir. Minum air banyak-banyak dan cuba makan buahan dahulu
 
 
8. Jerawat
credit to: wayneandwax.org
 
  • Masalah jerawat ini saya hadapi setiap kali hamil
  • Mungkin tidaklah seteruk remaja yang baru baligh, tetapi kulit muka dirasakan lebih berminyak dan jerawat lebih mudah tumbuh
  • Juga berpunca daripada perubahan hormon
Cara atasi:
  • Basuh muka dengan pencuci muka 2 kali setiap hari (saya menggunakan Safi Rania Gold dari dahulu lagi)
  • Jangan picit jerawat kerana ia menyebabkan tersebarnya lagi kuman dan jerawat menjadi lebih teruk
 
 
9. Mudah panas dan berpeluh
credit to: ourslifestyle.blogspot.com 
 
  • Oleh kerana saya duduk didalam bilik yang berhawa dingin, masalah ini tidak berapa ketara kecuali apabila air-cond rosak
  • Tetapi jika ber'dating' dgn suami di luar pun, ketika angina sepoi2 bahasa, saya mudah berpeluh (spt org menopause lagaknya)
Cara atasi:
  • Mandi dan salin baju dengan kerap
  • Elak mandi dengan air panas (terutamanya berendam di kolam air panas)
 
 
 
10. Cepat kenyang
credit to:www.fitgirlpersonaltraining.com 
 
  • Tak best ke bila cepat kenyang?
  • Masalahnya apabila tidak mampu menghabiskan walau secawan nasi, tak lama lepas tu perut mula berbunyi semula (cepat menjadi lapar) - bila di dalam wad, tak tahulah nak kudap apa selepas tu (kedai keluarga pula semakin jauh)
  • Kadang-kadang, suami membawakan makanan yang sedap2, tetapi malangnya saya hanya mampu sedikit sahaja kerana mudah kenyang
  • Dan kebanyakan masa, susah pula untuk solat selepas itu (tu sebab saya prefer solat dulu, baru makan)
  • Berpunca daripada kandungan yang semakin membesar, menghimpit perut
Cara atasi:
  • Makan sedikit-sedikit, tetapi kerap
  • Berjalan-jalan sedikit selepas makan (Sunnah Nabi - 100 langkah selepas makan)
 
 
11. Hidung berdarah
credit to: whatcausesheadaches.us 
 
  • Jangan risau, hidung dan gusi berdarah adalah perkara biasa semasa mengandung. Ini adalah kerana hormon pogesteron yang membantu mengekalkan kehamilan menyebabkan mukosa kulit semakin nipis dan lebih mudah berdarah
  • Tetapi sekiranya berlarutan, dapatkan nasihat doktor
  • Perkara ni berlaku sekali sahaja dan ia tidaklah begitu serius
Cara atasi:
  • Jika hidung berdarah, tundukkan kepala (elak darah mengalir dalam tekak) dan tekan batang hidung dan letak ais di batang hidung (utk hentikan pendarahan)
  • Untuk gusi berdarah, pastikan jaga kesihatan gigi dengan baik kerana gigi mudah rosak semasa hamil
  • Jangan mengorek hidung atau telinga dengan agresif
  • Gunakan berus gigi yang lembut
 
 
12. Kaki bengkak
credit to: www.babble.com 
 
  • Selepas 24 minggu, kaki akan menjadi semakin membengkak akibat pengumpulan air
  • Jika sekadar bengkak, tiada sakit, kemerahan atau tanda2 yang lain, tiada apa yang perlu dirisaukan
Cara atasi:
  • Tinggikan kaki ketika duduk atau baring
  • Gunakan kasut/selipar yang selesa dan tidak bertumit
  • Boleh mengurut dengan minyak untuk menghilangkan lenguh
 
 
13. Kuku cepat panjang
credit to: www.sheknows.co.uk 
 
  • Semasa hamil, akibat perubahan hormon, semua jenis rambut dan kuku akan lebih mudah tumbuh
  • Frust lah jugak...sbb perlu memotong kuku tangan setiap 3 hari (biasanya seminggu sekali je). Terutamanya apabila perlu memotong kuku kaki, kerana dengan perut yang semakin membesar, agak payah sebenarnya
Cara atasi:
  • Tiada apa yang dapat dilakukan
  • Jaga kebersihan kuku dan pastikan kuku sentiasa pendek 
 
 
14. Susah untuk bangun dari duduk/baring
 
credit to: mommyinlaw.com 
 
  • Yang ini biasalah...akibat perut yang semakin membesar dan juga sakit belakang
  • Kadang-kadang memerlukan pertolongan orang lain - nasib baik katil saya ada besi di tepi, boleh juga berpaut
Cara atasi:
  • Anda perlu mengiring dahulu sebelum menolak tangan/badan untuk bangun (dari posisi baring)
  • Apabila mengambil barang di lantai, elakkan dari menunduk. Mencangkung dahulu dan gunakan kekuatan tangan untuk menolak/menarik badan anda utk berdiri (berpaut pada meja/kerusi)
 
 
15. Baju semua menjadi ketat
credit to: teachtheyoungerwomen.wordpress.com 
 
  • Bagi masalah yang terakhir ni, saya rasa 'apply' utk saya saje kot
  • Al-maklumlah...apabila perut semakin membesar, keperluan pakaian juga akan berbeza
  • Masalahnya, saya masih berada di dalam wad...bagaimanalah mahu bershoping pakaian..
  • Maka, 'adapt' sahaja dengan apa yang ada...'recycle' mana yang patut..dan bersabar
 
 

1 comment: