11 May 2013

Amalan di Bulan Rejab



Assalamualaikum..
Moga hari ini lebih baik dari semalam dan kita sentiasa mendapat lindungan rahmatNya. Jangan lupa, tujuan kita di atas muka bumi hanyalah utk mendapat keredhaanNya. InsyaAllah..
 
Entry kali ini adalah ekoran daripada entry Peristiwa di Bulan Rejab. Kali ini saya mahu berkongsi ttg amalan2 yg sunat dilakukan di bulan ini. Mungkin ramai yg dah tahu..so kali ini sbg ulangkaji sahaja.
 
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Kembalikan kpd Tuhan kamu dgn memohon keampunan atas dosa2 kamu dan hindarkanlah perbuatan2 maksiat dalam bulan mulia, iaitu bulan Rejab"
 
Cubalah sedaya upaya kita utk mengamalkannya...ingat...jangan kita menyesal di kemudian hari. Kerana tahun depan belum tentu kita berpeluang bertemu bulan Rejab spt kali ini. Lagipun, utk memperoleh anak yg soleh, mestilah daripada ibu bapa yg beramal soleh juga...bukan?






1.   Disunatkan untuk bertaubat daripada segala dosa


Credit to: nurhidayahjalansuciku.blogspot.com 
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah Yang Maha Agung yang tiada tuhan melainkan Dia yg hidup, yang berdiri dengan sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
 


Seorang ulama’ ahli hadits Al-Imam Muhammad bin Abdullah Al Jardani Rohimahullah menerangkan dalam kitab hadits Misbahud-dholam bahwa : “Diterangkan dalam kitab-kitab
Allah yang terdahulu, orang yang membaca :
Dibaca 70 x setiap ba’da isya’ atau waktu pagi dan sore bulan Rajab,
“Orang tersebut akan terhindar dari siksaan api neraka (dosa-dosanya diampuni oleh Allah)”
 




2.  Perbanyakkan doa ke hadrat Allah SWT


Credit to: www.sunniforum.com
Maksudnya: Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan (juga barakah).




3.  Banyakkan istighfar


1 hingga 30 Rejab
(dibaca 70 kali di waktu Subuh dan Asar)
Credit to: adehumaidi.com
 


Credit to: setanggi-permata.blogspot.com 



4.  Perbanyakkan tasbih

Credit to: shafiqolbu.wordpress.com



5.  Berpuasa sunat

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:"Barang siapa berpuasa pada bulan Rajab sehari maka laksana ia puasa selama sebulan, bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya 7 pintu neraka jahanam. Bila puasa 8 hari maka dibukakan untuknya 8 pintu surga. Dan bila puasa 10 hari maka Allah akan mengabulkan semua permintaannya."
Puasa sehari = laksana puasa sebulan
Puasa 7 hari = ditutup 7 pintu neraka
Puasa 8 hari = dibukakan 8 pintu syurga
Puasa 10 hari = mengabulkan semua permintaan


 Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“ Sesungguhnya di surga ada sungai yang disebut dengan rajab (isinya) lebih putih dari pada susu, dan lebih manis dari pada madu. Barangsiapa yang berpuasa sunnah satu hari pada bulan Rajab akan diberi minum oleh Allah dari sungai tersebut.”
(HR. Imam Baihaqi)
Puasa sehari = diberi Allah minum dari sungai di syurga
(lebih putih dr susu dan lebih manis dr madu)
 


 Pada suatu ketika berjalan Tsauban bersama Rasulullah SAW melewati suatu kuburan di mana Rasulullah saw berhenti sejenak dan menangis tersedu2.
” Kenapa engkau menangis ya Rasulullah?” tanya Tsauban,
lalu Rasulullah bersabda :
Aku berdoa untuk mereka yang sedang disiksa kuburnya maka diringankanlah siksanya oleh Allah. Coba mereka berpuasa satu hari dan tidak tidur satu malam dalam bulan Rajab, mereka tidak akan disiksa dalam kuburnya"
Puasa sehari + tidak tidur 1 mlm = tidak akan disiksa dlm kubur 


Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: 
“ Barang siapa puasa pada tanggal 27 Rajab, Allah mencatatnya sebagaimana orang puasa 60 bulan”.
(HR.  Abi Hurairah dan At-Thabrani)
Puasa pd 27 Rejab = laksana puasa 60 bulan  


6.  Berselawat

Barang siapa membaca :
Dibaca 35 kali diantara dua khutbah hari Jum’at Akhir bulan Rojab, maka
dimudahkan rezekinya dan dicukupi segala keperluannya.
(Qaul Ulama’)



7.  Banyakkan membaca Al-Quran

Bagusnya sekiranya begini suasana di Malaysia



Rujukan:
http://blog.its.ac.id/syafii/2010/06/14/amalan-amalan-di-bulan-rajab-kitab-mukaasyafah-al-quluub-al-imam-hujjatul-islam-abi-hamid-bin-muhammad-al-ghozali/
http://uswahislam.blogspot.com/2012/06/7-keistimewaan-puasa-bulan-rajab.html
Indahnya Amalan Doa oleh Dato' Ismail Kamus



1 comment:

  1. http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id73.html

    mintak semak tuan....

    ReplyDelete