05 May 2013

Evening Primrose Oil

Alhamdulillah, hari ini diberi peluang untuk terus berada di muka bumi Allah.
 
Di entry kali ini, saya mahu bercerita tentang Evening Primrose Oil atau lebih popular dgn panggilan EPO.
 
Sebelum ini, sudah banyak kali saya mendengar ttg EPO dan ada juga yg mengesyorkannya utk saya. Tetapi, oleh kerana saya memang culas apabila tiba pada perubatan komplementari, lalu saya biarkan sahaja. Sehinggalah sebelum kehamilan saya kali ini, kerana saya benar2 mahu hamil semula selepas Amirul & Uwais pergi.
 
Lantas, internet menjadi sumber rujukan dan saya terkejut dgn apa yang saya ketemui. Rupa2nya EPO bukan sahaja diambil oleh masyarakat disini, tetapi di merata tempat seluruh dunia. Malahan pelbagai kajian telah dilakukan dan menunjukkan khasiat yang baik bagi wanita yang hamil.
 
 
 
 
Apa itu Evening Primrose Oil?
 
EPO berasal drp sejenis tumbuhan yang dipanggil 'Evening Primrose' atau nama saintifiknya adalah Oenothera Biennis. Tumbuhan ini didapati tumbuh meliar di Amerika Selatan dan di Negara Eropah.
 
Beginilah rupa pokok evening primrose.
(credit to: commons.wikimedia.org)
Inilah bunga evening primrose. Dari sini minyaknya diperolehi.
(credit to: wisplants.uwsp.edu)


Minyak EPO diperolehi daripada benihnya yang mengandungi Asid Gamalinolenik (GLA), sejenis asid lemak penting ('essential fatty acid') yang hanya diperolehi daripada makanan. GLA penting untuk pertumbuhan dan perkembangan system dalam badan.
EPO sebelum ini telah digunakan semenjak tahun 1930-an untuk masalah radang kulit (eczema) dan terbaru, telah digunakan sebagai rawatan untuk penyakit radang sendi (rheumatoid athritis), premenstrual symptom, menopause dan kanser. Walaubagaimanapun tiada kajian yang dapat membuktikan merawat untuk penyakit diatas, walaupun dikatakan memberi kesan yang banyak untuk pesakit eczema.
 
 
 
Bagaimana rupa EPO yang telah diproses?
 
Sekarang, kita tak perlu cari bunga ini dan perah minyaknya. Di kedai2 sudah banyak yang menjual EPO dalam bentuk kapsul.
 
Botol EPO yang saya beli di farmasi


Beginilah rupa kaspulnya. Agak besar tapi mudah ditelan sebab permukaannya yang licin.
 
 
 
 
Bagaimana EPO dapat membantu?
 
 Sebenarnya, EPO bukanlah rawatan kesuburan, bermakna, dengan mengambil EPO sahaja, dengan izin Allah, ia tidak menggalakkan pembesaran folikel. 
 
Walaubagaimanapun, EPO dikatakan dapat membantu wanita dalam rawatan kesuburan dengan:
  • Menguatkan rahim (endometrium)
  • Meningkatkan mukus servik
Dengan cara ini, EPO dapat membantu menyediakan persekitaran/medium yang terbaik bagi embryo untuk implan dan membesar dengan baik serta memanjangkan hayat sperma di dalam rahim.
 Selain itu, EPO juga dikatakan dapat:
  • Mengurangkan keradangan yang mungkin menyekat benih suami atau isteri. Ini bermakna, ia bagus untuk pesakit Endometriosis. Ini adalah kerana, GLA dikatakan dapat bertukar dengan mudah kepada hormon Prostaglandin yang banyak membantu dalam keradangan.
 

 
Perlu diambil setiap hari?
 
JANGAN!
Perlu diingati, EPO ni boleh menyebabkan rahim berkontraksi. Bermakna jika wanita yang mengambil EPO ini mengandung, ia boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Maka, masa yang terbaik untuk ambil EPO adalah:
  • Hari pertama period, sehingga hari ovulasi (biasanya hari ke-14 kitaran haid atau hari bagi injection Pregnyl). Jangan teruskan EPO sehingga confirm tak mengandung.
  • Trimester terakhir kandungan, terutamanya 38 minggu ke atas, kerana EPO dapat membantu melembutkan servik dan lebih mudah bagi wanita itu untuk melahirkan anak.
  
Dos yang perlu diambil adalah 1500 - 3000mg sekali sehari. Mulakan dengan dos paling rendah sbb sesetengah orang akan mengalami masalah sakit perut, merasa loya atau cirit-birit. Untuk mengurangkan kesan ini, ambil EPO sekali atau selepas makan.
 


Bagaimana?
Berminat? Perlu diingatkan, sebelum berubat, kaji dahulu sebab ramai yang tersalah ambil (ambi hari2).
 
Saya bukan agen jual ubat ini, .tapi saya rasa EPO banyak membantu bagi pesakit infertiliti terutamanya yang mengalami masalah lapisan endometrium nipis. Tapi, jangan diambil setiap hari kerana embryo jadi susah nak 'implant' akibat kontraksi rahim (setelah pengambilan EPO).
 
Jangan lupa untuk berdoa. Ingat...apa sahaja yang kita lakukan di muka bumi ini adalah mencari keredhaan-Nya. Pekakkan telinga....butakan mata...asalkan tak buta hati dan iman. Teruskan usaha dan jangan lupa sentiasa berdoa dan tawakal. InsyaAllah.

 
 


8 comments:

  1. Kalau yg tak kahwin lg makan blh mkn epo ni hari2 ke? N ada yg ckp mkn before makan ada yg ckp mkn after mkn. Mana satu ye yg betul?

    ReplyDelete
  2. fyza yunos, sy mkn EPO sjk umur sy 20thn lg.mknanya skrg dkt 9thn dh sy consume EPO,sjk ank dara smpai dh ade ank still setia dgn EPO.no sides effect and it's good for our health.supplement harian sy insyaAllah dgn niat krna Allah utk sihat.tq fr da sharing

    ReplyDelete
  3. siti fatimah : betul ke orang cakap bila amek epo berat badan bole bertambah ?

    ReplyDelete
  4. Saya bru bli epo...bila bleh mkn...shari brp bji...lgi stu...msa dtang bln..bleh x mkn

    ReplyDelete
  5. Saya bru bli epo...bila bleh mkn...shari brp bji...lgi stu...msa dtang bln..bleh x mkn

    ReplyDelete
  6. Kt botol pn ada cra mkn. Kau dh knapa.xreti baca sangat

    ReplyDelete
  7. Salam. Hi saya nak tanya kalau saya mahu hamil, bagus ke ambil epo Ni? Sebab saya memg ambil epo sejak saya kahwin. Tapi bila saya pergi doctor dia cakap kalau nak hamil, stop dulu makan epo sebab dia menggalakkan period untuk datang which is bila hamil kite xnak period datang. Jadi bagaimana ye?

    ReplyDelete
  8. Saya makan brand Nova..ada actisof..kadar penyerapan lebih pantas..aamiin.

    ReplyDelete