02 May 2013

Permanian Berhadas

Rata-ratanya, ramai yang keliru dengan istilah 'permanian berhadas' kerana perkataan 'IUI' lebih popular. Ia adalah perkara yang sama, cuma apabila perkataan IUI dimelayukan, maka terhasillah 'permanian berhadas'.
 
Saya bukanlah pakar O&G, tetapi seorang pesakit yang telah melalui prosedur ini berulang kali (sekurang-kurangnya 5 kali) semenjak 2008. Maka, disini saya nak kongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman diri saya. Sesetengah maklumat di bawah mungkin tidak tertulis dimana2 atau tidak diberitahu oleh kakitangan klinik krn ianya adalah 'try-and-error' pengalaman sendiri.
 

 
Definisi:
IUI = Intrauterine Insemination
Suatu prosedur dimana air mani suami akan dimasukkan ke dalam rahim isteri

 
Syarat-syaratnya:
Isteri
  • Ada folikel yang matang samada di ovari kanan atau kiri (lebih dari 20mm) - pemeriksaan dilakukan melalui 'follicular tracking' (scan transvaginal yang dilakukan secara berkala bermula dari hari ke-6 kitaran haid, untuk melihat saiz folikel)

Beginilah rupa folikel yang telah matang. Ada yang banyak seperti dalam gambar ini tetapi tidak juga hamil, dan ada yg mempunyai hanya satu folikel matang dan masih boleh hamil! Percayalah dengan kekuasaan Allah.
(credit to: drmalpani.com)

  • Lapisan dinding endometrium ('endometrial thickness') melebihi 10mm - bukan satu syarat penting, tetapi jika lapisan ET tebal, peluang utk hamil lebih tinggi.

Suami
  • Jumlah air mani yang normal, iaitu melebihi 1.5mL
  • Jumlah sperma yang mencukupi (sekurang-kurangnya lebih daripada 10 juta/mL) - mengikut kajian sekiranya jumlah sperma melebihi 20 juta, peluang utk isteri hamil lebih tinggi)
Lihat! Semakin banyak jumlah sperma, peluang untuk hamil lebih tinggi
(credit to: www.fertilitycenter,com)

  • Motiliti sperma yang baik (lebih 60%) - jika jumlah sperma banyak, tetapi banyak sperma malas nak bergerak...isteri susah nak hamil 
  • Morfologi sperma yang normal
Sperma yang baik adalah normal morfologinya
(credit to: Wikipedia)

Kalau folikel tak matang2, macam mana?
Kalau jumlah sperma sedikit, bagaimana?
Kenapa sperma suami saya kurang motiliti?
Daripada IUI, bolehkah aim anak lelaki atau perempuan?
 
InsyaAllah, di entry akan datang saya akan ceritakan. Kali ini saya nak ceritakan perjalanan prosedur IUI ini dahulu.
 
 
Sebelum prosedur IUI:
Apabila doktor pun dah bagi 'green light', folikel berjaya matang dengan baik dan analisis sperma pun normal. Isteri akan diberi suntikan Pregnyl untuk mematangkan folikel dan membantu ovulasi.
 
Pregnyl® = Chorionic Gonadotropin
Dos : 5,000 - 10,000 unit
Masa tindakan : 24 - 48 jam


Beginilah rupa Pregnyl. Ada cara nak 'dilute' ubat ni. Nanti di entry akan datang saya akan ceritakan bagaimana nak 'dilute' dan suntik (saya ajar suami untuk bagi suntikan, tapi kene siap2 sediakan ubat dahulu)
 
Oleh kerana, Pregnyl ni mengambil masa untuk memberi kesan, suntikan haruslah diberi sebelum prosedur IUI. Seperti di UPR HSNZ, saya diminta untuk mengambil suntikan ini 36 jam sebelum prosedur.

Ini bermakna, apabila telur telah matang pada ari ini (2 Mei), suntikan akan diberi jam 8 malam (2 Mei) dan prosedur IUI akan dilakukan pada 4 Mei jam 8 pagi.
 
Kesan sampingan:
Banyak...! Biasanya orang 'complained' reaksi pada kulit yang disuntik. Saya ni dah kebal agaknya sebab biasa sangat dengan injection.

Saya hanya mengalami OHSS (ovarian hyperstimulation syndrome). Semasa mengandungkan Uwais, OHSS saya agak teruk hingga perlu dimasukkan ke wad. Jangan ambil mudah, kerana OHSS boleh membawa maut. Walaubagaimanapun, OHSS adalah satu 'predictor' yg baik utk kehamilan (hamper 50% pesakit mengandung!). Jika benar2 hamil, OHSS ini akan berpanjangan dan boleh jadi semakin teruk.

Setiap kali selepas suntikan Pregnyl dan prosedur IUI, jika saya tidak mempunyai tanda2 OHSS, saya dah dapat agak 'outcome' prosedur (memang akan down ajelah lepas tu, nak memasak pun malas). Biasanya memang akan 'period' selepas 2 minggu dan UPT negatif. Tetapi, mengikut pengalaman saya sekiranya ada kembung perut, merasa loya dan kadang2 cirit-birit, ini adalah satu petanda yang baik (walaupun kadang2 memang seksa sbb bukannya selasa kembung perut dan kadang2 jadi sesak nafas...takpelah, demi zuriat).

InsyaAllah, di entry akan datang saya akan bercerita lebih lanjut tentang OHSS.
 
 
Prosedur IUI:
Tibalah masanya untuk meneruskan dengan prosedur IUI itu sendiri.
  • Selepas daftar di kaunter klinik, suami akan diberi cup untuk mendapatkan air mani. Di UPR HSNZ, ada disediakan bilik khas yang dinamakan 'Bilik Berkat'.
  • Selepas air mani diperolehi, cup itu nanti diletakkan di kaunter makmal (di dalam klinik). Jangan risau, cup itu tidak akan tertukar dengan pasangan lain kerana akan tertulis H/O__ (husband of __ ).
  • Masa ini, bolehlah pergi berehat. Saya dan suami biasanya akan ke kedai berdekatan untuk sarapan pagi. Biasanya, pihak klinik akan menelefon setelah mereka bersedia. 
  • Pada masa ini, 'seminal wash' akan dilakukan supaya air mani kurang likat dan sperma akan lebih mudah untuk bergerak.
Pada mulanya air mani bewarna keruh. Selepas 'seminal washing', warna air mani lebih jernih
(credit to: www.fertilizare-in-vitro.ro)
 
  • Setelah semuanya bersedia, isteri akan diminta baring dan speculum akan dimasukkan bagi memudahkan proses memasukkan air mani.
  • Kemudian, satu syringe khas yang bersambung dengan catheter akan dimasukkan ke dalam rahim melalui servik. Ultrasound probe akan diletakkan di perut pada masa yang sama, dan kita boleh lihat hujung catheter tersebut di dalam rahim. Jangan risau...tak sakit, yang penting ikut arahan dan jangan lawan.
Beginilah keadaannya ketika itu. Syringe tu kecil sahaja...insyaAllah tak sakit.
(credit to: www.hayatcenter.com)
 
  • Doktor akan beritahu apabila dia akan 'menyuntik' air mani. Pada masa ini berdoalah banyak2, berselawat. Doktor di klinik saya akan berdoa dengan kuat semasa air mani 'disuntik' melalui syringe tersebut (hanya didengari oleh saya dan nurse yang membantu) . Sememangnya kita akan nampak melalui ultrasound, air mani telah masuk ke dalam rahim.
Pandangan dr hadapan. Sperma yg disuntik akan 'berenang' ke ovari kanan dan kiri.
(credit to: www.ivf-turkey.com)
Beginilah ultrasound semasa IUI. Garisan putih itu adalah cathter yg dimasukkan ke dalam rahim.
(credit to: www.inviafertility.com)
 
  • Catheter dan speculum akan ditarik keluar. Pesakit akan diminta merapatkan kaki dan mengiring ke kanan atau kiri, bergantung pada ovari mana yang mempunyai folikel matang. Sekiranya kedua ovari mempunyai folikel yg matang, pesakit perlu bergilir2 mengiring kanan dan kiri.
  • Pesakit akan diminta berehat sekurang-kurangnya 15 minit di atas katil dalam keadaan mengiring. Saya biasanya akan baring lebih lama. Sambil tu, zikir banyak2, berdoa, bermunajatlah kpd Allah. Suami saya biasanya akan ke surau melakukan Solat Sunat Dhuha dan Hajat.
 
 
Selepas prosedur:
Apabila nurse beritahu boleh bangun, maknanya prosedur telah tamat.
Pastikan:
  • Bangun dan turun katil perlahan2 (lebih baik pakai kain, sebab sekiranya seluar susah nak menyarung)
  • Pakai pakaian dalam dan seluar/kain yg longgar (saya pernah pakai kain yang agak ketat, sebelum sampai ke kereta, boleh rasa ada cecair yg keluar - staf klinik kata ia adalah normal - tapi, hati kecil saya dah boleh agak yg prosedur ini gagal)
  • Ubat diberi (Duphaston sbg 'luteal support' dan Folic Acid)


Beginilah rupa ubat Duphaston. Banyak kegunaannya. Nantilah saya ceritakan di entry akan datang, InsyaAllah
  
Hematinic terutamanya Folic Acid, pastikan tidak tertinggal walau sehari
  • Sijil Cuti Sakit utk pesakit (2 hari) dan suami (1 hari) diberi
  • Tarikh temujanji akan datang diberitahu
  • Berjalan perlahan2 ke kereta, jika boleh minta suami parking kereta paling dekat dgn pintu utama (saya tidak pernah pakai kerusi roda kecuali selepas IVF sahaja - itupun tidak berjaya - jangan risau utk berjalan. Lagipun, kerusi roda kadang2 tak licin rodanya, jadi bergegar pula) 
  • Jatuhkan seat kereta dan lapik bantal dibawah buntut (Kiranya 'flat'kan terus seat tu & bantal diletakkan untuk bagi tinggi sikit buntut, supaya air mani (atau embryo) yg dimasukkan tadi tidak mengalir keluar. Mula2 memang malu nak baring dalam kereta, orang kat luar akan tengok pelik je masa berhenti lampu merah. Tapi, lama-kelamaan jadi biasa pula.)
  • Minta suami bawa kereta dengan perlahan dan jangan langgar bumper atau lubang dgn laju (pada masa inilah suami saya akan menjadi pemandu paling berhemah ;-)
  • Apabila tiba di rumah, berehat dahulu di atas katil (saya biasanya akan bangun utk makan dan solat shj sehingga petang)
  • Digalakkan untuk berjimak (kalau IVF tidak dibenarkan jimak)

Perhatian! Jika baca di dalam buku atau internet, sememangnya selepas prosedur IUI, pesakit dibenarkan melakukan aktiviti seperti biasa. Jika mahu ke tempat kerja semula pun boleh, sehingga berjoging ataupun melakukan kerja2 rumah pun tiada masalah. Cuma berenang sahaja yang tidak dibenarkan. Maka, jangan pelik apabila baca catatan saya di atas. Kesemuanya adalah berdasarkan pengalaman sendiri - 'try and error'.
 
Ada juga makanan yang tidak digalakkan dan ada juga yang digalakkan. Umumnya, makanan yang menyebabkan 'contraction' tidak dibenarkan. InsyaAllah, saya akan ceritakan di entry akan datang.

 
Sekarang, semuanya sudah selesai. Teruskan berdoa, berzikir, berpuasa sunat, solat hajat dan munajat kita kepada Allah. Mohon agar prosedur ini membuahkan hasil.
 
Selalu beringat, bukan prosedur ini yang 'menghamilkan' kita, tetapi hanya kekuasaan Allah sahaja. Bukan apa, takut kita menjadi ibu bapa yang syirik, percaya ada kuasa lain lebih daripada Allah.
 
Wallahua'lam...

3 comments:

  1. Terima kasih sbb berkongsi sy pn dh hmir 4 tahun now 1st iui hri ke 4...hope xde pe2 tapi nk tnya lah akk lps buat iui tu de simptom2 sakit pinggng n kluar drh skit adkh normal or mcm mne

    ReplyDelete
  2. Boleh saya tahu berapa ya cost utk iui ni

    ReplyDelete
  3. Boleh saya tahu berapa ya cost utk iui ni

    ReplyDelete