15 May 2013

Saya Nak Ngandung...Nape Makan Pil Perancang


Apa khabar semua?
Diharap semua sahabat2 di luar sana sentiasa dicucuri rahmat Allah. Dengan izinNya, tidak lama lagi kita akan berhadapan dengan Ramadhan al-Mubarak, 55 hari lagi. Bersediakah kita?
 
Sejak akhir2 ini, entry saya semakin berkurangan kerana kuota broadband sudah habis, maka slow lah internet. Tapi, itu bukan alasan utk saya tidak menulis apa2. Lagipun blog inilah antara aktiviti utama saya di sini.
 
Semakin lama kehamilan saya, semakin saya memahami manusia kecil di dalam perut saya ini. Seperti semalam sepanjang hari, baby menyepikan diri...agak risau, merajuk ke? Tapi pada malamnya, dia start ber'karate'. Walaupun, tendangan kecilnya di bahagian yg tidak selesa - kawasan ari2 dan servik - saya berhenti aktiviti saya ketika itu dan membacakan kisah Nabi Ibrahim dan berzikir. Kemudian saya pasangkan ayat Quran dan lama-kelamaan saya rasakan tendangannya semakin berkurangan. Barulah saya rasa selesa untuk tidur juga.
 
Paranoid ke saya ni?
Hmm...yang penting anak saya ini sudah ditiupkan rohnya dan ramai saintis mengatakan selepas 20 minggu, baby dalam rahim dapat mendengar segalanya. Saya mahu mendidik anak saya sejak dari dalam perut lagi dan terbiasa menjaga anak ini nanti. InsyaAllah..
 

Okay, cukup tentang diri saya.
Kali ini saya mahu berkongsi tentang pil perancang. Tajuk entry 'saya nak ngandung...nape makan pil perancang?' ini sebenarnya soalan yang ditujukan kpd saya oleh Ayu; adik saya.

Sebelum anda terus membaca entry kali ini, saya minta baca dahulu entry sebelum ini iaitu 'Bila Anda Subur' kerana untuk memahami tentang pil perancang, kita perlu terlebih dahulu memahami tentang kitaran haid dan kaitannya dengan kitaran ovari dann hormon2.
 
 
Pil perancang (oral contraceptive pill/OCP) ada 2 jenis:
  • Combine oral contraceptive pill (COCP) : terkandung hormon estrogen dan progesteron
  • Progesterone-only pill (POP) : hanya ada hormon progesteron sahaja
 
Jika dilihat di artikel2 atau dalam buku teks terdapat banyak fungsi OCP diberi kepada pesakit, mudahnya saya bahagikan kpd
 4 fungsi utama:
  1. Perancang kehamilan (birth control)
  2. Mengaturkan kembali kitaran haid - bagi yg haid terhenti, haid yg terlalu banyak atau haid yg tidak teratur
  3. Hormone replacement therapy - menggantikan hormon bagi yg menopause atau pesakit yg melakukan TABHSO (pembedahan buang rahim dan kedua2 tiub dan ovari)
  4. Lain-lain : Endometriosis, Adenomyosis, dysmenorrhea (period pain) dan PCOS
 
Berbalik kepada persoalan....
Kenapa perlu makan pil perancang jika mahu mengandung?
 
Jawapannya ada pada fungsi nombor 2 dan 4
 
Kebanyakan wanita yang susah utk hamil mempunyai masalah pada sistem reproduktif, antaranya:
  • Anovulatory cycle - kitaran haid yg tidak teratur yg menyebabkan tiada ovulasi berlaku
                 Puncanya:
                   - PCOS
                   - Penyakit thyroid
                   - Hyperprolactinemia
                     (hormon prolaktin tinggi - prolaktin adlh hormon utk penghasilan susu) 
                   - Perimenopause
  • Endometriosis - penyakit dimana tisu rahim (endometrium) tumbuh di luar kawasan rahim (tiub, ovari, abdomen), menyebabkan tersumbat tiub dan ovari, kitaran haid yg tidak teratur serta period pain yg teruk.

 *InsyaAllah, saya aka ceritakan tentang penyakit PCOS dan Endometriosis di entry seterusnya (punca utama infertile bagi wanita)
 
 
Kitaran haid tidak teratur menyebabkan fasa folikular, ovulasi dan fasa luteal juga tidak teratur. Kebanyakannya, tiada ovulasi berlaku dan tanpa ovulasi, tiada ovum dirembes keluar ke tiub fallopian utk persenyawaan. Ini adalah kerana hormon estrogen dan progesteron sangat penting dalam kitaran ini.

Bak kata Maria; sahabat saya yang kini sedang mengambil master O&G:
 
Estrogen is heaven for women
Progesterone is heaven for baby
And as for men (as u know), the hormone that heaven for them is Testerone
 
 
Maka, kitaran haid perlu diaturkan dahulu kerana
hormon ini membantu 3 perkara penting untuk kehamilan terjadi:
  • Mematangkan folikel dalam ovari
  • Membantu ovulasi - hormon estrogen
  • Membantu menebalkan dan mengekalkan dinding endometrium (memudahkan penempelan embrio)
  • Mengurangkan contraction (yg menyebabkan embrio susah untuk menempel dan juga keguguran berlaku) - hormon progesterone
 
 
  COCP atau POP yg menjadi pilihan wanita yang mahu mengandung?
 
COCP
 
Fungsi utama = perancang kehamilan (mengelakkan kehamilan)
  • Tetapi ada sesetengah klinik memberi COCP untuk 2 - 3 bulan pertama untuk mengatur dahulu kitaran haid sebelum ubatan kesuburan diberikan.
  • Ada sesetengah produk COCP dapat mengurangkan hormon testosteron bagi pesakit PCOS.
Pengambilan = kebiasaanya diberikan untuk 21 - 28 hari, bermula dengan hari pertama haid
 
Contoh COCP - kebiasaanya ditanda hari atau tarikh pada paket
(credit to: www.mims.co.uk)


 
POP
 
Fungi utama  = mengatur kitaran haid
  • Banyak klinik menggunakan POP sbg 'luteal support' selepas prosedur IUI atau IVF
  • Juga diberi kepada pesakit yg mengalami keguguran berulang ('recurrent pregnancy loss')
Pengambilan :
  • Jika untuk pesakit anovulatory cycle (tiada haid utk beberapa minggu) = 5 - 7 hari sahaja
  • Mengatur haid = hari ke 11 hingga ke 21
  • Bagi pesakit IUI, IVF dan yg mengalami keguguran berulang = setiap hari
  • Keguguran berulang = diambil sehingga kandungan 20 minggu

Inilah salah satu contoh POP (ubat yang saya ambil)
 

*Walaupun begitu, sila patuhi arahan doktor anda
*PERINGATAN = semua ubat hormon mesti diambil pada waktu yg sama setiap hari!
 
 
 
Sejak saya mendapatkan rawatan infertility, banyak jenis OCP juga yang telah saya gunakan. Kebanyakan masanya adalah Duphaston, mungkin ramai juga yang kenal dan biasa menggunakannya. Saya menggunakan Duphaston, bukan sahaja untuk mengatur semula kitaran haid, malahan digunakan selepas setiap kali prosedur dan diteruskan sehingga kini.
 
Selain Duphaston, saya juga mengambil suntikan Proluton 2x/minggu (ubat ni perlu dibeli sendiri) sejak 4 minggu hari itu sehingga kini dan diteruskan sehingga kandungan 36 minggu.
 
InsyaAllah, di entry akan dating saya akan ceritakan serba sedikit tentang Duphaston dan Proluton.
 
Yang penting, jangan putus asa. Teruskan usaha anda.
Saya sendiri masih berusaha dan perjuangan ini tidak akan tamat.
Walauapapun yg terjadi, redhalah...yakinlah dengan Qada dan Qadar Allah...
kerana perancangan Allah adalah yang terbaik utk kita.
 
Wallahua'lam
 
 
 

8 comments:

  1. Salam...Nur Qamar..bole tak saya dapatkan num telefon awak untuk saya menanyakan masalah sy ek..Nana.kalau awak ada email bole la email sy ek alternaria83@gmail.com. tq...saya doakan awak n baby selamat ye. :)

    ReplyDelete
  2. Pagi sy minum kelulut masa perut kosong, then sy minum milo dgn biskut utk isi perut then baru sy mkn ubat duphaston, blh ke?

    ReplyDelete
  3. askm.sy nk tye.jika sy xdtg haid dlm 2 bln.slps tu sy nk mulakan dgn pil perancang.blh x sy mkn pil tu trs setiap hri smpi habis.

    ReplyDelete
  4. askm.sy nk tye.jika sy xdtg haid dlm 2 bln.slps tu sy nk mulakan dgn pil perancang.blh x sy mkn pil tu trs setiap hri smpi habis.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum sis,kalau saya yang ada penyakit cyst,mcm mana ya..doktor sarankan amik pil yasmin.tp saya takut..Sya nak hamil tp mkn pil perancang,rasa confuse

    ReplyDelete
  6. Salam sis sy mengalami masalah period tudak teratur dan doktor telah memberikan sy pil perancang untuk stabilkn semula hormon sy..sy ingin hamil jadi cara pengambilan pil perancang adakah masa dan waktu yg sama atau xkisah jam berapa asalkan ambil setiap hari.

    ReplyDelete
  7. Saya pon pirioad x teratur,utk ikhtiar hamil juga,ada fabroid,tpi doc ckp kcil msh blh mngandung, tpi doc bgi sya ubat dushaston ni,mkn pil ni mmg piriod dtg,tpi klau x mkn pirioad x dtg,sya comfius mcmna nak ikhtiar hmil klau sya kna mkn ubat ini sdia...x mkn ubat piriod x dtg...

    ReplyDelete