05 May 2013

Serbuk Debunga Kurma


Seperti di entry Usaha Kami, saya ada senaraikan segala usaha saya dan suami lakukan. Selain perubatan moden, saya juga ada mengamalkan perubatan komplementari, khususnya perubatan Islam.

Di entry kali ni, saya nak berkongsi tentang Serbuk Debunga Kurma (SDK) ini. Dikataka pokok kurma tumbuh dari lebihan tanah Nabi Adam, maka tidak hairanlah sekiranya kurma memeberi 1001 khasiat kepada kita.
 
 SDK ini adalah satu perkara penting dalam masakan/minuman masyarakat Arab, terutamanya yang baru berkahwin. Berbanding buah hawa/adam hawa/zuriat, SDK lebih terkenal di Negara Arab. SDK ini dikatakan diambil dari pelepah kurma dan disenyawakan secara manual
 
 
Khasiat serbuk debunga kurma:
Merawat ketidaksuburan (suami dan/atau isteri)
Meningkatkan tenaga batin
Menambah air mani suami
Meningkatkan sperma yang sihat dan aktif 
Menambah keintiman dan keharmonian rumahtangga
Menguatkan rahim dan mengurangkan risiko keguguran
 
 

Inillah rupa bentuk botol SDK. Ayah saudara beri sebotol, kawan bagi sebotol.  


Pandangan dari atas botol


*Botol SDK ini tidak perlu disimpan di dalam peti ais. Yang penting tutup rapat (jika brand ini, memang penutup botolnya kemas) dan simpan di tempat yang kering.
 
 
Yang ni pun penting. Kene ada madu, Tak kisah brand apa.


 
Cara Pengambilan
 
Ada banyak cara. Sesiapa yang nak ambil terus pun boleh, cuma rasa dan baunya seperti air mani. Biasanya, SDK diambil bersama susu suam atau madu.
 
Tapi bagi saya lagi senang dan sedap makan dengan madu. Disini saya mahu berkongsi cara yang saya buat dan kini Alhamdulillah saya hamil hampir 21 minggu.
 
 
1) apabila buka botol SDK kita boleh nampak serbuk putih di dalamnya. Tak banyak pun, lebih sedikit dari separuh.

Beginilah rupa serbuk debunga kurma.
 
2) Ambil sedikit dengan sudu kecil. Kira macam hujung sudu sahaja, sebab nak berjimat-cermat. Nak dapat susah kan.
 
Saya guna sudu mcm KFC tu je. Sedikit aje tau..
 

3) Dengan menggunakan sudu lain (sudu makan), ambil sesudu madu. Bolehlah ambil banyak mana pun sebab madu senang diperolehi disini. Pastikan anda menggunakan sudu plastic atau kayu. Sudu besi tidak dibenarkan sama sekali kerana dikatakan boleh menghilangkan khasiat madu tersebut.
 
Ambil satu sudu makan madu
 
4) Akhir sekali, masukkan SDK tadi ke dalam sudu madu ni. Jika ditambah habatussauda lebih baik.
 
Serbuk debunga kurma di dalam sudu madu.
 
5) Bolehlah diminum. Masuk terus dalam mulut, sebab kalau minum sedikit2, rasa loya sikit sbb bau dan rasa SDK yang seperti air mani.
 
 
 
Kalau ikutkan ada banyak cara pengambilan SDK ni.
 
Ada yang campurkan terus madu dengan SDK dan dibuat biji2 dan disimpan di dalam peti ais. Tapi saya rasa cara begitu bagi individu yg mempunyai banyak stok SDK sbb kalau diletak sedikit shj SDK, jadi cair dan tidak boleh dibentuk bulat.
 
Ada juga yang meletakkan 1 sudu kecil SDK ke dalam kain nipis dan diikat kemas kain tersebut. Selepas 'bersama' dgn suami, kain yang berisi SDK tadi dimasukkan ke dalam faraj dan dikatakan dapat menahan daripada air mani keluar (cara wanita Arab).
 
Yang terbaru, SDK kini ada dalam bentuk kapsul! Lagi mudah diambil kan?
 
 
Isteri atau suami yang perlu ambil?
 
Isteri dan suami, kedua-dua perlu amalkan. Ambil sekali setiap hari.
Diambil sebelum sarapan atau sebelum tidur waktu malam.
 
Saya ambil pada malam hari sebab pagi sibuk nak ke tempat kerja. Biasanya untuk suami memang perlu disediakan sekali.
Ada yang kata (mengikut kajian yang dilakukan di Iraq), masa haid tak boleh diambil sebab takut mengganggu hormon dlm badan.
 
Saya tidak pasti sebab saya ambil tak sampai satu bulan, iaitu semasa sedang ambil ubat kesuburan (Gonal F). Ditambah lagi saya memang culas ubat campur sibuk bekerja (oncall, kadang2 malam dipanggil). Tapi seminggu sebelum IUI tu memang takkan stop dan cuba juga sedaya upaya untuk ambil dan beri pada suami sekali. Dan dalam cycle yang sama saya berjaya hamil (kandungan sekarang).
 
 


So, bolehlah ramai2 pakat beli. Saya ni bukan agen. Sekadar mahu berkongsi pengalaman. Kita usaha tapi Allah jua yang akan makbulkan. Jangan lupa berdoa, berpuasa sunat dan Qiamulail.
 
Dan, jangan sekali2 percaya yang SDK ini yang menghamilkan kita kerana HANYA Allah yang boleh menghamilkan kita. Semua yang dilakukan adalah asbab semata2.
(Tapi jgnlah tak usaha langsung. Belilah dari internet ramai yang jual. Saya cuma mahu menasihati supaya akidah kita sentiasa diperbetulkan.)
 

Wallahua'alam
 

16 comments:

  1. Salam,terima kasih sbb sudi kongsi,tahniah dan moga bermanfaat,saya dah 4 thn kawin blum ada rezeki ni..mau tanya sis,serbuk kurma yg d campur madu tu perlu d campur air ka atau tidak perlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan Farizah. tak perlu dicampur air. cmpur debunga kurma dengan madu sahaja. gentelkan n makan. boleh rujuk blog saya www.nakhamil.com ada cara mcm mana nak makan :)

      Delete
  2. Salam.. anak rezeki Allah.. buah zuriat ni hanyalah salah satu ikhtiar kita. Alhamdulillah mmg ramai yg berjaya hamil selepas amalkan buah zuriat bersama suami isteri. mmg bagus amalkan buah zuriat ni bersama debunga kurma, pati delima.. Apa yang penting jgn putus asa, sentiasa berusaha, bykkan berdoa dgn doa-doa mohon zuriat dan bertawakkal :)

    Dekat blog saya www.nakhamil.com ada jual buah zuriat. tapi bukan dlm bentuk raw. tak payah belah n rebus dan sebagainya. buah zuriat kami ialah 'Kapsul Buah Zuriat Rezeki Ilahi', dlm bentuk kapsul, sng nak makan n amal bersama suami :) selain tu sesiapa yg tengah usaha nak hamil boleh amalkan bersama serbuk debunga kurma, pati delima, zinc (pekatkan air mani suami, tambah sperma), b complex (sbg asid folik) ovulation test kit (check waktu subur) n pregnancy test kit. Sesiapa yang tengah cuba untuk hamil boleh sms/wasup sy 013-3699505 (Puan Ila) :)

    ReplyDelete
  3. Betu tu, kita hanya berusaha...Usaha, berdoa dan tawakkal..InsyaAllah ada rezeki nnti...Saya ada menjual produk timur tengah secara borong dan runcit..pemakanan sunnah untuk perubatan islam, kurma, kekacang dan sebagainya...boleh hubungi 0122612649 tq

    ReplyDelete
  4. salam,terima kasih atas perkongsian. saya baru dapat tau mengenai debunga kurma ni sebab ada orang hadiahkan pada saya(hampir 3 tahun tp belum ada rezeki zuriat)..cuma saya nak Tanya boleh tak kalau debunga kurma dimakan bersama Qaseh Gold??

    ReplyDelete
  5. Jika da hamil masih boleh minum juga ke debunga kurma ni seperti biasa? sbb fungsi dia menguatkn rahim an? Setakat ni sy baca semua xde bgtau blh minum or xblh minum ketika awal kehamilan or sebagainya. ni no hp sy +6010-7173707

    ReplyDelete
  6. Jika da hamil masih boleh minum juga ke debunga kurma ni seperti biasa? sbb fungsi dia menguatkn rahim an? Setakat ni sy baca semua xde bgtau blh minum or xblh minum ketika awal kehamilan or sebagainya. ni no hp sy +6010-7173707

    ReplyDelete
  7. Salam..sy juga nk tau..blh terus amalkan ke jika dh hamil

    ReplyDelete
  8. Salam..sy juga nk tau..blh terus amalkan ke jika dh hamil

    ReplyDelete
  9. terima kasih kpd puan yang berkongsi ilmu ini. .saya pon masalah juga dah 7thn. .baru seminggu adikipar pulang dr mekah bawak debunga ni so try la,mana tahu kalu tertulis di luh mahfuz,alhamdulillah dpt jg rs ada anak sendiri.insha allah.amin.

    ReplyDelete
  10. assalamualikum...kak akma punya blog yer.Saya atikah ni ari tu kak ayu de bagi serbuk debunga nie tapi xmakan lagi.De makan sikit je.Xpe nnt tika mkn sampai habis yer.4tahun gak lom de rezeki tolong doakan yer cpt2 de baby nnt.In sha allah tika mkn serbuk debunga ni smpi hbs.Terima kasih pemberian dari kak ayu.

    ReplyDelete
  11. salam..nak tanye,minum dgn madu jenis lain pon bleh x?

    ReplyDelete
  12. salam macam mana nak minum serbuk debunga kurma nie tak paham

    ReplyDelete
  13. Salam macamna nk dpt kn sdk nie ya...

    ReplyDelete
  14. Salam...klu serbuk zuriat +dgn air suam saje boleh x...ke xberkesan?

    ReplyDelete