03 May 2013

Suntikan 'Dalam Otot'

Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi peluang oleh Allah untuk terus mengabdikan diri kepadaNya. Setiap hari nafas yang diberiNya, haruslah kita syukuri dan manfaatkan sebaik2nya.
 
Entry sebelum ini, saya ada menceritakan tentang ubat suntikan Pregnyl®. Apabila kita dah 'pakar' untuk 'dilute' ubat ini, kita kene juga 'pakar' untuk memberi suntikan. Boleh sahaja dibawa ubat tersebut ke klinik dan minta nurse atau MA yang beri suntikan. Tetapi, sekiranya kita tahu bagaimana nak lakukan, bukankah lebih senang.
 
Cara suntikan ini sebaik-baiknya dipelajari oleh pasangan masing2. Sebab, kalau kita sendiri nak menyuntik pada badan kita, agak susah. Saya pernah ada pengalaman spt ini. Suami ke surau dan jam 8 mlm tak juga pulang2. Nak ke klinik rasa malas. Apalagi,  berdiri depan 2 biji cermin. Susah... Lebih baik minta orang lain yang memberi suntikan. Kerana suntikan 'dalam otot' (intramuscular) ni ada teknik2nya.

 

 
Mula-mula, semua orang harus faham bahawa suntikan intramuscular (IM) adalah suntikan yang diberi ke dalam otot, supaya ubat yang diberi dapat diserap dengan baik. Selain daripada Pregnyl®, saya juga diberi suntikan Proluton semenjak hamil untuk membantu kehamilan saya kali ini (bukan sekali je, 2 kali seminggu, dari 4wks hari tu sehingga 36 minggu nanti - kiranya setakat ini saya sudah menerima 32 suntikan..!!)
 
Ada 4 kawasan tubuh badan yang selamat untuk diberi suntikan IM. Jika tidak berhati-hati, ubat yang disuntik boleh terkena tendon/urat, saraf atau salur darah - boleh menyebabkan kemudaratan.
 
  • Peha - Bahagi peha kepada 3 bahagian. Kawasan yang paling sesuai adalah kawasan di tengah2. Kawasan ini adalah yang terbaik untuk kanak-kanak 3 tahun ke bawah.

Kawasan yang ditanda dalam kotak itulah yg selamat di kawasan peha.
(credit to: www.drugs.com)
 
  • Pinggang - Pesakit perlu baring disisi. Letakkan tapak tangan di sendi pinggul dengan jari telunjuk ke arah tulang yg timbul di bahagian hadapan pangkal peha. Kawasan di dalam 'V' itulah yg selamat utk diberi suntikan.
(credit to: www.kramesonline.com)



Buat jari seperti bentuk ' V'. Di dalam kawasan 'V' itulah yg selamat disuntik.
(credit to: www.drugs.com)
  • Punggung - Pesakit baring samada secara meniarap atau mengiring. Tandakan satu point antara tulang yg timbul di pinggang di punggung. Kawasan yang selamat adalah lebih kurang 3 inci dari point tersebut (ke arah luar).
Suntikan di bahagian punggung adalah di tempat bertanda 'X'
(credit to: www.netplaces.com)


3 inci dari titik point, iaitu pada arah anak panah.
(credit to: www.drugs.com)
  • Lengan - Rasakan tulang bahu (di bahagian sisi). Kawasan yang selamat adalah 1 - 2 inci di bahagian bawah tulang bahu yg timbul trsbt.


Di dalam kawasan yg dibulatkan.
(credit to: www.drugs.com)
 
 
 
Saya lebih suka diberi suntikan di bahagian punggung, kerana kawasan yg paling banyak 'isi', maka kurang sedikit sakitnya. Jika tersuntik di kawasan yg banyak lemak (kawasan tengah punggung), sakitnya akan lebih lama dan akan sedikit bengkak.



 


 
Bila dah tahu dimana kawasan yang selamat untuk disuntik, barulah kita boleh pelajari cara-cara untuk memberi suntikan (masa inilah suami saya akan berkata, "abang memang nak jadi doktor, tapi tak lepas," sambil tersenyum memegang syringe, sebelum memberi suntikan kepada saya).
 
  • Sediakan semua peralatan. Syringe dan needle yang siap dengan ubat di dalamnya, alcohol swab dan juga cotton kering, Suami saya akan menyediakan ais batu untuk diletakkan di kawasan suntikan dalam 1 minit (bagi kebas sedikit).
Sediakan kesemua peralatan dahulu.


  • Sapukan alcohol swab di kawasan suntikan (selepas meletakkan ais batu). Jika tiada alcohol swab, boleh juga ambil dry cotton yang dibasahkan dengan alcohol.
Alcohol swab disapu dahulu bagi mengelakkan jangkitan kuman. Sapu dalam satu arah sahaja.
(credit to:www.powerverbs.com)


  • Apabila sudah alcohol sudah kering, bagi 'warning' kpd pesakit yang kita mahu memberi suntikan.
  • Pegang jarum dengan tangan kanan (atau kiri bg yang kidal) dan letakkan tapak tangan (yg satu lagi) pada kawasan yang hendak disuntik. Tegangkan sedikit kawasan kulit yg hendak disuntik.

Seperti inilah syringe dipegang.
(credit to: www.drugs.com)
 
  • Kemudian, masukkan jarum secara menegak (90 darjah) dari paras kulit. Lakukan perlahan-lahan. Jika kulit di kawasan tersebut tebal, masukkan jarum sehingga habis.
Jarum dimasukkan secara menegak (90 darjah)
(credit to: www.fitnessuncovered.co.uk)
 

  • Tarik sedikit syringe (sebelum menolak ubat) bagi memastikan jarum suntikan kita tidak terkena salur darah (boleh nampak darah masuk ke dalam syringe) - jika terkena salur darah, tarik sedikit jarum.
Syringe ditarik sedikit bagi memastikan jarum tidak terkena salur darah
(credit to: www.wikihow.com)
 

  • Apabila pasti jarum tidak terkena salur darah, tolak ubat di dalam syringe perlahan-lahan.
  • Sudah habis semua ubat di dalam syringe, tarik jarum keluar perlahan-lahan dengan arah yang sama (90 darjah).
Ubat disuntik/ditolak perlahan2 dan kemudian jarum ditarik perlahan-lahan juga.
(credit to: www.livestrong.com)


  • Letakkan dry cotton di atas tempat suntikan apabila kesemua jarum sudah keluar. Jangan gunakan cotton yg basah dgn alcohol sbb jadi sakit.
  • Tekan sekejap dry cotton dan sekiranya tiada darah yg keluar, bolehlah dibuang cotton tadi.

 
Biasanya saya akan berehat sekejap selepas suntikan dan jika merasa sakit, saya akan meletakkan ais batu di atas tempat suntikan tadi.
 
 
 
 
 
Dah selesai...
Bagaimana? Sudah yakin untuk memberi suntikan sendiri?
Tidak mengapa jika masih takut. Kakitangan di klinik atau hospital sentiasa boleh membantu.
 
Selamat mencuba..!

3 comments:

  1. Salam mcam mana untuk dapatkan alcohol swab Dan pacagari ya?

    ReplyDelete
  2. salam mcm mana saya nak dapatkan ubat suntikan otot itu

    ReplyDelete