17 May 2013

Tendanglah Lagi Sayang

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini genap 99 hari saya berada di bilik isolasi, Wad 1, Hospital Kemaman. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi peluang utk saya menghamilkan anak saya kali ini sehingga kini. Syukur, diberi peluang untuk memperoleh nikmat hamil kali keempat dan berpeluang untuk merasai menjadi seorang ibu sehingga kini.
 
Saya pasti sesiapa yang hamil, gerakan dan tendangan anak adalah perasaan yang paling menggembirakan. Seolah2 anak cuba berkomunikasi dgn kita. Jika satu hari tidak merasai gerakan atau tendangan kecil itu, perasaan risau akan membuak-buak sehinggalah merasai tendangan seterusnya.
 
Saya merasai gerakan anak semenjak hamil 16wks+ - agak awal - mungkin kerana ini adalah kehamilan yang keempat, rahim lebih relax dan ibu lebih mudah merasai gerakan anak. Dan saya dapat merasai tendangan anak bermula dari kehamilan 20wks+. Tendangan kecil anak ini semakin lama semakin regular dan tetap (bawah rusuk kanan - bahagiann kaki baby dan bahagian ari-ari belah kiri - bahagian tangan baby).
 
 
 
 
Sebenarnya sejak bilakah tendangan bayi bermula?
 
Sebenarnya, anak kecil ini mula bergerak di dalam rahim ibu semenjak berumur 6 minggu, tetapi hanya  dgn membengkokkan belakangnya dan pergerakan akrobatiknya boleh dilihat melalui ultrasound apabila kandungan 7 minggu. Walaubagaimanapun, bahagian otak yang mengawal pergerakan masih belum berkembang dengan baik sehinggalah bayi berada di akhir trimester kedua.
 
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Royal College of Physician of Edinburgh, pergerakan bayi ('purposive movement') bermula apabila kandungan 18 minggu. Kemudian, perlahan-lahan ia digantikan dengan pergerakan reflex dan voluntari, yang seterusnya berkembang sehingga selepas dilahirkan.

 

 Walaubagaimanapun, seorang ibu hanya dapat merasai pergerakan pertama bayi di dalam rahim seawal 16 - 22 minggu. Tetapi kebiasaannya seorang ibu muda (hamil anak pertama) merasai pergerakan anak lebih lewat daripada multipara (hamil utk kali kedua dan seterusnya). Ini adalah kerana rahim bagi ibu yang pernah hamil sebelum ini lebih relaks dan lebih mudah merasai pergerakan kandungan yang seterusnya.
 
 
Berikut, saya senaraikan aktiviti pergerakan bayi semasa dalam kandungan:
 
Trimester pertama:
  • 9 minggu: menggerakkan tangan dan kaki
  • 10 minggu: meregangkan badan ('stretches') dan menguap
  • 11 minggu: membuka mulutnya dan menghisap jari
  • 12 minggu: menelan air ketuban ('amniotic fluid')

 Trimester kedua:
  • 13 minggu: menendang, menggulung jari kaki, bergerak apabila sesuatu menyentuh kulitnya
  • 16 minggu: ibu dapat merasakan tendangan bayi ('quickening')
  • 20 minggu: pergerakan tangan dan kaki menjadi lebih kompleks kerana dapat melentur sendi-sendinya
  • 21 minggu: pergerakan semakin tetap ('regular schedule of movement')
  • 24 minggu: 'startle reflex' (bunyi yang kuat dan mengejut menyebabkan  bayi meregangkan tangan dan melenturkan kakinya). Pergerakannya lebih tersekat kerana rahim ibu menjadi lebih sempit (bayi semakin membesar) untuk bayi ini menendang atau mengubah kedudukannya
Trimester ketiga:
  • Pergerakan dinamakan 'stepping' berkembang - iaitu pergerakan seperti 'mengayuh' ('circular "bicycling" motions of legs'), yang mana membolehkan bayi mengubah kedudukan kepalanya di bawah sebagai persedian untuk dilahirkan
 
 
 
Bagaimanakah rasanya?
 
Setiap ibu mempunyai penerangan yang berbeza.
Ada yang merasakan seperti letupan kecil popcorn ('popcorn popping'), seperti ikan kecil yang berenang ('goldfish swimming around') ataupun rama-rama berterbangan ('butterflies fluttering').
 
Ramai juga ibu yang menyangka tendangan kecil ('gentel taps or swishes') adalah angina atau bunyi perut ketika lapar. Tetapi, apabila dapat merasai pergerakan ini dengan lebih tetap, lebih mudah untuk membezakannya.
 
Saya pula... Pada mulanya rasa seperti 'golakan angin' di dalam perut. Lama-kelamaan (kini), ia semakin ketara dan akan tersenyum seorang tatkala merasa spt 'tup' di perut (saya tahu, ketika itulah anak sibuk menendang). Jika dulu setiap pergerakan anak akan direport kpd suami, tetapi skrg krn sudah tahu patternya...memberi laporan sekiranya ada perubahan. Sayangnya...suami tidak pernah merasa gerakan anak (mgkn krn anak ini behave semasa kehadiran ayahnya)...mungkin apabila besar sedikit nanti berpeluang (cuma kadang2 suami akan mengeluh dan berkata "takpelah, abang rasa masa baby lahir ajelah").
 
This is secret..suuushh.... - kadang2 saya menggunakan alasan tendangan anak ini untuk bercakap dengan suami melalui telefon atau memintanya segera pulang dan datang melawat ketika suami bekerja, meeting, di site atau ketika balik kampong. Tapi, saya tidak menipu...memang anak keci ini akan tersangat aktif jika ayahnya tidak datang melawat lebih dari sehari (mungkin kerana emosi saya ketika itu..).
 
 
 
 
Apa itu Fetal Kick Chart (FKC)?
 
FKC adalah satu cara untuk ibu mengesan pergerakan bayi seawal 'quickening' (apabila mula2 merasai pergerakan bayi). Kebaikannya adalah, ibu mempunyai peluang untuk lebih rapat ('bond') dengan bayi dan mengurangkan risiko 'stillbirth' (bayi meninggal dalam perut selepas 28 minggu), terutamanya bagi kehamilan yang berisiko tinggi.
 
 
Caranya:
  • Dapatkan buku tulis atau carta
Adalah lebih baik sekiranya ibu merekodkan pergerakan dalam satu buku atau carta
 
  • Kenalpasti masa dimana bayi paling aktif - samada selepas makan, selepas minum, selepas melakukan aktiviti ataupun pada masa2 tertentu
Gunakan masa bayi paling aktif untuk membuat kiraan pergerakan
 
  • Pilih posisi yang paling selesa, yang mana anda dapat merasai pergerakan anak dengan relaks (Ingat, anda masih boleh membuat catatan ketika ini) - samada duduk menyandar atau baring dalam keadaan mengiring ke kiri
Sebelum membuat kiraan, pastikan anda merekodkan minggu kandungan, tarikh hari itu dan masa mula membuat kiraan
 
  • Mula membuat kiraan pergerakan bayi. Setiap kali pergerakkannya, tandakan didalam buku catatan atau carta anda. Kira pergerakan bayi anda sehingga cukup 10 pergerakan dan catatkan tempoh masa utk mendapatkan 10 pergerakan tersebut.
Tandakan masa bagi pergerakan pertama dan masa bagi pergerakan ke-10
 
  • Kenalpasti berapa tempoh masa yang diambil untuk 10 pergerakan tersebut. Sepatutnya, anda dapat merasai 10 pergerakan itu dalam tempoh 2 jam. Jika anda tidak cukup 10 pergerakan dalam tempoh 2 jam, cuba makan atau minum atau apa sahaja bagi merangsang pergerakan bayi. Jika tidak, dapatkan rawatan doktor dengan segera.
Hubungi doktor anda sekiranya pergerakan bayi kurang dari 10, dalam tempoh 2 jam
 
Tips:
  • Jangan lakukan kiraan pergerakan bayi anda ketika bayi anda tidak aktif, contohnya ketika masa tidur
  • Cuba berjalan-jalan, bergerak atau minum bagi merangsang pergerakan bayi
  • Lakukan FKC ini pada masa yang sama setiap hari
  • Adalah penting untuk membezakan samada pergerakan bayi atau sekadar angina ('intestinal gas'). Dapatkan nasihat doktor/jururawat jika anda ragu-ragu atau keliru.
 
 
 
Rujukan:
 
 


4 comments:

  1. Salam. Sy hamil anak pertama skrg nk masuk 22minggu. Sy sgt3 xpasti nak kesab pergerakan baby sy. Risau pun ada huhu dr hnya ckp kena tahu but how? Huhu

    ReplyDelete
  2. skrh sy 22 weeks.. dah rsa gerakan baby tp x konsisten.. kdg pagi gerak mlm x. kdg mlm gerak pagi x.. normal ke tu? #firstbaby

    ReplyDelete
  3. Assamualaikum.. alhamdulillah sy kini sedang hamil anak pertama. kandungan dah berusia 16 minggu ++. kawan2 ckp masa ni dh blh mula rasa pergerakan baby tp sy x pasti apa yg saya rasa tu pergerakan baby atau cuma angin dlm perut. ada masa rasa beralun di perut bila sentuh. ada masa raas mcm benda 'tup' 'tup' kecil di perut. xpsti nk kata angin atau bby sedang bergerak. tp bila bca perkongsian sis ni saya rasa yakin. #firtsbaby

    ReplyDelete