02 May 2013

Usaha Kami

 
Bagi sesiapa yang ttc sekarang ni mesti mahu mengetahui bagaimana saya boleh mengandung. Ramai juga yg bertanya, terutamanya yang telah mencuba pelbagai perkara.
 
Pertamanya, semua orang mesti faham bahawa kehamilan saya bukan kerana usaha yang saya lakukan, tetapi kerana keizinanNya. Tanpa keizinanNya, saya pasti tidak akan ada peluang untuk hamil. Manakala, perkara-perkara yang saya lakukan kesemuanya adalah 'asbab' sahaja kerana kita sbg hambaNya tidak boleh berputus asa dan pergantungan kita haruslah terus kepada Allah.
 
Sama juga apabila Amirul & Uwais meninggalkan kami. Bukan kerana travel, bukan kerana 'negligence' kami berdua dan bukan kerana kerja-kerja yang saya lakukan. Iman kita mesti sentiasa tetap dan percaya pada Qada dan Qadar Allah. Ketentuan Allah hanya Dia yang mengetahui dan itulah yang terbaik buat kita.
 
Begitu juga apabila kini kandungan saya mencapai 20wks+. Bukan kerana kini saya duduk di wad dan mendapat pemerhatian rapi. Ini semua adalah usaha, manakala doa serta tawakal kita kepada Allah haruslah diteruskan.
 
Seorang yang mempunyai keimanan yg  tinggi (ahli sunnah wal jamaah) mempercayai bahawa apabila pisau diletakkan dijari, jari tidak akan terluka, kecuali dengan izin Allah.
Berikut adalah prosedur yang telah saya lalui semenjak tahun 2008 hingga kini. Kesemua prosedur yang saya lakukan adalah di UPR, HSNZ dan ada juga di Hospital Kemaman.

  1. Pelbagai ujian darah bagi mengetahui tahap hormon dalam badan (FSH/LH, Estrogen, Testosteron, Prolaktin, Thyroid Hormone)
  2. Seminal Fluid Analysis (suami)
  3. Laparoscopy and dye insufflation + ovarian drilling + hysteroscopy - untuk mengetahui samada tiub fallopian ada masalah atau tidak
  4. Follicular tracking - melalui TVS (transvaginal scan), untuk mengetahui dan monitor saiz folikel
  5. Intrauterie Insemination (IUI) - permanian berhadas
  6. Invitro Fertilization (IVF) - terdiri daripada prosedur OR dan ET
  7. Oocyte Retrieval (OR) - prosedur 'menyedut' folikel2 sblm ET
  8. Embryo Transfer (ET) - prosedur memindahkan embryo dari tabung uji ke dalam rahim, samada 'fresh' ataupun 'frozen'
  9. Hyterosalpingogram (HSG) - prosedur untuk melihat struktur dalam uterus dan tiub fallopian
InsyaAllah, jika diberi kelapangan, saya akan menceritakan serba-sedikit prosedur tersebut dan juga pengalaman saya.
 
 
 
Ubatan yang saya ambil?
Banyak... Yang penting kene banyak bersabar sebab apabila mengambil ubat hormon, sememangnya kene ambil sekurang-kurangnya 2 - 3 bulan. Maknanya, dalam setahun, prosedur IUI dan IVF hanya dapat dilakukan 3 - 4 kali sahaja.
 
  1. Metformin - ubat diabetic tapi dapat membantu menstabilkan hormon bagi pesakit PCOS (polycystic ovarian syndrome)
  2. Duphaston - ubat hormon yang bantu untuk 'regulate' kitaran haid
  3. Clomiphene Citrate (Clomid) - ubat kesuburan dalam bentuk pil
  4. Gonal-F - ubat kesuburan dalam bentuk injection
  5. Puregon - ubat kesuburan dalam bentuk injection
  6. Folic Acid - bagi mengelakkan penyakit saraf pada bayi (sekiranya berjaya mengandung) & menstabilkan tahap hemoglobin (sebab saya ada Alpha Thalasemia Trait)
  7. Dan pelbagai ubat hormon yang lain
 
 
Bagaimana dengan rawatan tradisional?
Seperti yang saya pernah beritahu sebelum ini, saya kurang percaya dengan rawatan komplementari ini sbb kebanyakan rawatan seperti ini tiada kajian santifik dilakukan. Hanya testimoni pelanggan sahaja. Tapi, saya sangat mempercayai rawatan Islam. Dan untuk kandungan sekarang, banyak rawatan Islam yang saya amalkan.
 
  1. Serbuk debunga kurma
  2. Rebusan buah hawa
  3. Habatussauda
  4. Madu, kurma dan kismis
  5. Air delima
  6. Evening Primrose Oil
 
Seperti rawatan moden, rawatan komplementari ini tidak boleh diambil sewenang-wenangnya. Ada peraturannya. Ada tujuannya. Jika tidak, mendatangkan bahaya pula.
 
 
Selain itu perlu banyak berdoa, berzikir, berpuasa sunat dan solat sunat (Dhuha dan Qiamulail). Lagipun untuk menjadi ibu, semestinya hati kene bersih juga, bukan? Banyak amalan-amalan yang boleh dilakukan. Ada banyak amalan-amalan yang diamalkan oleh nabi dan ulamak2 terkenal.
 
 
InsyaAllah, dalam entry akan datang saya akan ceritakan serba sedikit.
 
Bukan kita sahaja diduga dengan ujian zuriat seperti ini. Nabi Zakaria juga diuji oleh Allah dgn perkara yang sama. Tetapi, baginda tidak putus2 berusaha dan berdoa. Dan akhirnya Allah mengabulkan juga apabila baginda dan isteri sudah lanjut usianya.
 
Jangan bersedih, kerana kita adalah insan istimewa yang dipilih oleh Allah untuk melalui dugaan ini. Hanya hambaNya yang mampu melaluinya akan dipilih oleh Allah. Dan ingatlah bahawa kesabaran kita semua menjadi ukuran Iman dan diberi ganjaran yang banyak di kemudian hari, InsyaAllah.





2 comments:

  1. Assalamualaikum...sy baru terjumpa blog ni..moga blog ni boleh memberi kekuatan pada saya. Bulan Dec ni Insyaallah, 5 thn usia perkahwinan saya.. dan umur saya pula genap 34 sehari selepas ulangtahun tu.. takut..mmg takut..tp perancangan Allah melebihi perancangan kita kan.. tpi, bila saya baca, dugaan awak lebih hebat.. Allah duga kita kerana Dia tahu kita boleh hadapi kan..

    By d way, salam perkenalan dari saya :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    sama jugak dengan saya. saya try search information berkenaan ikhtiar utk hamil. and i found this informative blog. thanks for your sharing. it's benefits other people. like us. Usia perkahwinan saya bakal mencecah 3 thn. Dan selama 3 thn ini, saya tidak begitu fokus untuk mengandung mungkin disebabkan tekanan dan kesibukan menyiapkan thesis. Saya macam puan jugak..tidaklah meletakkan busy itu sebagai alasan utk tidak hamil. Tapi..saya yakin dengan perancangan DIA. DIA lebih tahu apa yang terbaik utk saya..

    Dan kini..saya dalam proses berikhtiar. masih dalam peringkat awal. baru nak sungguh2 makan EPO dan acid folic. Baru nak search pasal buah zuriat dan debunga pohon kurma, baru nak cari klinik dan hospital utk rawatan kesuburan..

    Apapun, muga usaha kita dipermudahkan olehNYA..

    ReplyDelete